Kedai Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengg

Kedai Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu l Assalamualaikum. Kalau pergi Terengganu ni, tak sah kalau tak pekena celup tepung. Pergi lah negeri lain yang ada jual celup tepung, tak kan sama dengan celup tepung Terengganu. Bab cuka atau orang KL panggil sambal keropok lekor pun yang paling sedap hanya di Terengganu.


Kedai Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu


Aishh terliur pulak cakap pasal celup tepung ni. Tetiba rasa nak balik Terengganu sekarang juga. Terbayang-bayang dah kesedapan ikan, udang, sotong celup tepung tu haa.


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu


Kalau tanya Ana mana kedai celup tepung yang best di Terengganu ni, Ana recommend korang ke MCTS Tok Jembal. Tak perlu nak bersesak beratur panjang dekat warung-warung celup tepung yang viral tu sebab dekat MCTS Tok Jembal ni pun dah best sangat. Selesa pun selesa. Celup tepung dorang memang terbaik!! Nak menu selain celup tepung pun ada. Banyak pilihan untuk semua lah senang kata. 



Dari Mr Celup Tepung Station kepada MCTS


Untuk pengetahuan korang, MCTS Tok Jembal ni merupakan cawangan kedua MCTS. Cawangan pertama mereka di Penarik, Setiu yang terkenal dengan nama Mr Celup Tepung Station dan telah beroperasi sejak Januari  2017. Kemudian mereka branding nama kepada MCTS seperti sekarang ni.


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu


Disebabkan sambutan yang sangat hangat, maklumlah menu-menu MCTS semua sedap kan, mereka decide untuk buka cawangan kedua di Kuala Terengganu. So pada 27 Januari 2022, MCTS Tok Jembal mula beroperasi. Lebih dekat dengan bandar Kuala Terengganu untuk korang yang bercuti di sini. Nak tahu apa keistimewaan celup tepung MCTS ni, jom sambung baca dekat bawah ni.



Kelebihan MCTS Tok Jembal Berbanding Kedai Celup Tepung Lain


1. Menggunakan Bahan Yang Segar Sahaja


Kesedapan celup tepung ni terletak pada kesegaran makanan laut yang digunakan. Kalau guna bahan segar, celup tepung tu akan jadi sangat sedap dan manis. Kalau guna bahan yang lama, masak lah macam mana pun akan tetap tak sedap.


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu


Sebab tu MCTS hanya menggunakan bahan-bahan yang segar sahaja dalam semua menu mereka. Macam mana korang makan makanan segar dekat rumah, macam tu lah MCTS nak korang rasa bila makan dekat sini. No wonder ramai pelanggan mereka dok repeat makan dekat MCTS baik di Tok Jembal atau di Penarik.



2. Bahan Tepung Berkualiti 


Tepung atau adunan pun mainkan peranan dalam menyumbang rasa sedap dalam hidangan celup tepung. Selain gunakan makanan laut yang segar, MCTS juga menggunakan bahan mentah yang berkualiti untuk hasilkan tepung atau adunan yang sedap dan juga rangup. Baru seiring sejalan dengan bahan mentah yang segar tadi tu. 



3. Port OOTD yang Cantik Dengan Pemandangan Laut


Ni pun salah satu sebab kenapa MCTS jadi kedai celup tepung terbaik Terengganu. Dah lah makanan sedap, servis pantas, kedai bersih dan selesa, siap dapat makan berlatarbelakangkan view laut yang indah.


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu

Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu


Kalau korang  makan kat MCTS Penarik lagi cun. Ada port OOTD tepi laut. Memang cantik. Instagrammable sesangat!!. Sebab tu Ana suka balik sini sebab ada banyak tempat makan best di Terengganu.


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu

Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu


4. Kemudahan Surau dan Tandas


MCTS juga menyediakan kemudahan surau dan juga tandas yang bersih dan selesa untuk keperluan para pelanggan mereka. Mana tau kot tetiba sakit perut ke kan. Tak yah kelam kabut nak cari stesen minyak bagai dah.



5. Pelbagai Menu Dengan Harga Berpatutan


Dekat MCTS, of course signature menu mereka ialah celup tepung. Harga pula bermula serendah RM8 untuk 100 gram. Haa ni Ana ada tips nak share. Kalau korang malas nak beratur untuk pilih menu celup tepung, korang boleh order set keluarga yang ada. Just order dan bayar. Lagi mudah dan cepat.


