Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo

Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo l Assalamualaikum & hi semua. Ada yang tengah berkira-kira nak tukar line telefon sebab tak puas hati dengan mobile plan yang diguna sekarang ni? Kalau ada korang kena baca sampai habis apa yang Ana nak share kali ni tentang Yoodo.

Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo

Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo


Siapa Yoodo?? Bagi yang tak tahu, Yoodo merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih digital pertama yang membolehkan pelanggan untuk create atau buat mobile plan mereka sendiri dari segi data, panggilan suara dan sms. Menariknya semua ni mereka boleh buat tanpa sebarang caj tambahan dan tanpa komitmen. 

Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo

Mesti korang tertanya-tanya ok ke line Yoodo ni? Mesti lah ok sebab Yoodo dikuasai oleh Celcom, rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia. So duduk ceruk mana pun tetap akan dapat line!!


Selain tu, Yoodo juga menawarkan product offerings, features and add-ons yang menarik untuk permainan game, travel dan hiburan mengikut keinginan korang.



Jom Berubah Kepada YOODO 2.0


Walau tahun 2020 ni penuh dengan cabaran dan ujian, Yoodo berjaya melancarkan evolusi terbaru mereka iaitu Yoodo 2.0. 


Apa keistimewaan Yoodo 2.0?

Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo

1. Renew Anytime

Selalunya bila kita nak tukar mobile plan yang kita guna sekarang kepada plan yang baru, kita kena tunggu sampai hujung bulan dulu kan?


Tapi dengan Yoodo 2.0 ni, korang boleh tukar mobile plan korang bila-bila masa yang korang nak tanpa perlu tunggu hujung bulan. Dengan kata lain korang boleh tukar on the spot. Mudah kan?


2. Power Pass

Power Pass pula ialah add-on data packet yang membolehkan korang menikmati high-speed data in short bursts. Macam mana tu? Mudah je. Dengan hanya add-on RM2, korang boleh dapat 100GB data tambahan untuk boleh terus enjoy maximum connectivity. Murah kan?

3. Yodoo Rewards

Siapa yang tak suka rewards kan? Sebab tahu korang suka dan sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan korang, Yoodo memperkenalkan Yoodo Rewards di mana korang akan dapat 1 Add-On percuma dengan setiap pembelian 10 Add-Ons. 


Apa tu Add-Ons?


Add-Ons merupakan additional data packet yang korang boleh tambah tanpa mengganggu  atau mengurangkan data plan yang sedia ada.
Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo

Untuk tahun ni, Yoodo melancarkan 8 Data Add-Ons terbaru yang meliputi permainan game, hiburan dan e-dagang menjadikan jumlah Add-Ons sebanyak 18 pilihan secara keseluruhan. 

4. Gaming

Macam Ana bagitau dekat atas tadi, Yoodo ada memperkenalkan Add-Ons terbaru untuk permainan game di mana korang hanya perlu bayar RM5 (20GB) untuk bermain Call of Duty Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang. Selain tu Add-Ons untuk PUBG MOBILE dan Arena of Valor pun turut disediakan.

5. Entertainment

Bosan tak boleh keluar rumah sebab PKPB? Jangan risau sebab Add-Ons Yoodo 2.0 ada Tik Tok, Viu, Dim Sum, Astro Go dan Joox. So duduk rumah pun masih boleh berhibur.

6. E-dagang

Bagi yang suka shopping online, Add-On for Boost boleh beri korang kemudahan maksimum untuk semua keperluan membeli-belah atas talian yang diperlukan.


YOODOO UNLIMITED


Baru-baru ni Yoodo turut memperkenalkan plan terbaru untuk data tanpa had iaitu #BuatUnlimitedSendiri di mana korang boleh customise data tanpa had korang sendiri.
Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo


Korang boleh customise data speed, hotspot quota, panggilan suara dan juga SMS ikut kesesuaian korang sendiri. Selain tu korang juga akan dapat panggilan suara dan kuota hotspot percuma!!.


