5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap

5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap l Assalamualaikum. Tak mudah nak besarkan anak-anak. Banyak cabaran yang kita sebagai ibu bapa yang perlu kita hadapi. Lagi-lagi bila setiap anak mempunyai tahap pembelajaran dan perkembangan yang berbeza. Ana pun sama, tak terkecuali dari berdepan dengan cabaran ni.


5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap



Masa Suraya 1 tahun 9 bulan dan Suraya masih belum fasih bercakap untuk express kehendak dia. Apa yang Ana perasan Suraya lebih suka buat gerakan isyarat daripada berkomunikasi secara verbal. Contohnya dia akan hanya tunjuk sesuatu yang dia nak daripada bercakap. Then bila kita tak faham apa yang dia nak sampaikan, hubungan komunikasi menjadi sukar. Dan akhirnya dia akan mula tantrum dan amik masa yang lama untuk cool down.


5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap


Kalau ikutkan buku rekod kesihatan kanak-kanak, Suraya sepatutnya dah boleh menguasai antara 20 hingga 50 patah perkataan dan juga mampu menggabungkan at least 2 perkataan. Contohnya 'nak makan'. Tapi masa check up dia 2 tahun bulan Mac lepas, dia masih tak boleh sebut 2 patah perkataan. So nurse dia set kan satu appointment bulan 9 ni untuk observe perkembangan percakapan Suraya. 

 

Sebagai ibu, of course Ana risau bila tengok kebolehupayaan Suraya untuk bercakap. Sebabnya masa Syafi sebaya Suraya, Syafi dah boleh cakap banyak perkataan sesuai dengan umurnya masa tu. Tapi bila Ana perasan yang Suraya agak lambat, Ana rasa Ana perlu buat sesuatu untuk atasi masalah lambat bercakap ni.



Faktor Yang Menyumbang Anak Lambat Bercakap


Bila Ana Google masalah lambat bercakap ni, rupanya ramai ibu bapa dekat luar sana yang alami masalah yang sama. Terutama anak yang lahir semasa PKP. Ye lah, dok terperap dekat rumah. Tak dapat keluar rumah, tak berjumpa dengan orang lain dan aktiviti jadi terhad bila duduk di rumah je.


5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap


Dari pencarian Ana, cepat atau lambat seorang kanak-kanak tu boleh bercakap sangat bergantung pada beberapa perkara. Antaranya pengaruh kawasan persekitaran termasuk pemilihan permainan, tempoh penggunaan gajet yang lama, tiada komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak dan juga faktor pemakanan yang tak cukup dengan nutrien yang diperlukan.



Buat Aktiviti Bersama Bantu Anak Mula Bercakap


Antara petua  utama untuk bantu anak-anak untuk mula bercakap adalah dengan melibatkan diri kita dalam aktiviti seharian mereka. Tu yang paling mudah kita boleh buat.


1. Fokus Pada Komunikasi


Komunikasi paling penting antara ibu bapa dan anak-anak. Sebab tu Ana akan sentiasa ajak Suraya berborak sebabnya Suraya akan dapat belajar bertutur dengan baik apabila sentiasa diajak bercakap. 


Ana juga perasan Suraya sangat responsif apabila dengar lagu kanak-kanak di televisyen atau smartphone. So Ana akan join dia menyanyi sekali. Masa tu lah Ana akan ajar dia untuk sebut beberapa perkataan mudah berulang kali. Dan kalau ada bunyi-bunyi seperti bunyi binatang, Ana akan ajar dia untuk tiru bunyi tu juga.

 

Oh ya, macam Ana bagitau, penggunaan gajet juga mempengaruhi cepat atau lambat anak-anak untuk bercakap. Anak-anak yang terlalu leka dengan gajet akan mengalami masalah untuk berkomunikasi. Sebaiknya limit kan masa mereka dengan penggunaan gajet. Menurut saranan WHO, umur macam Suraya (2-3 tahun) hanya dibenarkan sejam sehari untuk guna gajet. 



