Bersalin Anak Ketiga di Hospital Selayang. Baiknya Allah Tunaikan Semua Hajat Aku

Bersalin Anak Ketiga di Hospital Selayang. Baiknya Allah Tunaikan Semua Hajat Aku l Assalamualaikum. Ramai yang terperanjat bila Ana share gambar raya keluarga Ana. Terperanjat sebab nampak ada baby baru dalam gambar tu. Sama terperanjat dengan pengumuman raya hari tu. Hehe.

Bersalin di Hospital Selayang


Bersalin Anak Ketiga di Hospital Selayang. Baiknya Allah Tunaikan Semua Hajat Aku


Kalau korang terperanjat, Ana lagi terperanjat bila tau pregnant. Ye lah,  masa tu Suraya baru setahun dua bulan dan masih breastfeeding. Lagipun Ana masih rasa seriau dan penat bila teringat masa bersalin Suraya hari tu. Kena warded berhari-hari di NICU dan berulang-alik klinik kesihatan sebab kuning tinggi. Fuhh penat kot. 


Tapi rezeki Allah nak bagi kan. Siapalah kita nak menidakkannya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Nak tak nak, Ana redha dan terima seadanya. Rezeki Allah tak pernah salah.



Mabuk Mengandung Paling Teruk


Macam mana Ana tau Ana pregnant? Bila bangun pagi rasa nak muntah teramat sangat. Macam gastrik pun ada. Memula memang ingat gastrik sebab makan je rasa nak muntah dan pedih ulu hati. Tapi bila makan supplement probiotik untuk gastrik ni pun tak jalan, maka TERPAKSA buat ujian kehamilan. Ingat lagi Ana order thru grab sebab test kit tu dah habis. 


Fuhhhh berdebar kot masa nak buat test tu. Berdebar sebab takut dua line yang naik. Sekaliiiii memang dua line. Termenung panjang Ana dalam toilet masa tu. Rasa tak percaya. Siap buat dua tiga kali test. Result tetap positif. Terus rasa nak nangis. Haha. Kelakar kan. 


Maka bermula lah mabuk kali ketiga. Tapi kali ni lain macam penangan dia. Mabuk agak teruk. Memang melepek je. Kerja-kerja rumah semua suami yang setelkan. Masak lagi lah tak ada. Solat pun sampai kena duduk, tak larat nak berdiri.



Check Up Kandungan Di Klinik Swasta


Alhamdulillah masuk bulan ke-3, Ana dah makin sembuh. Terus buat buku merah. Kali ni Ana buat dekat klinik swasta sebab suami susah nak dapat pelepasan masa. Bukan tak boleh pergi sendiri tapi kali ni ada Suraya. Siapa nak jaga dia kan. Masa pregnant Suraya dulu, Syafi dah besar. So memang Ana pergi check up sendiri je. Kali ni, mahal pun mahal lah. Ku hadap je. Servis memang bagus, tapi Ana yakin klinik kerajaan tetap yang terbaik.


Bersalin di Hospital Selayang


Walau klinik swasta, minum air gula (MGTT) tetap kena 2 kali. Cuma bezanya kita boleh pilih nak yang berperisa atau plain. Ana opt air yang berperisa oren. Ok lah rasa dia. Tapi still melekat rasa manis dia kat tekak tu. Alhamdulillah 2x minum air gula, dua-dua normal. Lega sangat sebab pregnant kali ni pun Ana tak lalu minum air kosong. Loya tekak rasanya. Masalah lain semua takde. Bacaan hb ok, tekanan darah pun normal. Alhamdulillah. 



Doktor Scan Baby Besar


Pejam celik pejam celik, kandungan Ana dah masuk 39 minggu. Masa scan masa ni, doktor kata size baby macam besar. So dia tak berani nak bagi lebih seminggu. Takut baby makin besar. Andai kata bila sampai EDD masih takde tanda, Ana kena serah diri. Doktor dah siap-siap buat referal letter.


3 Mac 2022 tarikh yang dijangka. Tapi masih belum ada tanda. Dan Ana kena serah diri. So moh ler kita check in hospital. Lepas daftar bagai, kena buat swab test sebelum ke PAC. Masa ni memang mencabar kesabaran sebab Ana dan yang lain kena tunggu sampai 6 jam sebab ada kes positif. Padahal bukan 1st time kes positif tu kan. 6 jam duduk melangak saja. Nak marah, tapi kena sabar. Nak marah, tapi kena banyak istighfar. 


