Bercuti Kali Kedua di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Bercuti Kali Kedua di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson  l Assalamualaikum. Seminggu lepas bercuti di Homestay Klebang A&A dengan family Ana, the next following week tu pula Ana bercuti sekali lagi. Tapi kali ni dengan family mertua pula di Port Dickson. 


Bercuti Kali Kedua di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson 


Cuti-cuti Malaysia kali ni memang Ana plan pergi yang dekat-dekat je sebab masih tak yakin nak bercuti jauh-jauh. Dengan kes Covic-19 yang semakin menaik mendadak, memang tak berani amik risiko. Mana tau tetiba PM umum PKP ke. Dah naya tak boleh balik. Minta dijauhkan. 


Di PD, Ana sekali lagi stay di D'Wharf  Hotel & Serviced Residence Port Dickson. Kenapa Ana suka stay dekat sini korang boleh baca baca  Syoknya Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson ni. 


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Sebelum boleh masuk hotel, kena saring dulu ikut prosedur yang ditetapkan sebab kita masih dalam tempoh PKPP kan. Check in My Sejahtera dan check suhu done √.

Lepas daftar semua dan sebelum naik bilik, kitorang lepak dekat view deck di level 3 dulu. Syok duduk sini sebab kawasan dia luas, open dan berangin. Angin laut kemain kuat. Sebab tak ramai orang so memang best lepak lama-lama dekat sini.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson


Superior King Room - Selesa,  Bersih dan Menghadap Laut


Kali ni Ana booked jenis bilik yang sama dengan percutian yang lepas iaitu Premier Suite. Cuma Ana booked lagi satu bilik iaitu Superior King Room yang connect dengan bilik Premier Suite. So senang lah nak keluar masuk ikut pintu tengah tu je


Maklumlah sejak dah ada anak 2, nak pilih bilik memang kena pilih bilik jenis family atau pun bilik yang ada katil saiz king. Mujur lah connecting room ni offer bilik jenis superior king. So memang muat dan luas untuk kami 4 beranak tidur dengan selesa.


Bilik superior king ni agak besar lah juga size bilik dia. Syafi boleh berlari ke sana sini tanpa berlanggar sesama sendiri.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson


Masuk-masuk pintu akan nampak almari baju 3 pintu. Boleh muat banyak baju dalam tu. Tapi sebab kitorang stay semalam je, so baju letak dalam beg je. Almari tu guna buat sidai baju yang dah pakai je. Dalam almari tu ada safety box tapi sayangnya tak boleh nak buka. Maybe tetamu sebelum ni terlock kan peti tu. Huhu. Towel pun diletakkan dalam almari tu. 


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Sebelah almari ialah toilet. Bagi Ana toilet bilik ni lagi luas dari toilet Premier Suite. Yang penting shower area ada sliding door. So tak lah basah satu toilet tu kan. Kalau bilik premier, suite shower area dia open. So memang akan basah satu toilet bila mandi. 


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Kemudahan toiletries semua disediakan. Ada sabun, shower gel, shampoo, toothbrush & toothpaste dan juga shower cap. Towel muka pun ada. Kira complete set lah semuanya.


Dekat tepi katil ada meja solek lengkap dengan cermin disediakan. Tepi meja TV pulak ada mini bar untuk korang isi segala air yang korang beli. Hehe.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Amboi kemain selesa puteri tu bersantai atas katil. Kalau boleh dia sorang je nak conquer satu katil tu haa.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson


Tapi memang seronok lepak-lepak atas katil ni. Satu sebab katil dia selesa dan luas. Second sebab sambil bersantai boleh layan view laut. Bukan selalu dapat view macam ni dari dalam bilik je. Walau laut dekat PD ni tak sejernih air laut di Pulau Sapi Sabah tapi tetap menenangkan bila tengok.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Nak menarik lagi bilik Superior King ni ialah dia ada balcony. So kalau teringin nak rasa angin laut yang sepoi sepoi bahasa, korang boleh lah lepak dekat balcony tu. Ni kalau ada kerusi meja macam balcony di Hyatt Regency Kuantan mesti lagi syok kan.


Private Beach Berhadapan Hotel di PD Waterfront


Petang tu plan nak lepak tepi laut. Kalau nak ke Teluk Kemang sure sesak dengan orang. Tu belum masuk sesak atas jalan kan. Maklumlah weekend kan. Mujur di D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson ada private beach ala ala dalam taman untuk para tetamu yang terletak di seberang jalan je. 


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Walau tak besar mana compound private beach ni tapi bagi Ana ok lah. Ada taman permainan kanak-kanak, kerusi pantai dan shower area untuk bilas air laut. Tempat untuk BBQ pun disediakan kot ada yang nak berBBQ kan. Tapi kawasan ni dibuka sampai 10 malam je tau. So pandai-pandai lah korang adjust masa.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Cantik lah pulak layan view masa sunset dekat private beach ni. 


