Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar

Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar l Assalamualaikum & hi semua.  Seperti yang kita tahu hari ini, inovasi mengubah dunia kita dengan cepat. Jadi amat penting untuk kita  sebagai ibu bapa untuk mempersiapkan generasi akan datang bukan hanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa, tetapi juga menjadikan mereka mampu untuk berkembang maju dan lebih cemerlang di masa hadapan dalam dunia teknologi.


Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar


Selaras dengan komitmen Samsung Malaysia, sebuah program pendidikan global iaitu ‘Solve for Tomorrow’ sedang dilaksanakan.


Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan sebuah aktiviti pertandingan yang bertujuan untuk merangsang sifat ingin tahu dan memupuk minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sambil memberi inspirasi kepada para pelajar untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan melalui penyelesaian inovatif STEM. 


Menurut Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics ianya amat penting untuk mempersiapkan generasi akan datang dengan kemahiran asas, pengetahuan dan sikap yang diperlukan bagi memastikan mereka mampu untuk menyesuaikan diri kepada perubahan teknologi dan manfaat peluang baharu yang dihasilkan oleh teknologi.





Beliau juga percaya dengan potensi generasi akan datang untuk mencapai tahap inovasi baharu dan menghasilkan penyelesaian yang mengubah masyarakat. Untuk membantu mereka mencapai matlamat tersebut, Samsung komited untuk membantu mereka melalui program pendidikan yang dijalankan seperti seperti ‘Solve for Tomorrow’ ini.


‘Solve for Tomorrow’ merupakan sebuah pertandingan unik dengan kerjasama Pusat STEM Universiti Malaya yang bertujuan memupuk pemikiran inovatif, penyelesaian masalah secara kreatif dan kerja berpasukan.



Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dari sekolah-sekolah yang sering terlibat dengan pelbagai aktiviti STEM yang dijalankan oleh Pusat STEM Universiti Malaya untuk membantu mereka memperhebatkan pengalaman pembelajaran mereka. Pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ akan bermula pada 9 Oktober 2020 dan berakhir pada 8 Disember 2020 dengan pengumuman pemenang pertandingan. 



Menurut Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar, Ketua Pusat STEM Universiti Malaya, pengetahuan Sains dan Teknologi di kalangan anak-anak muda harus diperhebatkan bagi melatih mereka untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat ditafsirkan di masa hadapan. Beliau juga percaya yang anak-anak muda ini boleh menggambarkan dengan lebih baik jika mereka dilengkapi dengan peralatan yang betul dan cara terbaik untuk memastikan mekanisme itu tepat adalah melalui pendidikan Sains dan Teknologi.


Untuk pertandingan tersebut, para peserta perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mencari penyelesaian berdasarkan teknologi STEM. Dalam pusingan pertama, peserta boleh memilih untuk mengemukakan idea yang berfokuskan pada salah satu daripada empat tema iaitu kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan masalah sosial. Setiap satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang pelajar perlu menghantar idea mereka dalam bentuk esei yang menggambarkan masalah yang harus diselesaikan dan bagaimana STEM dapat menjadi penyelesaian kreatif.


Pada pusingan kedua, 10 pasukan yang disenarai pendek perlu memperhalusi idea mereka dan membuat perbentangan menerusi PowerPoint dan tiga pasukan terbaik akan dipilih untuk ke pusingan seterusnya.


Dalam pusingan terakhir. para peserta perlu memperhebatkan persembahan mereka dengan pilihan yang diberikan untuk mencipta prototaip. Setiap pasukan perlu menghantar rakaman video persembahan mereka dan fungsi prototaip yang mereka cipta.


Hadiah Bernilai RM37,900 Untuk Direbut


Dalam pusingan terakhir, peserta yang berjaya mengagumkan para hakim dengan ciptaan prototaip mereka dengan penyelesaian STEM inovatif berpeluang memenangi hadiah yang bernilai RM37,900 untuk sekolah masing-masing dan diri sendiri.



Pasukan yang memenangi hadiah pertama akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM16,900 untuk kegunaan sekolah, manakala setiap pelajar akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM7,000. 


Untuk hadiah kedua, pasukan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM13,500 untuk sekolah mereka sementara pelajar akan mendapat produk Samsung bernilai sehingga RM6,000. 


Pasukan yang memenangi hadiah ketiga akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 untuk sekolah mereka dan pelajar pula menerima produk bernilai sehingga RM5,400 setiap seorang.


Pemilihan pemenang akan dinilai berdasarkan kesesuaian isu, kreativiti, kebolehlaksanaan idea, penerapan STEM dan penyampaian penyelesaian inovatif. 


Menurut Yoonsoo Kim lagi, pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ adalah platform yang ideal untuk mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi serta memanfaatkan sepenuhnya potensi anak-anak muda melalui penggunaan teknologi. Selain itu, pertandingan ini juga merupakan peluang untuk mereka terlibat dan mendorong sifat ingin tahu dalam STEM di samping melakukan perbezaan dalam masyarakat.


Untuk info lanjut mengenai ‘Solve for Tomorrow’, sila layari: www.samsung.com/my/solvefortomorrow/ 


Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar Reviewed by Ana Suhana on October 08, 2020 Rating: 5

5 comments:

  1. Bagus program ini sebab memupuk minat pelajar tuk tahu lebih lanjut mengenai STEM

    ReplyDelete
  2. Prtandingan yang bagus kan.. Kanak2 mesti suka bab2 macam ni.. Hadiah pun menarik

    ReplyDelete
  3. Bagus program ni. Mesti ramai akan tunjukkan bakat jadi boleh tau siapa yang berpotensi

    ReplyDelete
  4. Bagus Samsung adalah inisiatif program macam ni kan! remaja bolehlah mengisi masa dengan menyertai program ni

    ReplyDelete
  5. Samsung ni bagus.. Berpandangan jauh kan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.