Kelebihan Zikir ‘Subhanallah Wabihamdihi'. Tak Sampai 5 Minit, Ganjarannya Allah Ampunkan Dosa Yang Lalu

Kelebihan Zikir  ‘Subhanallah Wabihamdihi'. Tak Sampai 5 Minit, Ganjarannya Allah Ampunkan Dosa Yang Lalu l Assalamualaikum. Apa yang kita boleh buat dalam 5 minit? Kerja confirm tak kan sempat habis. Makan minum pun lebih lama lagi dari tu. Apa lagi kalau berborak kan. Tak pernah cukup rasanya. Tapi sebenarnya dengan 5 minit tu lah, kita boleh beroleh pengampunan Allah. Tak nak ke?


Kelebihan Zikir  ‘Subhanallah Wabihamdihi'. Tak Sampai 5 Minit, Ganjarannya Allah Ampunkan Dosa Yang Lalu


Ana yakin ramai yang dah tau antara tentang kelebihan zikir ‘Subhanallah Wabihamdihi'. Ganjarannya Allah akan ampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Mudah-mudahan.

Kelebihan Zikir  ‘Subhanallah Wabihamdihi


Berdasarkan hadis di atas, zikir ‘subhanallah wabihamdihi’ bila dibaca 100x setiap hari, ganjaran besar menanti pengamalnya iaitu diampuni segala kesalahan dan dosa kecil yang dilakukannya pada masa lalu.


Nabi SAW menyebutkan sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan. Kata ulama, kenapa Nabi SAW mengumpamakan seperti buih di lautan kerana bilangan buih di lautan tidak pernah habis.


Walau sebanyak mana dosa yang dilakukan, jika kita mengamalkan zikir itu pasti Allah SWT akan ampunkan.


Untuk menghabiskan zikir sebanyak 100x itu sebenarnya tak memerlukan masa yang panjang. 5 minit je dari 1440 minit yang kita ada dalam sehari. Tak sampai 1% pun.


Namun, disebabkan kita sentiasa tenggelam dengan sifat malas dan lalai, ia menyebabkan zikir yang boleh diselesaikan dalam masa kurang 5 minit itu pun kita gagal  untuk laksanakan.


Seluruh Makhluk Lain Pun Berzikir dan Bertasbih


Selain itu, di dalam al-Quran turut dinyatakan seluruh makhluk lain di dunia ini turut berzikir dan bertasbih kepada Allah SWT.


Allah SWT berfirman yang bermaksud :

Dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Israa’, ayat 44)


Segala benda yang berada di sekeliling kita termasuk haiwan, tumbuhan, bukit, gunung- ganang dan sungai bertasbih memuji Allah SWT.


Bagaimanapun, manusia tidak dapat memahami cara mereka berzikir. Diriwayatkan dalam satu hadis, pada satu hari Nabi SAW mengambil segenggam pasir dan membuka gengaman tangannya di hadapan Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan beberapa lagi sahabat.


Ketika Baginda membuka tangannya, pasir itu berzikir dan didengari sahabat yang berada di sekelilingnya. Itu adalah satu mukjizat.


Sahabat yang meriwayatkan hadis itu menyatakan, pasir itu menyebut ‘subhanallah’sehingga didengari secara zahir di telinga mereka.


Kemudian Nabi SAW memindahkan pasir itu ke tangan Abu Bakar. Beliau memegang dan membuka tangannya lalu pasir itu bertasbih.


Kemudian Abu Bakar menyerahkan pula pasir itu kepada Saidina Umar. Ketika beliau membuka tangannya, pasir itu turut berzikir. Kemudian pasir itu diberikan kepada Saidina Uthman dan ia masih berzikir.


Saidina Ali yang meriwayatkan hadis itu menyatakan, apabila Saidina Uthman memberikan pasir itu kepadanya, ia sudah tidak berzikir.


Bagaimanapun, kenapa pasir itu tidak berzikir ketika berada di tangan Ali tidak diketahui kerana semua itu adalah rahsia Allah SWT.


Masa Memandu Pun Boleh Berzikir


Banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk mengamalkan zikir berkenaan. Contohnya, ketika memandu dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja, kita boleh mengamalkan zikir itu.


Itu dikatakan fadilat yang besar yang diperoleh daripada amalan kecil.


Selain itu, fadilat zikir ‘subhanallahi wabihamdihi’ boleh diamalkan ketika diri risau tidak mampu bangun malam, takut untuk berinfak dan sedekah serta ketika takut berhadapan dengan musuh di medan perang.


Malah, turut dinyatakan amalan zikir itu lebih disukai Allah SWT daripada seseorang menginfakkan sebuah gunung emas di jalan Allah SWT.

Kelebihan Zikir ‘Subhanallah Wabihamdihi'. Tak Sampai 5 Minit, Ganjarannya Allah Ampunkan Dosa Yang Lalu Reviewed by Ana Suhana on December 10, 2020 Rating: 5

7 comments:

  1. Terima kasih kak perkongsian. Jo kia semua amalkan. Moga ringan langkah kita nanti.

    ReplyDelete
  2. Jom sama-sama kita amalkan, pendek aje pun.
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. thanks ana dengan perkongsian ni.
    saya suka zikir ni, suka sangat.
    1st time saya tahu pasal zikir ni bila terdengar ceramah uztaz don kalau tak silap satu
    ketika dulu.
    lepas tu memang jatuh cinta dengan zikir ni, nak sebut pun mudah sangat kan.
    insya allah, kita semua sentiasa ingat utk berzikir.
    tak banyak pun tak apa, tapi cuba sebaik mungkin untuk berzikir setiap hari.

    ReplyDelete
  4. terima kasih diatas tazkirah ringkas yg padat ini....

    ReplyDelete
  5. saya sangat suka dengan zikir ini..

    sangat mudah untuk diamalkan namun sangat sukar untuk konsisten

    ReplyDelete
  6. nice sharing.. betul tgh drive pun boleh zikir

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.