2. Amal Tabiat Membaca Kepada Anak


Bed time story juga salah satu cara untuk anak-anak belajar berkomunikasi.


5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap


Macam Suraya, Ana mulakan dengan baca buku yang ada perkataan mudah dengan grafik yang menarik untuk tarik minat dia membaca. Lepas ajar satu-satu perkataan, Ana akan minta dia sebutkan pula perkataan tu. Kaedah ini dapat mengukuhkan lagi kemahiran komunikasi Suraya.



3. Libatkan Anak-anak Dalam Aktiviti Seharian


Ana juga akan libatkan Suraya dalam aktiviti seharian Ana.  Contohnya masa lipat kain. Ana akan ajak Suraya berborak. Tunjukkan dia ni baju siapa, seluar siapa. So next time dia dah tahu pakaian tu kepunyaan siapa dan automatik dia akan bercakap.



4. Pilih Permainan Yang Boleh Bantu Tingkatkan Komunikasi

5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap


Siapa sangka dengan bermain pun boleh bantu Suraya untuk belajar bercakap. Contoh bila main masak-masak. Ana akan ajar Suraya beberapa perkataan baru seperti buah dan sayur. So bila setiap kali bermain masak-masak dan Ana ulang yang sama, lama-lama Suraya akan sentiasa ingat dan praktik apa yang diajar.



5. Pemakanan Yang Berkhasiat


Pemakanan berkhasiat pun mainkan peranan penting dalam membantu perkembangan otak kanak-kanak terutama dalam menyokong ingatan yang baik. Ana baca artikel online, sayuran hijau berdaun seperti brokoli, kaya dengan vitamin K dan ia bagus untuk daya ingatan dan status kognitif yang lebih baik. Tapi Suraya agak picky sikit, dia memang kurang suka makan sayur atau buah. Ana pastikan Suraya minum susu 3 kali setiap hari dan pilih susu yang sesuai untuk Suraya sebagai makanan tambahan dalam diet hariannya. Bila Ana baca di website Anmum Essential, susu ni diformulasikan dengan 15 nutrien penting yang kanak-kanak perlukan. Selain itu, susu Anmum Essential juga ada Gangliosida, MFGM dan DHA.


i.  Gangliosida 


Penting dalam menggalakkan hubungan sel-sel otak. Menurut kajian terbaru, pengambilan Gangliosida adalah dikaitkan dengan perkembangan neuro kanak-kanak¹.


ii. MFGM


MFGM merupakan salah satu komponen penting yang menurut kajian, ia membantu menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku. Kajian yang sama juga mendapati kanak-kanak yang minum susu yang diperkaya dengan MFGM menunjukkan perkembangan positif dalam mengawal tingkah laku, seterusnya menyumbang kepada perkembangan emosi kanak-kanak.



iii. DHA


DHA atau nama saintifiknya asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3, iaitu nutrisi penting yang diperlukan untuk membantu menyokong perkembangan otak kanak-kanak. Kanak-kanak yang mendapat DHA yang mencukupi mampu menumpukan perhatian di dalam satu-satu perkara.



Makanan Tambahan Yang Mengandungi Gangliosida, MFGM & DHA


Cakap pasal pemakanan yang baik untuk membantu menyokong perkembangan kanak-kanak termasuk otak, Ana ada juga buat carian tentang makanan tambahan yang boleh dicuba. Ye lah, nak pastikan makanan yang kita masak ada semua sumber dekat atas tu memang payah. So nak tak nak kena bagi makanan tambahan untuk top up mana-mana nutrien yang perlu. Dan makanan yang sesuai dan mudah untuk disediakan ialah susu rumusan kanak-kanak.


Nak cari susu rumusan kanak-kanak yang sesuai untuk Suraya pun kena pilih yang betul-betul sesuai. Ana tanya kawan-kawan yang ada anak sebaya Suraya, susu apa yang bagus untuk dicuba. Rata-rata suggest Anmum™ ESSENTIAL Step 3 untuk kanak-kanak 1-3 tahun.