Yoodo Unlimited menawarkan 2 pilihan iaitu Unlimited Atas (6Mbps data speed - RM43/bulan) ATAU  Unlimited Bajet (3Mbps data speed - RM35/bulan).


YOODOO & ESPORTS - TOURNAMENTS


Selain dari menjadi penyedia perkhidmatan mudah alih digital yang terbaik di Malaysia, Yoodo turut menjadi syarikat telco yang paling aktif dan supportive dalam dunia esports.

Buktinya Yoodo menjadi Telco Digital Rasmi pertama dalam PUBG Mobile National Championship (PMNC) pada tahun 2018.

PUBG Mobile National Championship (PMNC)

Yoodo menjadi Telco Digital Rasmi PMNC 2018 dan 2019 dengan menaja hadiah berupa wang tunai dan juga mobile Plan Yoodo percuma selama setahun kepada pemenang pertandingan.


Manakala untuk PMNC 2020 ni, Yoodo diangkat menjadi Rakan Kongsi Rasmi dan berjaya menarik lebih dari 1.5 juta penonton sepanjang tempoh kejohanan di mana pemenang pertandingan telah berjaya membawa pulang hadiah berupa RM30,000 tunai. 


PUBG Mobile Campus Championship (PMCC)

Yoodo mengorak satu lagi langkah dalam komuniti esports dengan menganjurkan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) yang pertama pada tahun 2019.


Penganjuran PMCC ini telah menyaksikan hampir 6,000 pelajar bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM60,000 sekaligus melayakkan diri untuk bertanding di finale PMNC 2020.


Yoodo Kejohanan Esukan Kampus Semester 3 (KEK3)

Yoodo juga bekerjasama dengan MyGameOn dalam penganjuran pertandingan Kejohanan Esukan Kampus Semester 3 (KEK3) yang mempertandingkan permainan popular iaitu Call of Duty: Mobile dan juga Mobile Legends: Bang Bang. Kejohanan ini  dihoskan sepenuhnya atas talian.


Yoodo Stay At Home Cup 2020

Yoodo turut melancarkan siri esportsnya sendiri yang berasaskan komuniti  - Yoodo Stay At Home Cup. Siri esport yang diadakan sepenuhnya dalam talian mempertaruhkan 4 permainan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, Call of Duty: Mobile, dan Honor of Kings dan telah mendapat lebih dari 3,700 pendaftaran dari pemain tempatan dan menarik lebih 100,000 penonton sepanjang tiga bulan diadakan.


Yoodo FV Major Cup 2020

Tak cukup dengan tu, Yoodo juga melibatkan diri dalam the fighting game arena dengan Yoodo FV Major Cup 2020 - pertandingan yang dikhaskan untuk Street Fighter V dan Tekken 7. Pemenang pertandingan akan menempah tiket untuk bertanding di peringkat antarabangsa EVO Vegas 2021.


YOODO & ESPORTS - TEAMS


Yoodo Gank

Selepas persembahan yang mengagumkan di PMNC 2018, Yoodo telah menubuhkan Yoodo Gank pada tahun 2019. Sejak tu, Yoodo Gank menjadi pasukan esport PUBG Mobile paling popular di Malaysia dan telah mengikuti banyak kejohanan di dalam dan luar negara.


Terbaru, team ni telah menjadi pasukan Malaysia pertama yang memenangi PUBG Mobile Pro League (PMPL) Asia Tenggara (SEA) 2020 dan sekaligus mencatat record dalam Malaysian Book of Records.


Yoodo FV

Pada tahun 2019, Yoodo Yoodo bekerjasama dengan penganjur esports dan organisasi pengurusan pasukan, Flash Vision, untuk membuat daftar pesaing permainan esports fighting untuk Street Fighter V dan Tekken 7.


