Asyraf Khalid Berubah Sikap Kerana Dr Azizan Osman

Asyraf Khalid Berubah Sikap Kerana Dr Azizan Osman l Assalamualaikum. Asyraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza berubah sikap disebabkan oleh Dr Azizan Osman. Perkara ni didedahkan sendiri oleh bapa beliau, Datuk K baru-baru ni. Apa yang dah Dr Azizan Osman buat sampai Asyraf berubah???


Asyraf Khalid Berubah Sikap Kerana Dr Azizan Osman


Siapa tak kenal dengan Asyraf Khalid kan? Kalau sebelum ni beliau lebih dikenali disebabkan latar belakang keluarganya dan juga liputan meluas perkahwinan beliau dengan selebriti Indonesia, tapi hari ni disebabkan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osmanbeliau mampu berbangga diri kerana lebih dikenali sebagai salah seorang usahawan muda yang berjaya di bawah bimbingan RichWorks.


Haaa tu lah yang nak disampaikan. Asyraf bukan berubah sikap kepada yang negatif, tapi kepada sikap yang positif dan optimistik di bawah didikan Dr Azizan Osman.



Dalam satu rakaman video yang dikongsi Asyraf ketika makan malam dan sambutan hari lahir Datuk K atau nama sebenarnya Khalid Mohamad Jiwa, bapanya merakam penghargaan kepada Dr Azizan Osman kerana berjaya bimbing anak beliau bukan saja dalam bidang keusahawanan, malah melangkaui kepada cara kehidupan seharian anaknya itu hanya dalam tempoh 3 tahun. Satu tempoh masa yang singkat untuk seseorang raih kejayaan!!!


Dari Budak Nakal Kepada Usahawan Jutawan


Menurut Asyraf, kejayaan yang diperolehi hari ini  berjaya membuatkan bapanya, Datuk K tersenyum bangga dan ini merupakan 'big why' beliau selama ini. Ini kerana sebelum ni beliau merasakan yang beliau hanya lah seorang budak nakal yang selalu mengecewakan bapanya serta tak mampu capai kejayaan yang boleh dibanggakan.



"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya, Dr Azizan Osman. Beliau bukan saja berjaya ubah bisnes Mutyara, malah berjaya ubah hidup saya kepada perspektif lebih baik," kata Asyraf dalam hantaran yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja itu.





Asyraf juga menambah, beliau sangat bersyukur dengan luahan Datuk K di hadapan mentornya tersebut. Namun beliau sedar yang perjalanannya masih jauh di hadapan.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," tambah Asyraf.


Bimbingan Dr Azizan Merangkumi Semua Aspek


Nak raih kejayaan, kena lah berguru dengan orang yang benar-benar layak dan berpengalaman. Salah berguru, apa yang kita usahakan pasti tak ke mana. 


Kejayaan yang diraih Asyraf Khalid melalui jenama jamu Mutyara dalam tempoh 3 tahun ni di bawah bimbingan Dr Azizan Osman menjadikan beliau melihat Dr Azizan sebagai mentor terbaik buat dirinya.




Seperti yang diberitahu di atas, bimbingan Dr Azizan Osman dan RichWorks bukan terhad kepada bimbingan bisnes semata-mata, malah meliputi bimbingan secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan yang penting perhubungan bersama yang Maha Esa. Bukan profit orientation semata!! Perubahan ini dilihat sendiri oleh Datuk K dalam diri anaknya itu.


Menurut Datuk K, nilai-nilai baik yang ada dalam lingkungan anak-anak didik Dr Azizan dan RichWorks berjaya mengubah anaknya menjadi lebih baik lagi. Ini kerana, walaupun anak-anak didik Dr Azizan ramai yang dah bergelar jutawan muda, namun mereka tetap merendah diri, tidak lokek ilmu dan lakukan perkara yang betul.


Datuk K Cemburu dan Kagum dengan Dr Azizan


Datuk K turut mengakui cemburu dan dalam masa yang sama kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh Dr Azizan Osman kerana berjaya lahirkan ramai usahawan jutawan.


 

"Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini boleh mengingati Tuhan, beribadah dan bersedekah daripada hasil kejayaan mereka. Saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya." ujar Datuk K.



"Azizan memimpin tangan mereka semua. Tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelas beliau lagi.


Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya agar tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Jangan terlalu berbangga dan ego dengan kejayaan yang diperolehi. Sebaliknya be humble, more humble and more humble dengan mereka yang berada di bawah. Sebolehnya ajar mereka sampai sama-sama capai kejayaan.



Kejayaan Titans Richworks Inspirasi Buat Semua


Macam mana, terinspirasi tak dengan kisah salah seorang Titan Richworks ni. Tak mudah dan bukan senang nak berjaya walau kita datang dari latar keluarga yang senang.


Asyraf Khalid dah buktikan yang beliau mampu raih kejayaan walau dulu beliau takde apa yang boleh dibanggakan. Korang pun boleh berjaya sama macam beliau. Boleh banggakan dan beri kesenangan kepada mak ayah yang dah bersusah payah besarkan kita selama ni juga.


Kalau korang baru nak berjinak berbisnes atau yang dah lama berniaga tapi masih di takuk yang sama dan tercari-cari tempat untuk timba ilmu keusahawanan, RichWorks di bawah bimbingan Dr Azizan Osman adalah platform terbaik untuk korang timba sebanyak ilmu yang boleh. Dah terbukti ramai anak-anak didik Dr Azizan dah bergelar usahawan jutawan pada usia yang muda. Kalau takde modal nak join, jangan risau. Korang boleh join program-program percuma anjuran RichWorks dan konsisten apply apa yang diajar. InsyaAllah kejayaan menanti korang.



Asyraf Khalid Berubah Sikap Kerana Dr Azizan Osman Reviewed by Ana Suhana on February 24, 2022 Rating: 5

4 comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.