Lepas swab dan result dah keluar, terus ke PAC dan bagitau kenapa Ana datang. Nurse kat PAC pun bising kesian kat kitorang sebab lama tunggu nak swab. Dorang siap buat complaint kot Ana dengar. 1st thing dekat PAC ialah dorang akan check jantung baby. Dalam 20-25 minit juga. Lepas tu tunggu turn untuk scan. Masa ni lama juga menunggu. Dalam sejam lebih. Bila scan, doktor kata size baby Ana normal. So dia bagi seminggu lagi. Kalau takde juga, Ana kena warded sehari awal dan induce on the next day. Berhuhu kejap masa tu.



Bersalin Kali Ketiga di Hospital Selayang 


Pada awalnya Ana plan nak bersalin dekat hospital swasta sebab masa Ana mengandung, Hospital Selayang ditutup untuk patient Covid. Awal tahun ni ni hospital tu dibuka semula. Cuma sesak dengan patient. Standard lah hospital kerajaan kan. 


Masa ni Ana berbelah bagi nak bersalin dekat mana. Hospital swasta memang selesa tapi ongkosnya yang tak berapa nak selesa. Takat nak bersalin normal dan stay semalam tu InsyaAllah masih mampu. Tapi kot tetiba kena czer ke kan, mana nak cekau duit beribu tu. Kawan Ana yang normal tapi kena vacuum pun tambah RM500 dalam bil dia. Lepas berfikir dan muhasabah diri, Ana pilih untuk bersalin di Hospital Selayang je. Lagipun masa bersalinkan Syafi dan Suraya dekat sana, ok je semuanya. Bayaran pun terpaling murah. Tak membebankan langsung.


Bersalin di Hospital Selayang


Betul lah orang kata. Bila kita dah ikhlaskan diri dengan satu-satu pilihan tu, hati pun jadi tenang. Kalau tak, serabut dok pikir nak bersalin mana. Selebihnya Ana tawakal dan doa pada Allah. Allah tu kan Maha Baik dan Maha Mendengar.


Ok berbalik pada cerita nak bersalin tu. Seminggu pun berlalu dan masih takde tanda. Cuma rasa sakit dekat bawah tu. Tapi sakit biasa je. Takde rasa macam contraction. Maka serah lah diri juga dalam keterpaksaan. Baby selesa sangat kot duduk dalam tu. 


Proses untuk warded masih macam last week. Lepas daftar kena buat swab. Kali ni pun ada patient positif depan Ana. Cuma kali ni dalam 2 jam je tunggu. Alhamdulillah. Lepas tu daftar dekat PAC. Kena serah buku pink dan fail untuk masuk wad. Lepas tu dorang check jantung baby dan next tunggu turn untuk scan baby. 2 jam menunggu dengan perut kelaparan yak mat. Oh ya salah satu prosedur bersalin di hospital Selayang, lepas ibu-ibu mengandung buat swab, kitorang dah tak boleh turun bawah untuk jumpa suami atau ahli keluarga. Takut berlaku jangkitan. 



Jumpa Doktor Yang Sangat Baik & Peramah


Akhirnya tiba giliran untuk scan. Masa scan tu ada 2-3 doktor yang tengok. Doktor kata berat baby Ana dalam 3.2kg macam tu. Ana pun lega dengar. Lepas tu doktor tu kata best tengok baby orang 3kg ke atas. Baby dia 2kg lebih je. Masa tu Ana dah start borak dengan doktor tu. Memang peramah. Dia pun cerita pengalaman dia bersalin semua. Ana sempat kata, saya nampak muka doktor macam garang dan sombong, rupanya tak. Tergelak dia.


Kemudian doktor tu kata nak check  kot dah ada bukaan. Seluk punya seluk, sekali dah 3-4 cm bukaan. Doktor senior yang ada dekat sana pun confirmkan kata 4 cm dah. Dia tolong bukakan jalan bagi mudah. Lepas tahu dah ada bukaan dan tak perlu induce, hati Ana berbunga-bunga sangat. Rasa macam hilang satu beban dekat bahu. Lagi-lagi bila doktor tu kata sakit kalau induce. Alhamdulillah terima kasih Allah.


Bersalin di Hospital Selayang


Lepas setel scan dan check bukaan,  doktor tu offer untuk pasangkan branula dekat tangan Ana. Meaning say Ana tak perlu nak tunggu turn untuk cucuk branula tu. Alhamdulillah rezeki. Masa pasang branula tu pun kitorang rancak berbual. Hehe.


