Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik

Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik l Assalamualaikum. Teruja betul bila Ana baca kisah usahawan yang berjaya bergelar usahawan jutawan pada usia muda. Dan paling menarik, mereka mampu bertahan dan kekal raih jualan 7 angka walau semasa pandemik melanda. Yang pasti, kejayaan yang mereka kecapi hari ni datang dengan pelbagai ujian dan cabaran. Apa agaknya rahsia dorang erk??



Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik


Sebut je nama RichWorks, confirm korang akan terus terbayang susuk tubuh Datuk Wira Dr. Azizan Osman - Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia. Ramai dah usahawan jutawan yang berjaya dilahirkan di bawah bimbingan mentorship beliau.

Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik

Terbaru, seramai 300 lebih usahawan jutawan dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri dari dalam dan luar negara 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Dr. Azizan. Program yang diadakan 3x setahun itu diadakan khusus untuk usahawan yang telah berjaya mencatatkan jualan lebih RM1juta setahun dalam program mentoring Titanium. 

Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik

Dalam program tersebut, ahli Titanium akan diajarkan tentang panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa kini yang diperlukan oleh sesebuah perniagaan untuk terus berkembang serta kehadapan berbanding pesaing lain. Selain tu, usahawan jutawan tersebut juga dapat membina rangkaian perniagaan antara satu sama lain.


Dari 300 lebih usahawan jutawan yang hadir dalam program ICM tersebut, 100 daripadanya akan ditampilkan dalam program khas, Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya yang akan diadakan dalam masa terdekat ini. Dan salah seorang daripada senarai Titan RichWorks tersebut ialah Mohamad Qashrie B Md Noh - usahawan Otak-otak Mr Noh JB. Nak tahu kisah jatuh bangun beliau, jom kita baca.



Otak-otak Mr Noh JB Bermula Dari Peniagaan Keluarga

Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik


Otak-otak Mr Noh JB bermula pada tahun 1997 dan merupakan sebuah perusahaan keluarga. Pada mulanya, ayah Tn Qashrie iaitu Encik Noh menjual otak-otak buatan orang lain dan jual dari meja ke meja di restoran-restoran. Kemudian berlaku salah faham dan akhirnya menyebabkan mereka menghasilkan otak-otak sendiri dari rumah dan jual otak-otak tersebut di hadapan rumah. Tn Qashrie antara yang membantu. Siapa sangka otak-otak mereka mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun mereka berdepan cabaran apabila di saman oleh pihak berkuasa kerana tiada lesen perniagaan dan juga atas alasan pensijilan halal. Sedikit sebanyak perkara ini menyebabkan mereka rasa kecewa dan putus asa.


Kilang Otak-otak Mr Noh JB Terbakar


Bangkit dari kegagalan lepas, Otak-otak Mr Noh JB terus melangkah ke depan dengan membuka sebuah kedai sekitar tahun 2000-2004. Perniagaan mereka jadi semakin maju sehingga mampu untuk buka sebuah kilang sendiri. Ketika mereka sedang mengecap kejayaan dalam berniaga, tiba-tiba ujian berat menerpa. Kilang mereka terbakar!!! Ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar dan berdepan dengan masalah kewangan yang teruk. Hinggakan menjejaskan kualiti produk mereka. Kesannya pelanggan semakin berkurang.


Bangkit Sebagai Usahawan Bimbingan RichWorks


10 tahun berlalu. Perniagaan tersebut tetap diteruskan. Untung yang diperolehi masih tak mencukupi untuk cover kos kerugian lepas. Masa ni mereka sangat struggle untuk bina semula jenama Otak-otak Mr Noh JB. Tak mahu terus berada di takuk yang sama, Tn Qashrie mengambil keputusan untuk sertai program percuma RichWorks iaitu Mudahnya Berniaga.


Langkah beliau tak terhenti di situ. Beliau kemudiannya menyertai program Millionaire Marketing Mastery (MMM) RichWorks. Input dari program tersebut menaikkan keyakinan beliau dan beliau juga belajar tentang teknik pemasaran yang berkesan. Beliau mula mempromosikan produk Otak-otak Mr Noh JB melalui penggunaan stiker terutama kepada para pelancong yang datang ke Johor Bharu. Hasilnya keuntungan bulanan mencecah RM500k.


Pada tahun 2016, Otak-otak Mr Noh JB telah mempunyai 2 ejen dari 3 buah negeri. Pada masa yang sama, jenama ini juga berjaya memasarkan produk mereka di kedai-kedai dan restoran di dalam dan luar JB. Selain tu, mereka juga berjaya bantu ramai orang mendapat punca pendapatan dengan menjual otak-otak keluaran mereka.