Geek Fam MLBB

Akhir sekali yang paling baru ialah team Geek Fam MLBB, team yang popular dalam game Mobile Legends: Bang Bang. Mereka telah membuktikan kehebatan mereka di MPL dengan memenangi Musim 3 dan bertanding di final untuk Musim 5.


YOODO & ENTERTAINMENT

Pada tahun 2020 juga menyaksikan Yoodo berusaha membawa pengalaman yang unik kepada pengguna melalui pelbagai pendekatan hiburan. Antaranya :

 

1. #StayAtHomeParty

Oleh kerana kerajaan telah melaksanakan PKP pada awal tahun ini, Yoodo memperkenalkan #StayAtHomeParty di mana acara yang berlangsung selama 4 minggu tu menampilkan artis-artis Malaysia dari segmen hiburan yang berbeza membuat pertunjukan live dan sesi streaming dalam sub-acara yang lebih kecil seperti #RamadanDiRumah Bersama Warner & Yoodo, GameOnTuesday –, Yoodo Presents: #RockAtHome LIVE, Yoodo Influencers Live dan  Lepak Gaming with Yoodo Esports.


2. K-Pop

Yoodo juga memperkenalkan inisiatif baru untuk membantu K-poppers mendekati idola kegemaran mereka.

 

3. Hallyoodo

Segmen berita dan hiburan mingguan yang dihoskan oleh Hani Fadzil yang membawa berita dan cerita terkini dunia K-Pop.

 

4. Concert Ticket Giveaways

Yoodo menawarkan tiket percuma kepada peminat K-Pop untuk menyaksikan persembahan kumpulan kegemaran mereka - MonstaX dan G-Idle.


5. BTS Special Screening

Bagi peminat BTS pula, Yoodo menghadiahkan tiket tayangan khas dokumentari BTS kepada 178 peminat, serta membuat penghantaran istimewa fan kits yang terdiri daripada pelekat dan lencana bertemakan BTS.


Kredit Yoodo Percuma

Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo

Paling menarik tentang Yoodo selain dari boleh buat unlimited plan sendiri, korang juga berpeluang mendapat kredit Yoodo percuma dengan menggunakan referral code Yoodo. Caranya mudah je. Korang hanya perlu ajak kawan-kawan korang beralih kepada Yoodo menggunakan unique referral code yang diberi. As a reward, korang akan diberi Yoodo kredit bernilai RM20 manakala kawan korang dapat menikmati 7GB data percuma. So tunggu apa lagi. Yoodo it now. Ajak ramai-ramai beralih kepada Yoodo. For more info korang boleh layari website atau sosial media Yoodo seperti di bawah :


Website l Facebook l Instagram






Jom Buat Unlimited Plan Sendiri Dengan YooDo Reviewed by Ana Suhana on November 29, 2020 Rating: 5

9 comments:

  1. Memg best yoodo ni.. Boleh cusyomize sendiri data.. Macam2 event dia buat ye

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak yoodo ni dia punya plan.. kalau nk try pakai pun kena ada hp lain dulu sbb hp skg satu sim je

    ReplyDelete
  3. Unlimited tu menarik, sebab memang pakai banyak data internet, boleh dipertimbangkan utk tukar pakej telco yang sedia ada

    ReplyDelete
  4. Pakej bajet pun RM35 je, mmg murah.. baru tahu yoodo bawah celcom..

    ReplyDelete
  5. Data plan yoodoo ni menarik. Rasanya LeYa dah boleh bgtau Mr. Otomen untuk tukar ni sebab data plan die guna skrang mahal.

    ReplyDelete
  6. menarik juga nie ...


    terutama bagi mereka yang ingin menukar plan telco masing-masing

    yang penting puas hati

    ReplyDelete
  7. Wow best kan, now with Yoodo we dont have to worry about internet quota when we play games online or streaming.

    ReplyDelete
  8. Waaa.. dah ada macam macam tawaran menarik dengan Yoodo ni ye sekarang. Boleh la msuk list dulu ni.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.