4 jam Kemudian Dah 6cm


Lepas tahu tak perlu induce tetiba rasa selera nak makan. Kat PAC tu memang akan ada makanan untuk ibu-ibu yang akan warded tapi kena tunggu katil kosong. Ana pun apa lagi makan dengan seleranya. Ingat lagi menu dia ikan masak asam rebus dengan sayur goreng. Eh sedap pula rasanya. Haha. 


Makan pun sudah, bangun duduk kat kerusi PAC tu pun dah. Nak tunggu next pemeriksaan rasa berjam. Puas dah borak dengan semua patient yang ada. Masa ni rasa penat sikit sebab asyik duduk je. Tak boleh nak baring. Kerusi pun kerusi besi tu. Sakit bontot duduk lelama. Haha. 


Pukul 6.30 petang doktor panggil untuk check bukaan. Masa tu dah 6 cm. Ana rasa macam lambat bukaan tapi takpe lah sebab tak sakit sangat contraction tu. Mild je rasa dia. Masa tu darah dah start keluar.


Setel check bukaan, tunggu lagi dekat depan tu. Dalam pukul 8 malam check jantung baby lagi sekali. Masa ni kepala Ana dah start berdenyut giler. Maybe sebab sejuk atau lambat makan tengahari tadi. Siap minta panadol dekat nurse.



Suami Teman Dalam Labor Room


Dalam pukul 11 malam, nurse panggil check bukaan. Masa ni dah 7 cm. Nurse bagi baring kejap dekat katil dalam bilik pemeriksaan. Dia kata Ana akan masuk labor room kejap lagi. Terus Ana call suami untuk bersedia. Bersalin di Hospital Selayang, suami boleh teman dekat LR provided dah lengkap vaksin dan dah buat ujian swab dalam masa 72 jam. Kena tunjuk report swab tu.


Bersalin di Hospital Selayang


Pukul 12 tengah Malam Ana ditolak masuk dalam LR. Lepas doktor check bukaan dan pecahkan air ketuban, baru suami boleh teman. Masa ni dah start rasa contraction makin kuat. Ana pula dok tengok monitor yang tunjukkan skala contraction tu. 


Bersalin di Hospital Selayang


Setiap kali contraction tu datang, Ana set minda kata banyak dosa Allah nak padam ni. Lagi sakit lagi banyak dosa terampun. Tu je lah yang boleh Ana buat untuk tahan sakit. Sambil tu dok pegang tangan suami. Rasa lega sikit bila buat macam tu. 


Bersalin Masa Bukaan 8 cm


Dalam pukul 2 pagi, doktor masuk nak check Ana. Bila tengok, eh doktor yang scan Ana tadi. Terus Ana lambai dah kata hai doktor. Doktor tu pun terperanjat tengok Ana. Ana kata kat suami ni lah doktor yang baik tu. Tergelak doktor tu. 


Bersalin di Hospital Selayang


Doktor nak check bukaan dan suami kena tunggu dekat luar kejap.  Bila check dah 8 cm.  Doktor tanya nak cuba teran tak. Ana pun terus kata nak sebab tak larat nak tahan sakit. Doktor tu pun suruh teran. Masa ni beberapa orang nurse dah masuk kat LR 12 ni. Tengok Ana nak teran, terus dorang panggil suami Ana. Terperanjat beruk suami Ana sebab kata nak bersalin dah. Haha. 



Selamat Datang Baby Boy Bertahi Lalat di Mata Seberat 3.41kg


Masa 2nd attempt nak teran, tak berjaya. Cuba dan cuba lagi. Dengan pakai mask nya, rasa macam tak cukup nafas. Keletihan pun sama juga sebab 14 jam duduk dekat PAC tu. Tak tahu cubaan kali ke berapa akhirnya keluarlah baby boy dengan selamat pada pukul 2.41 pagi pada 10 Mac 2022. Tu pun kena gunting nak bagi mudah baby keluar.


Syukur sesyukurnya Ana masa tu. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sesangat. Lepas baby diletakkan dekat badan Ana untuk skin to skin, nurse amik baby untuk dibersihkan. Lepas keluarkan uri dan diserahkan dekat suami, dan suami pun dah azankan baby, dia dah kena balik. Tak boleh stay lama-lama. Tu prosedur bersalin di hospital Selayang ni. Ana okey je sebab dah selamat semua kan.


Maka bermula lah proses jahit. Doktornya yang sama juga buatkan. Lega dengar sebab takut kot ada doktor pelatih yang nak belajar menjahit yang in charge. 


Sakit tak kena jahit? 