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson


Dah puas lepak dekat private beach tu, masa untuk cari makanan untuk dinner. Tapi sebelum tu redeem dulu voucher archery yang hotel bagi. Ada banyak tiket atau voucher yang korang akan dapat masa check in tu. Pilih lah nak guna yang mana. London bus ni pun korang boleh naik percuma guna voucher tu.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Ok jom cari makanan. Senang bila stay di D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson ni sebab ada banyak restoran dan kedai makan berdekatan. Nak paling senang beli je dekat deretan food truck yang ada dekat bawah ni.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson


Macam-macam makanan ada. Air pun banyak. Ni air blended durian Musang King. Nampak macam air susu penuh khasiat je rupa dia kan. Haha. Rasa dia? Ok lah. Ana tak berapa suka. Mujur Ana order banana smoothie. Sedap lah juga.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson


Malam tu lepak dekat bilik je. Layan cerekarama TV3. Hehe. Korang boleh je turun lepak dekat PD Waterfront tu. Memang meriah dan hidup malam minggu dekat bawah tu. Tapi confirm confirm ramai orang.  So untuk orang yang ada baby macam Ana ni tak sesuai lah nak lepak sana. Bahaya. Penjarakan sosial susah nak dijaga. Better duduk bilik je.


Esoknya pun habiskan masa dalam bilik je sampai waktu check out pukul 12. Kadang-kadang bercuti ni lebih best bila dapat berehat dalam bilik je berbanding keluar jalan-jalan. Tapi kalau nak jalan-jalan pun boleh je. Just make sure korang follow SOP yang ditetapkan ok.


Dekat PD ni banyak je tempat menarik yang korang boleh pergi. Nak berbayar ada nak yang percuma pun ada. Contohnya Muzium Tentera ni. Memang sesuai bawa anak-anak ke sini. Macam-macam benda dorang boleh belajar. 


Syafi kemain suka dapat pergi sini. Boleh tengok replika kapal terbang perang, kereta kebal, meriam, keretapi dan banyak lagi. Jenuh gak lah nak tawaf seluruh kawasan muzium tu. Siap naik mini jambatan gantung lagi. Mini mini pun akak is gayat. Haha.


Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Bercuti di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson

Ok lah tu je nak share kali ni. Overall Ana sekeluarga tetap happy dan puas hati stay di D'Wharf  Hotel & Serviced Residence Port Dickson untuk kali keduanya. Kali ketiga? InsyaAllah pasti akan datang lagi. Nak bawa adik beradik Ana pula. Biar lagi kecoh hotel ni. Haha. Jumpa lagi dalam next entri.
Bercuti Kali Kedua di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson Reviewed by Ana Suhana on October 13, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. waa bestnya ada private beach. tempat ni cantik betul nanti boleh la singgah

    ReplyDelete
  2. Kak Sue ada juga plan nak cuti-cuti macam nie, boleh lah pertimbangkan datang sini nanti. Tq for sharing Ana..

    ReplyDelete
  3. Lama tak pergi PD, lepas PKPB ni bolehlah rancang perjalanan bercuti bersama family... tempat Ana pergi ni menarik nak stay situ juga :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat pergi bercuti kita baru plan nak keluar daerah sekali kena PKPB lak hurm sedih bosan nak bercuti juga kat sini nampak best dan menarik tempatnya hehehehehe dah dua kali datang kita tak pernah sampai lagi kena cuba ni..

    ReplyDelete
  5. All in one dah macam ni Ana.. suka kalau percutian gini dan ada aktiviti sekeliling yang boleh kita buat. jimat masa dan jimat wang.. nak cari makan pun senang.. jadi anak-anak pun happy kann.. takde laa bosan duk bilik hotel aje kann...

    ReplyDelete
  6. Wah..lepas ni kalo plan nak ke PD boleh la try stay sini sbb bilik pun nampak agak spaciouskan..

    ReplyDelete
  7. Bestnyaa hotel dia. Dekat dengan semua tempat, pantai, tempat maknan.. Lama tak pergi Port Dikcson.. Bolehla masuk list hotel ni

    ReplyDelete
  8. Wah banyak juga aktiviti boleh buat berdekatan ya! Alahai lama betul tak ke PD memang teringin sangat sebenarnya. Maybe boleh stay kat DWharf Hotel ni pula nanti! Woohoo!

    ReplyDelete
  9. menghadap ke laut tu yang lagi seronok kan kak Ana.

    ReplyDelete
  10. Bestnya cuti-cuti. Dah lama juga tak ke PD. Menarik hotel ni. Nnt leh la survey2.

    ReplyDelete
  11. Bedt nginap hotel yg berdepan laut dgn viewnya yg cantik, bilik pun luas and ada tempat makan di kawasan berdekatan hotel, kak pernah gak pg waterfront kat situ mmg best

    ReplyDelete
  12. Masa ke PD last year ada nampak hotel ni. Tgk review semua kata best. Tapi masa tu dah book homestay. Tak dapat la merasa. Nxt trip in sha allah ank try stay sini 😊

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.