Ketika operasi perniagaan semakin rancak, Tn Qashrie berdepan dengan isu masalah pengurusan di mana beliau sebagai direktor menguruskan sendiri semua kerja-kerja pembuatan, proses jual beli dan akaun. Akibatnya sistem pengurusan terganggu dan staf banyak yang lari.


Mengorak Langkah Sertai Titan RichWorks

Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik


Pada tahun 2017, beliau memberanikan diri untuk sertai team Titanium. Kalau korang nak tahu, bukan senang-senang orang nak jadi Titan RichWorks ni sebab mereka kena lalui proses temuduga terlebih dahulu. Hanya mereka yang benar-benar layak je boleh sertai Titan RichWorks. Rezeki Tn Qashrie, beliau diterima sebagai team Titanium. Segala ilmu yang dipelajari dalam Titanium digunakan dengan sebaiknya. Akhirnya Otak-otak Mr Noh JB berjaya mendapat sijil sah untuk memulakan perniagaan jenis franchise.


Melalui Titanium beliau belajar untuk perbaiki segala kelemahan dalam perniagaan. Pada tahun 2018, beliau mula membina team yang saling mempercayai dengan menubuhkan HR dalam syarikat serta mempelajari sistem kontrak di kelas EFP. Ini kerana terdapat kes terdahulu di mana ada team yang bekerja untuk belajar buat otak-otak, kemudian bekerja dengan syarikat pesaing.


Pada tahun 2018, bila team yang kuat berjaya diwujudkan, mereka berjaya meningkatkan kapisiti pengeluaran produk otak-otak. Hasilnya mereka mampu meraih jualan sehingga jutaan ringgit. 


Tahun berikutnya, jenama Otak-otak Mr Noh JB berjaya mendapat anugerah Makanan Popular dari FAMA, sekaligus menjadikan jenama ini semakin dikenali dan menjadikan permintaan semakin meningkat sehinggakan hasil pengeluaran mencecah sehingga 3 juta unit otak-otak setahun. Pekerja operator pula terpaksa ditambah kepada 30 orang. Pada tahun 2019 ni juga Tn Qashrie membuat keputusan membeli sebuah kilang untuk penuhi permintaan yang semakin meninggi. 


Tahun 2020 Penuh Dugaan Tapi Tetap Bertahan


Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar kerana pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan semua sektor perniagaan terjejas. Otak-otak Mr Noh JB juga tak terkecuali. Banyak dugaan berat yang terpaksa dilalui sehingga beliau mengambil keputusan untuk keluar dari Titanium. Antaranya kilang mereka dipecah masuk dan menyebabkan kerugian sekitar RM70k. Kemudian pandemik memaksa mereka menghadkan kemasukan pekerja serta menggangu proses pengeluaran produk. Corak perniagaan pula berubah di mana pengguna lebih selesa membeli secara online sedangkan mereka dah terbiasa dengan transaksi offline. 


Namun di sebalik ujian yang melanda, Otak-otak Mr Noh JB berjaya membangunkan team akaun yang lebih sistematik dan akaun mereka kini lebih terurus. Jenama ini juga boleh berdiri stabil kerana mempunyai sijil-sijil yang diiktiraf seperti seperti sijil HALAL, GMP dan HACCP. Pencapaian jualan pun masih kekal pada 7 angka. Alhamdulillah.


Otak-otak Mr Noh JB Ke Pasaran Antarabangsa

Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik


Yakin dengan kekuatan produk Otak-otak Mr Noh JB boleh pergi jauh, Tn Qashrie membuat keputusan untuk kembali sertai team Titanium. Kini beliau sedang mensasarkan otak-otak mereka ke pasaran antarabangsa bersama MITI. Ejen berdaftar dan ejen operator juga meningkat kepada 50 orang setiap satu. Tak cukup dengan tu, mereka juga menaiktaraf teknologi pengeluaran dari 3.0 kepada 4.0.



Perkongsian Kisah 100 Usahawan Jutawan di Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya Pada 24-26 September 2021

Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik


Kisah kejayaan Tn Qashrie dan Otak-otak Mr Noh JB ni baru satu pengalaman yang bakal diceritakan oleh 100 usahawan jutawan dari 20 industri yang berasal dari Malaysia, Australia, Singapura dan Indonesia di Program Titan Summit 2021 yang bakal berlangsung secara virtual pada 24 - 26 September 2021 nanti. 