Sakit walau dah kena bius. Sakit bila jahit dekat bahagian dalam tu. Kalau bahagian luar, tak sakit pun. Masa Syafi dulu memang selesa masa kena jahit sebab tak kena gunting. Masa Suraya dengan baby ni kena gunting, so kena jahit banyak lah sikit. Doktor tu jahit sambil berborak. Macam-macam diborakkan. Siap dia dengan nurse tu puji Ana kata Ana antara patient yang paling cool. Sakit pun senyap je. Takde menjerit atau keluar suara bagai. Haha. Dia tak tahu betapa struggle Ana tahan suara masa sakit tu. Malu kot kalau menjerit. 


30 minit juga lah doktor tu nak selesaikan jahit tu. Dia kata dia buat cantik-cantik dan kemas. Alhamdulillah, terima kasih doktor. Lepas selesai semua tu, dalam pukul 3.15 pagi baby pun selesai dibersihkan. Masa ni Ana stay dekat LR sampai subuh. Nurse yang bertugas tadi siap buatkan Ana air coklat panas sebab tengok Ana macam lapar dan lemah. Terima kasih nurse.


Azan Subuh pagi tu Ana masuk wad. Dapat wad dekat wad 1st class dulu. Kemain cantik, luas dan bersih. Memang selesa lah. Pukul 8 doktor round wad. Katanya boleh discharge petang ni. Kemain gembira hati Ana. Tak perlu bermalam di wad. Pukul 6 petang dah dapat kebenaran untuk balik. Yabedabedu. Check up kk je lepas tu. Alhamdulillah.


Baiknya Allah. Semua Hajat Diperkenankan


Memang Allah tu Maha Baik. Setiap doa Ana agar dipermudahkan urusan bersalin ni diperkenankan satu persatu. Malu rasanya sebab tahu diri ni selalu tak bersyukur. 


Antara doa yang Ana minta agar Ana bersalin awal pagi supaya anak-anak tido masa tu. Alhamdulillah adik Ana jaga Suraya dan Syafi malam sebelum bersalin tu. Suraya pun tak meragam atau menangis cari Ana atau daddy dia. 


Kedua Ana minta bersalin tanpa induce dan sakit contraction tak lama. Dimakbulkan. Alhamdulillah. Tak sampai 2 jam tahan sakit bersalin.


Ana doa juga supaya dapat doktor dan nurse yang baik dan memahami. Alhamdulillah pun Allah makbulkan. Tak jumpa langsung doktor atau nurse yang kerek atau garang.


Lepas tu Ana minta moga dapat boleh dicharge cepat. Tak perlu lama-lama. Alhamdulillah tak sampai 12 jam duduk wad dah boleh balik.


Last sekali Ana doa moga kuning baby tak tinggi. Pun dimakbulkan. Cuma baby kena warded nicu sehari pada hari ketiga  sebab berat turun. Masa tu susu tak keluar lagi. Lepas tu, 3x check up baby dah discharge dari kuning. Alhamdulillah.  Boleh baca cara turunkan kuning baby yang Ana amalkan ni.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Sungguh Ana bersyukur dipermudah segala urusan bersalin baby ketiga di hospital Selayang.


Bersalin di Hospital Selayang


Nah belanja gambar baby baru keluar dari perut. Muhammad Syakir Aamir - Yang Terpuji, Yang bersyukur & Mengenang budi, Kemakmuran. Mohon doa kawan-kawan moga anak ini membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh di dunia dan akhirat. InsyaAllah. 










 

Bersalin Anak Ketiga di Hospital Selayang. Baiknya Allah Tunaikan Semua Hajat Aku Reviewed by Ana Suhana on May 13, 2022 Rating: 5

5 comments:

  1. betul Ana, bila kita redha segalanya jadi mudah. Sy tiga3 bersalin kat HKL, ok je semua. Apa2 pun tahniah & selamat hari raya Ana. Serook la beraya tahun ni bersama baby baru.

    ReplyDelete
  2. tahniah diatas kelahiran putera tersayang...

    ReplyDelete
  3. tahniah kak ana. sy in shaa Allah bulan depan due. pun awal nya nurse ckp kena ke hosp selayang. tapi sekarang hosp sungai buloh dah buka untuk bersalin. sekarang tgh konfius nak ke hosp selayang ke sungai buloh. sbb selayang husb boleh teman dalam labour room kan. sungai buloh x sure lagi boleh ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Boleh je call hospital sg buluh tanya boleh ke tak suami teman dlm LR. Kurang takut sikit bila ada peneman ni kan

      Delete
  4. seronoknya bau baby...alhamdulillah smua dipermudahkan...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.