Resipi Burnt Cheesecake Confirm Menjadi dan Sedap


Resipi Burnt Cheesecake Confirm Menjadi dan Sedap l Assalamualaikum. Masa awal-awal PKP hari tu Ana ada try buat Burnt Cheesecake. Saja lah nak try kan. Tak sangka mudah je nak buat dia. Rasa dah tentu lah sedap especially pada peminat cheese macam Ana ni. No wonder resipi kek ni jadi viral sejak dua menjak ni. 
Resipi Burnt Cheesecake

Resipi Burnt Cheesecake Confirm Menjadi dan Sedap


Ana start notice tentang Burnt Cheesecake ni bila MIL Ana post dekat FB hasil dia buat kek ni. Bila search rupanya ramai giler yang dah buat dan rata-rata semua menjadi. Ana pun terasa nak buat juga lah. Ye lah dari tak buat apa dekat rumah kan. Nak keluar jalan-jalan mana boleh.

Untuk percubaan kalli kedua ni Ana guna oven sebab senang nak pantau tahap 'burnt' lapisan atas kek tu. Masa memula buat hari tu Ana guna air fryer tapi sikit-sikit kena buka nak tengok lapisan atas tu kan. End up bahagian atas tu macam tak berapa lawa. So this time kita guna oven je. Jom tengok Resipi Burnt Cheesecake Confirm Menjadi dan Sedap yang Ana buat ni.  
Resipi Burnt Cheesecake

Bahan-bahan :

1. Cream cheese - 250g
2. Whipping Cream - 125ml
3. Gula - 1/2 cawan
4. Tepung gandum - 3 sdb
5. Telur - 3 biji
6. Sedikit perahan lemon
7. Esen vanilla

Cara Masakan :

1. Blend semua bahan-bahan di atas hingga sebati.
2. Sementara tu panaskan oven pada suhu 190 selama 10 minit.
3. Tuang bahan yang di blend ke dalam acuan yang telah di lapik dengan pachment paper.
4. Bakar selama 20-25 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
5. Lepas dah siap bakar, biarkan seketika.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.
7. Sedia dihidang. Nak lagi sedap makan dengan aiskrim vanila. Sedap tu. 
Resipi Burnt Cheesecake Confirm Menjadi dan Sedap Reviewed by Ana Suhana on May 13, 2020 Rating: 5

13 comments:

  1. Bahan2nya senang nak dapat. Boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Kak Sue pernah beli, tapi kali nie nak cuba lah resepi Ana share nie..

    ReplyDelete
  3. akak letak telur 2 biji.. apapun sedap kan dan puas hati buat sendiri cheesecake ni

    ReplyDelete
  4. hari tu ada kawan kerja buat
    sedap gila makan
    hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaa..dh viral kan..kat rumah ni masa mula tu diaorg buat dekat 3 kali dalam seminggu tu..tapi skrg dah sibuk buat kek lain...tapi mmg sedappp...lembut dan gebu masuk mulut..

    ReplyDelete
  6. memang tengah menjadi kegilaan ni kak..

    ReplyDelete
  7. menariknya .. nampak cantik kek ana. nnt nak pinjam resipi ...
    bilalah nak buat ni, asyik copy paste resipi orang simpan buat koleksi saja sekarang.
    nak beli bahan2 , time PKP ni rasa mcm malas sgt nak keluar.
    husband tak berapa reti nak beli utk bahan2 buat kek.

    ReplyDelete
  8. aritu ingt nk buat juga tp stock cream cheese manjang sold out...tp akak dpt burnt cheese cake husband order masa birthday aritu

    ReplyDelete
  9. beza burnt cheese cake dengan cheese cake biasa tu atas dia je ke?

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Lama dah nak membuatnya tapi itulah, stok cream cheese asyik takde je. Orang memborong banyak buat kek agaknya. takpelah, next time boleh cuba.

    ReplyDelete
  11. Sedap kan. Kak laili belum try buat sendiri lagi. Baru merasa jiran sedekah

    ReplyDelete
  12. ramai orang suka buat kek ni.. =)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.