Dan set keluarga yang paling popular di sini ialah set Poligami. Eh macam seram pula dengar nama menu ni kan. Hehe.


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu

Set poligami ni merupakan set celup tepung yang ada ketam, udang, sotong dan ikan. Kira ada 4 menu dalam satu pinggan dan sesuai untuk 3-4 orang makan. 


Kalau korang ramai, boleh order set menantu idaman untuk 7-8 orang makan. Kalau datang berdua, boleh order set abang sayang. Kemain sangat kan nama set celup tepung dorang ni. Patut lah hangat diperkatakan.


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu

Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu


Macam Ana bagitau tadi, dekat MCTS ni bukan je ada menu celup tepung terbaik di Terengganu, malah mereka ada pelbagai menu yang menarik dan sedap. Antaranya ada nasi ayam geprek dan juga ikan bakar. Eh lokching dengan roti bakar pun ada. Tengok je pun dah terliur kan.  Rasa dia pula insyaAllah sedap. Korang sure tak kan kecewa.


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu

Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu

Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu

Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu


Jangan lupa juga untuk cuba air coconut shake Terengganu. Serius memang sedap. Air kelapa dekat sini manis sangat. Bila campur dengan aiskrim vanila, perghh sedap yakmat rasa dia. Terus hilang semua rasa panas dan bahang badan dengan cuaca panas di Terengganu tu.


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu



Port Celup Tepung Favorite MB Terengganu


Kalau dah sedap tu, datang lah banyak mana pun kedai celup tepung yang ada dekat Terengganu ni, orang tetap akan datang semula dekat kita. Betul tak? 


Kalau korang nak tahu, bukan orang biasa je yang suka makan celup tepung dekat MCTS ni, malah artis dan menteri pun suka. MB Terengganu dah banyak kali datang makan dekat sini tau. Siap bawa family beliau lagi. Tu maknanya memang sedap lah celup tepung MCTS ni. 


Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu

Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengganu


Korang boleh tengok sendiri testimoni dari mereka yang dah makan dekat MCTS ni. Semua bagi komen positif dan berpuas hati dengan makanan yang dihidang dan servis yang diberikan.




So pada yang plan nak bercuti ke Terengganu, jangan lupa cuba Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal, Kuala Terengganu atau di MCTS Penarik, Setiu. Masukkan siap-siap dalam list untuk diterjah korang tu. Rugi dah sampai sana tak makan celup tepung MCTS ni. Oh ya kalau korang ke Penarik, Ana nak recommend untuk stay di Alur Galley Suites Homestay. Best homestay ni. Ada kolam renang dan berhadapan dengan Sungai Setiu. Port best untuk kaki pancing.


Dekat bawah ni Ana share alamat kedua-dua cawangan MCTS serta waktu operasi mereka. Selamat mencuba ok.


Facebook l Instagram l Tiktok


MCTS Tok Jembal

Lot 31185-A Jalan Kubang Badak, 

Kampung Kubang, 

21300 Kuala Terengganu, 

Terengganu.


Waktu Operasi :

12 tengahari – 8.00 malam

( Khamis - Selasa )


MCTS Penarik

Lot 4067, Hadapan Kubur, 

Kampung Penarik, 22120 Setiu, 

Permaisuri, Terengganu.


Waktu Operasi :

10 pagi – 8.00 malam

( Khamis - Selasa )

Kedai Celup Tepung Terbaik Terengganu di MCTS Tok Jembal Kuala Terengg Reviewed by Ana Suhana on June 07, 2022 Rating: 5

7 comments:

  1. aduyai bergetar tali perut tgk menu kat MCTS ni. semua nampak sedap dan suasana makan tepi pantai alahai patutlah MB pun suka

    ReplyDelete
  2. wahhhh pemandangan dia memang cantik lah! Nadia Brian pun dah sampai ke sana

    ReplyDelete
  3. Fuhh, menarik ni. Guna pula yang segar. Memang terasa laa kesedapan tu

    ReplyDelete
  4. Menariknya Ana.. kalau Kak Sue ke Terengganu lagi boleh lah datang sini nanti..

    ReplyDelete
  5. Set poligami!!! Alamak seram..bila.la nak sampai sini nak merasa kesedapan semua celop tepung tu...

    ReplyDelete
  6. sedapnya celup tepung.. lama tak makan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.