5 Aplikasi Best Untuk Instagram. No 5 Influencer & Instafamous Wajib Ada.

5 Aplikasi Best Untuk Instagram. No 5 Influencer & Instafamous Wajib Ada.l Assalamualaikum & hi semua. Kalau dulu orang guna Instagram (IG) hanya untuk berkongsi gambar-gambar peribadi, tapi sekarang ramai yang dah 'celik mata' guna IG untuk jana pendapatan. Malah ada yang mampu jana sehingga 5 angka sebulan. Kalah orang yang bekerja tetap.

5 Aplikasi Best Untuk Instagram. No 5 Influencer & Instafamous Wajib Ada.


Ana dulu pun macam tu juga. Tak pernah terpikir nak jadikan IG sebagai salah satu platform untuk jana pendapatan. Tapi bila tahu cara, mudah juga rupanya. Cuma nak dengan tak nak je buat semua tu.

Bagi Ana, tips yang paling penting yang Ana buat ialah Ana akan pastikan IG feed Ana sentiasa kemas, tersusun dan tak serabut. Senang kata sedap mata memandang. Kemudian gambar-gambar yang Ana kongsi tu mesti cantik dan terang. Bukan kabur, senget dan gelap. Baru lah orang suka tengok. Maklumlah orang ni kan suka tengok yang cantik-cantik je.

Macam mana nak jadikan akaun IG kita menarik??


Senang je sekarang. Banyak aplikasi percuma dan berbayar yang kita boleh guna untuk cantikkan gambar dan seterusnya jadikan IG feed kita menarik. Gambar dari tak cantik pun boleh jadi cun melecun. Ni antara aplikasi yang best untuk Instragram yang Ana guna.

1. Snapseed

5 Aplikasi Best Untuk Instagram
Snapseed antara aplikasi pengeditan gambar yang popular untuk menaikkan kualiti gambar korang seakan gambar-gambar professional photographer. Terdapat 28 tools di dalam Snapseed yang korang boleh cuba. Antaranya korang boleh edit pencahayaan, keseimbangkan warna (saturation), ketajaman gambar, crop saiz gambar, hilangkan objek yang tak diingini dan banyak lagi.

 

2. Lightroom

5 Aplikasi Best Untuk Instagram

Ni salah satu aplikasi yang mudah untuk cantikkan gambar. Korang hanya pilih mana-mana filter yang korang suka dan apply pada gambar korang. Senang kan? 

3. Inshot


Bagi yang nak kongsi video-video menarik di IG, aplikasi Inshot antara aplikasi terbaik dan mudah untuk digunakan.
5 Aplikasi Best Untuk Instagram
Antara tools yang korang boleh guna ialah trim, cut & split video, canvas untuk resize video dan speed untuk adjust kelajuan video. Nak bagi video korang lagi up korang boleh add on music, sticker & text dan juga apply filter untuk beri kesan efek yang menarik. Oh ya Inshot juga boleh digunakan untuk edit gambar dan collage.

4. Preview - Plan Your Instagram


Perasan tak sekarang ramai yang apply certain theme dekat feed dorang. Cantik kan? Kemas je nampak. Tapi bukan senang nak maintain theme tu sebab kalau kita upload gambar yang tak sesuai, theme tu akan jadi terganggu.
5 Aplikasi Best Untuk Instagram
So the best way nak maintain theme pada feed, korang boleh guna aplikasi Preview - Plan Your Instagram ni. Fungsinya supaya kita boleh plan layout gambar atau video yang nak dimuat naik. Senang kata kita boleh susun dulu turutan gambar atau video sebelum share di IG.
.
.
.
.
.
Ok bila dah edit semua gambar dan video, baru lah boleh muat naik dekat Instagram. Baru lah IG feed kita akan nampak cantik dan teratur. Orang pun akan suka tengok. IG story pun korang kena jaga sama. Bagi cantik dan menarik.

Cakap tentang IG Story, korang mesti tahu yang function swipe up hanya available untuk akaun yang ada followers 10k ke atas. Bagi akaun followers bawah 10k tu, korang hanya boleh share link di bio. Tapi hanya satu link saja pada satu-satu masa. Bayangkan kalau masa tu korang kena share banyak link especially posting yang melibatkan job review, kan dah jadi conflict.

Leceh nya kan!!

Dah jangan pening-pening dah. Sebabnya sekarang dah ada satu sistem yang boleh bantu atasi masalah link di bio tu. Apa dia tu?

5. Iglinks.io


Bagi yang first time dengar, IGlink.io merupakan satu sistem yang membolehkan korang share sebanyak mana links dalam satu platform. Sesuai untuk influencers dan blogger macam Ana ni. 

Yang bestnya sistem ni merupakan sistem buatan Malaysia #kitasapotkita dan sangat mudah untuk diedit menggunakan handphone atau komputer. Tak sampai 5 minit korang dah boleh set up Iginks korang dengan interface yang cantik dan kemas. 