Anmum™ ESSENTIAL Step 3 Tanpa Gula Tambahan

5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap


Susu rumusan kanak-kanak Anmum™ ESSENTIAL merupakan salah satu jenama produk tenusu yang disokong dengan kepakaran dari Pusat R&D Fonterra di New Zealand dengan pengalaman lebih 90 tahun dalam penyelidikan dan kepakaran.


Kenapa Ana tertarik dengan Anmum™ ESSENTIAL ni ialah kerana ianya dirumus dengan MFGM, Gangliosida dan DHA. Dalam satu gelas susu dah tersedia dengan nutrien yang diperlukan untuk menyokong keperluan nutrisi. Mudah disediakan pulak tu. Rasa dia pula sedap berlemak. Suraya enjoy setiap kali minum susu Anmum™ ESSENTIAL ni.


5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap


Oh ya, Anmum™ ESSENTIAL juga dirumus tanpa gula tambahan. Tu yang Ana suka. Kebanyakkan susu rumusan untuk kanak-kanak di luar sana ada gula tambahan yang tersembunyi. Gula apabila diambil secara berlebihan, ianya mungkin boleh menjejaskan perkembangan kognitif seperti ingatan dan pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan minuman bergula yang semakin banyak, skor kecerdasan verbal akan berkurangan sebanyak 2.4 poin bagi setiap hidangan setiap hari. Tu yang Ana baca dan paling nak elakkan.


5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap


Selain tu, Anmum™ ESSENTIAL juga dirumus secara saintifik dengan prebiotik dan 15 nutrien penting. Prebiotik penting untuk membantu menyokong persekitaran usus yang baik. Persekitaran usus yang baik pula membantu menyokong sistem pertahanan badan yang baik.



Hasil Dari Buat Aktiviti Bersama Anak


Mesti korang tertanya berkesan ke cara-cara dekat atas tu kan? Alhamdulillah, Suraya ada tunjukkan progress yang memberangsangkan. Walau masih tak fasih bercakap seperti kanak-kanak lain, tapi dah ada beberapa perkataan yang dia boleh sebut seperti daddy, air, papa, mama, fish etc. Kalau sebelum ni bukan main susah dia nak bercakap. Nak dengar suara dia pun payah. In fact dia dah boleh gabungkan 2 perkataan yang mudah seperti nak susu dan nak air. Memang Ana syukur sangat-sangat lihat perkembangan Suraya.


So memang terbukti lah cara-cara dekat atas boleh dipraktikkan untuk bantu anak-anak yang sedang membesar bercakap. Yang penting kita sebagai ibu bapa kena sentiasa positif dan jangan putus asa untuk sama-sama bantu anak-anak kita.


Selain tu pastikan juga anak-anak dapat keperluan nutrien yang mencukupi sesuai dengan umur mereka. Tak guna buat pelbagai aktiviti tapi keperluan untuk perkembangan otak dan perkembangan tumbesaran anak-anak tak dijaga sama. Takut kita yang excited nak buat aktiviti bersama, tapi anak kita tak bertenaga, hilang tumpuan dan cepat memberontak akibat kekurangan nutrien yang diperlukan. Ni antara perkara yang ramai ibu bapa terlepas pandang. So kena take note dan semoga usaha-usaha kita ni membuahkan hasil seperti yang diharapkan.



Rujukan

1. Tan et al. (2020). Asia Pac J Clin Nutr. 29(3), 584-592.

5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap Reviewed by Ana Suhana on July 22, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. tq ana atas tips ini nutrisi yg cukup pun boleh membantu anak cepat bercakap kan.

    ReplyDelete
  2. dulu2 masa anak pertama akak lambat bercakap kami susah hati juga.. rupanya memang dia ada masalah sikit.. sampai sekarang masih kena bantu bagi dia arahan berulang2

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.