Resipi Pancake anti-gagal Yang Gebu, Lembut dan Ringan, Buat Sekali Confirm Menjadi

Resipi Pancake anti-gagal Yang Gebu, Lembut dan Ringan, Buat Sekali Confirm Menjadi  l Assalamualaikum. Hari ni anak-anak darjah 1,2 dan 3 dah start bersekolah. Ikut jadual penggiliran. Macam Syafi, Ana jadualkan di ke sekolah hari-hari. Tapi bukan sepenuh hari. Minggu ni dia ke sekolah agama je. Then minggu depan pulak ke sekolah kebangsaan.

Resipi Pancake anti-gagal Yang Gebu, Lembut dan Ringan, Buat Sekali Confirm Menjadi

Resipi Pancake anti-gagal Yang Gebu, Lembut dan Ringan, Buat Sekali Confirm Menjadi


Bila anak-anak dah start sekolah ni, mula lah dok pikir nak bekalkan apa ke sekolah. Syafi jenis tak makan berat kat sekolah, so kena pikir menu yang ringan dan mudah makan. Paling penting tak comot. Hehe.


Memandangkan dia suka sangat makan pancake McD, asyik selalu minta belikan pancake McD tu, Ana decide masukkan Resipi Mudah Pancake Gebu, Lembut dan Ringan, Buat Sekali Confirm Menjadi ni dalam menu bekal dia. Dah sejuk pun pancake ni tetap gebu dan lembut. Tu yang penting. Tapi yang pasti bukan bertoppingkan chocolate syrup lah. Kang bertukar color baju sekolah dia. Haha. Ana akan sapukan butter dengan madu atau maple syrup sesiap. So that dia boleh terus makan.


Actually Ana pernah give up nak buat pancake sebab asyik tak menjadi je. Macam-macam resipi Ana follow. Tapi tak tahu kenapa tak terpikir nak try resipi Che Nom. Sebab based on experience Ana, resipi Che Nom tak pernah tak jadi. So kali ni Ana decide untuk follow resipi Che Nom. Kebetulan semua bahan-bahan pun ada kan. Moh ler kita cuba try test.


Eh cakap pasal Che Nom, korang pun follow tak channel dia? Ana suka lah tengok video-video Che Nom. Cantik, kemas, lengkap dengan explanation. Lepas tu suka tengok dapur dia. Walau tak jelas sebab video banyak fokus dekat island dia, tapi still lah nampak belakang-belakang tu. Aishh rasa jemah kejap. Bukan apa, Ana suka tengok dapur dia kemas dan tersusun je. Sambil tengok sambil berangan, kalau ada rezeki Ana teringin nak bina rumah yang ada dapur yang cantik dan besar dengan island yang luas sekali. Gitchuw. Angan-angan kan free je. Hehe.


Ok cukup-cukup tersimpang jauh. Moh sambung dengan cerita pancake Ana ni. Ok bila dah siap adunan pancake semua, i is excited nak masak pancake ni. Tapi dalam masa yang sama agak nerves juga lah nak tengok hasil dia. Takut sejarah mungkin berulang. Sekali alhamdulillah menjadi. Cuma rupa je tak seleper pancake Che Nom. Maybe sebab Ana tuang terlebih atas kuali tu. Tapi takpe, lagi gemok lagi puas makan.


Resipi Pancake anti-gagal Yang Gebu, Lembut dan Ringan, Buat Sekali Confirm Menjadi


Korang tengok gambar atas ni. Boleh nampak  betapa gebu pancake guna resipi Che Nom ni. Naik cantik adunan tu. Macam Ana cakap, walau dah sejuk, pancake ni tetap lembut. Makan macam tu pun sedap sebab dah cukup rasa. Tak tawar macam resipi sebelum-sebelum ni.


Pada yang nak cuba masak pancake untuk pertama kalinya atau dalam kes Ana dok fail je nak dapat adunan yang betul, korang boleh try follow resipi pancake anti-gagal ni. InsyaAllah menjadi. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masakannya. 



Bahan-bahan :


1. Bahan A (Buttermilk)

• Susu Full Cream - 1 1/2 cawan

• Jus Lemon - 2 sudu besar


2. Bahan B (Adunan Basah) 

• Buttermilk (Bahan A)

• Salted butter - 1/4 cawan (Cairkan)

• Telur - 2 biji (dipukul) 


3. Bahan C (Adunan Kering)

• Tepung gandum - 2 cawan

• Gula kastor - 2 sudu besar

• Serbuk penaik - 3 sudu kecil

• Garam halus - 1/4 sudu kecil (jika guna unsalted butter)


4. Bahan Sos Coklat

• Coklat Masakan Gelap - 200 gram

• Susu Full Cream - 3/4 cawan

• Salted butter - 2 sudu besar

• Garam halus - secubit (jika guna unsalted butter)


Cara Masakan


1. Untuk buttermilk, campurkan susu full cream dan jus lemon. Kacau sebati dan rehatkan selama 5 minit. 


2. Selepas 5 minit, campurkan buttermilk di atas dengan butter yang telah dicairkan dan telur. Kacau sebati.


3. Campurkan bahan C (adunan kering) ke dalam satu bekas. Kacau rata. Kemudian masukkan adunan di atas ke dalam adunan kering ini sedikit demi sedikit. Kacau sebati.


4. Panaskan kuali. Lap sedikit dengan tisu yang dibasahkan. Tak perlu letak minyak atau butter pun. Kemudian masak pancake sehingga kekuningan kedua-dua belah. Make sure guna api kecil ye. Kalau tak, pancake akan cepat hangus.


5. Untuk sos coklat, masukkan kesemua bahan dalam pot. Panaskan sekadar suam sahaja. 


Resipi Pancake anti-gagal Yang Gebu, Lembut dan Ringan, Buat Sekali Confirm Menjadi

6. Sekarang bolehlah hidangkan pancake bersama sos coklat tadi. Sos coklat Ana nampak pekat sebab masa ni tuang coklat dah nak mengeras. So solution dia just panaskan coklat tu semula untuk sos yang lebih cair.


Resipi Pancake anti-gagal Yang Gebu, Lembut dan Ringan, Buat Sekali Confirm Menjadi Reviewed by Ana Suhana on November 01, 2021 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.