Ok ni rupa interface Iglinks Ana bagi yang kurang faham. Klik IGLINKS untuk paparan lebih jelas. 
5 Aplikasi Best Untuk Instagram
Korang boleh nampak kan link-link yang Ana nak share baik dari blog atau media sosial semua ada di Iglinks ni. So bila orang klik Iglinks dekat bio Ana, dorang boleh nampak link-link tersebut dalan satu klik.
5 Aplikasi Best Untuk Instagram


Eh korang yang ada business pun boleh sangat guna Iglinks ni. Selalunya bila korang muat naik produk dekat IG, customer still kena tekan link website korang untuk cari produk tu kan. Tapi kalau korang guna Iglinks, customer boleh nampak terus link produk yang dorang nak tu. Sangat mudah dan cepat.  Customer pun akan jadi happy.

Kalau korang tengok dekat bahagian bawah Iglinks tu, info seperti contact no, email dan akaun media sosial kita semua ada. Tinggal nak edit info dalam tu je. So senang lah untuk client hubungi korang nanti.
5 Aplikasi Best Untuk Instagram


5 Aplikasi Best Untuk Instagram


Macam mana? Best kan fungsi Iglinks ni. Ana sangat recommend untuk korang cuba sendiri. Nak guna yang percuma boleh, nak guna yang berbayar pun boleh. Beza antara percuma dengan yang berbayar korang tengok dekat bawah ni.
5 Aplikasi Best Untuk Instagram

Last but not least, nak jadi influencer yang bagus kena sentiasa jaga engagement. Selalu lah support posting kawan-kawan supaya mereka pun support posting kita. Penting tau untuk kita jaga engagement ni sebab client akan tengok ni semua. So diharapkan dengan perkongsian ni dapat beri info yang bermanfaat buat semua. Dan jangan lupa untuk cuba Iglinks tu ok. 


5 Aplikasi Best Untuk Instagram. No 5 Influencer & Instafamous Wajib Ada. Reviewed by Ana Suhana on September 24, 2020 Rating: 5

23 comments:

  1. nice sharing. beberapa app tu memang ida guna. Kalau banyak link tu ida guna linktree. kemas la IG ana. Ida pun sekarang nak kemaskan IG..baru nampak menarik kan.

    ReplyDelete
  2. oh yang iglinks tu lebih kurang macam linktree tak silap boleh combine banyak link jadi satu link je so senang nak letak kat bio

    ReplyDelete
  3. tq ana kongsi... teringin nak guna hp xckp nak tampung app hahaha... hp lama dekat 5 tahun guna ni... kena tggu beli yg baru dulu la..

    ReplyDelete
  4. Iglinks tu paling akak tak faham. Untuk apa tu? Macam list blogpost. Err ke salah. Hahaha. Henfon dah penuh memori. Apps canggih betul sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lebih kurang macam linktree Ruby. Kita boleh letak sebanyak mana link yang kita nak share dalam satu link besar iaitu IGlinks.

      Delete
  5. Menarik semuanya bolehlah cuba..terima kasih share..k mid x pandai sangat..bila ada orang share seronok nak mencuba

    ReplyDelete
  6. masih tak faham dengan fungsinya tapi boleh pelan2 faham kan lagipun saya ni bukan orang yang layan ig sangat sebab tu kot kurang faham ...apapun apps ni terbaik dan akan cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba dulu baru boleh faham. Fungsi lebih kurang sama macam linktree je pun. Hehe

      Delete
  7. Wahhh 1st time tau psl iglinks ni.. Noobs gila kita hahaha... Perkongsian yg menarik kak.. Nanti nk try godeh2 laa.. Mcm best je nk try nti

    ReplyDelete
  8. Pernah try semuanya kecuali Inshot dan IGlinks.. Sekarang guna Lumii untuk edit gambar.. Boleh la try applikasi yang sis suggest ni

    ReplyDelete
  9. oo baru tau ni. noobs giler saya ni. hahah. thanks info ni ya

    ReplyDelete
  10. Wah, cantik dan berguna betul la Iglinks ni. Dulu ada nampak ramai yang buat macam ni tapi saya tak tau caranya macam mana. Sekarang dah tau, terus nak buat. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
  11. Yang IGlinks tu..maknanya link blog..link product semua boleh letak kan? Memang memudahkan lah. Menarik ni. Nak cuba install lah.

    ReplyDelete
  12. IGlinks tu apps ke? Memang LH nak cuba tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam linktree sis. Cuma ni local apps by Sushivid. Tak perlu install. Boleh terus ke web dia terus. Ada free version utk guna.

      Delete
  13. Tq share yg no.5 tu, nnt Mrs Pip nak guna hugs. Yang no.1-4 tu mmg Ada kat phone, cuma tu lah rajin x rajin saja nak update.

    ReplyDelete
  14. Wahh baru tahu pasal iglinks tuu.. Beberapa apps dalam entri Ana ni memang ada guna macam Snapseed, Lightroom, Inshot :)

    ReplyDelete
  15. mudah kan bila kita dapat kumpulkan semua link dalam satu minipage

    ReplyDelete
  16. bagus ana.. akak ni terhad sbb hp lama ni storage kecik.. nanti la berangan nak ada aplikasi semua ni bila ada hp baru.. bilakah.. hahaha..

    ReplyDelete
  17. This article is awesome! Also, IGLinks.io now has new themes, they are so prettyyyy!! Whoever is interested should check them out =)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.