Sepanjang 3 hari program tersebut, 100 usahawan jutawan yang merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman akan berkongsi pengalaman, strategi dan tindakan yang diambil sehingga mereka berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga mampu capai 7 angka jualan meskipun berdepan dengan krisis pandemik Covid-19. Ini membuktikan tiada yang mustahil. Kalau mereka boleh berjaya, kenapa tidak korang kan? Yang pasti kejayaan tidak datang bergolek. Kena lah lalui pelbagai proses yang ada.


Rugi rasanya kalau para usahawan di luar sana lepaskan peluang ni. Jangan risau tentang harga seminar sebab Program Titan Summit 2021 ini PERCUMA. Dah lah percuma, lepas tu banyak ilmu perniagaan dan pengalaman bakal dikongsikan termasuk info tentang peluang-peluang perniagaan yang disediakan usahawan jutawan ini dengan modal yang rendah malah ada yang percuma. Paling menarik, perhimpunan tersebut bukan saja menampilkan pengalaman pengasas-pengasas perniagaan malah turut membawakan pengkongsian usahawan dari master stokis iaitu usahawan yang menjadi jutawan dengan hanya menjual produk atau perkhidmatan usahawan lain. Menarik kan?


Jom Daftar Program Titan Summit 2021 Secara Percuma


Memandangkan pelbagai sektor ekonomi negara kita mula dibuka sekarang, ini lah masa untuk para usahawan bijak rebut peluang dan bertindak agresif bagi memajukan perniagaan yang terjejas teruk 2 tahun kebelakangan ni. Amik semua peluang yang ditawarkan dan terus melangkah ke depan. Jangan bertangguh lagi. Orang lain semua dah bersedia untuk ke tahap yang lebih tinggi. Jom daftar Program Titan Summit 2021 secara percuma sekarang juga. Mana tahu korang pula yang bakal jadi usahawan jutawan yang seterusnya kan!!

Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik Reviewed by Ana Suhana on September 17, 2021 Rating: 5

18 comments:

  1. Dasyat penangan Dr Azizan ni.. Alhamdulillah memang bagus sertai program dari richwork kan

    ReplyDelete
  2. Kisah kejayaan ni best baca, boleh jadi inspirasi dan pembakar semangat.

    ReplyDelete
  3. seronok tengok semua join titan, berjuta income boleh pergi

    ReplyDelete
  4. macam nak daftar join… ermm.. rugi klu xjoin nihh

    ReplyDelete
  5. bukan mudah nak bangun semula selepas jatuh ni. bagus la kalau boleh dapat semangat bangkit macam tu..dah lama tak makan otak2 johor..sedapnya

    ReplyDelete
  6. Ramai dah Richwork bantu dan modal untuk dibantu pun harganya bukan calang2.

    ReplyDelete
  7. wow , hebat2 betul anak murid dr azizan. mmg terbukti jadi usahawan berjaya . ni ada peluang join kelas percuma rugi kalau tak grab!

    ReplyDelete
  8. mmg ramai yg telah berjaya dlm prog titan.. seronok tgk dan jadi inspirasi utk berjaya spt mrk

    ReplyDelete
  9. Hebat betul dalam masa pandemik masih mampu meraih jualan jutaan ringgit. Memang anak didik DWDAO ni memang power.

    ReplyDelete
  10. Bangga gak dengan DAO ni kan, dalam masa pandemik ni, banyak membantu usahawan dan mereka yang nak berjaya dan jangan putus asa.. Program dia pun semua percuma aje.. nak dengan taknak je kan...

    ReplyDelete
  11. Wow the results are so impressive sis pun tak sabar nak tau tentang Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks ni.

    ReplyDelete
  12. Terbaiklah bukan semua orang nak berjaya dengan mudah, kalau tiada ilmu perniagaan yg betul, pendapatan kita mungkin statik sahaja! Nak lebih kena join totan summit yang mengajar selok belok kembangkan pernigaan... rugi tak join

    ReplyDelete
  13. Seronok bila baca tentang kejayaan orang lain. Rasa terinspirasi nk berjaya mcm tu jgk.

    ReplyDelete
  14. Memang terbukti program Titan dr richworks ni kan..siapa berniaga ada modal memang wajib join program mereka.

    ReplyDelete
  15. Kalau pergi event DAO. Mesti teruja tengok Titan. Mereka dengan gaya mutu keunggulannya kan. Pastu mereka peramah betul. Kita nak berguru jangan malu bertanya.

    ReplyDelete
  16. Bagus ada program macam nie kan Ana.. dah lah percuma..

    ReplyDelete
  17. Business is not easy but if learn the right skills and motivation you will get there

    ReplyDelete
  18. Hebat la masih boleh kekal income masa pandemic ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.