Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa


Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa | Assalamualaikum. Kecewa menurut kamus bermaksud dukacita kerana tidak tercapai apa yang diinginkan ATAU gagal dalam mencapai sesuatu. Kita yang dewasa ni pun masih lalui fasa-fasa kegagalan dalam kehidupan. Begitu juga dengan anak-anak. Adakah Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa Ini.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa

Kecewa, gagal, dikritik, tidak sependapat semua ni akan menimbulkan rasa ketidakselesaan atau lebih tepat rasa sedih dalam diri anak-anak. Kadang tu benda yang remeh pun boleh jadi isu yang besar untuk anak-anak. Seolah dah takde jalan penyelesaian.

Contoh macam Syafi. Sibuk dok ajak kita main game. Sekali bila main dan dia kalah, dia tak boleh nak terima kekalahan tu. Lepas tu menangis berguling-guling. Haha,

Sama juga bila masuk bab belajar. Pada awalnya semua benda dia kata dia tak tahu. Baik bab menulis dan melukis. Sikit-sikit mengeluh kata tak reti lah tak pandai lah. Last last menangis kesedihan.

So apa tindakan kita as a parents to overcome these kind of situation? Tak kan nak biarkan dorang terus tenggelam dengan perasaan kecewa dan sedih tu je kan. Kalau tak "dirawat" boleh menyebabkan mereka terus rasa bersedih, rendah diri dan sering salahkan diri sendiri atas kekecewaan yang dirasai. Apa kata ibu bapa Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa ni.

1. Beri Nasihat Yang Kegagalan Hanya Satu Permulaan

Sebagai ibu bapa, nasihat dah jadi sebahagian dari kata-kata perangsang kepada anak-anak. Kita yang dewasa ni pun masih memerlukan nasihat dari orang-orang di sekeliling. Apa lagi anak-anak.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Kita cerita pada mereka yang kegagalan tu bukan segalanya sebaliknya kita kena jadikan kegagalan  sebagai batu loncatan untuk jadi yang lebih baik. Dari kegagalan kita akan jadi seorang yang lebih berdaya saing dan sekaligus membantu meningkatkan daya berfikir yang lebih tinggi dari sebelumnya. Bagitau mereka juga yang kita juga pernah lalui banyak kegagalan sebelum ni. So anak-anak sedikit sebanyak dapat faham tentang lumrah kegagalan dalam kehidupan.

2. Beri Contoh Kejayaan Yang Dekat Dengan Mereka

Bagi Ana, bila kita tengok kejayaan seseorang, kita akan jadi lebih bersemangat untuk berjaya seperti mereka. Ana nak Syafi juga rasa yang sama. Tapi Ana beri dia contoh yang ada depan mata atau dekat dengan dia lah.

Contohnya Ana selalu dekat Syafi tentang kesusahan zaman Ana kecik-kecik dulu. Tak macam Syafi sekarang semua nak boleh dapat. Nak melukis pun takde kertas lukisan. Apa lagi nak beli pensel warna. Tapi Ana tak jadikan kesusahan yang Ana lalui sebagai alasan untuk tak berjaya dalam pelajaran.

3. Lebihkan Usaha & Puji Usaha Yang Dilakukan

Bila dah tengok orang lain berjaya, kita kena lah usaha kan. Macam Ana cerita Syafi tak boleh terima kekalahan bila bermain dengan Ana. Memula nampak macam kelakar kan tapi bila Ana fikir semula, apa tindakan Ana untuk bantu Syafi.

Bagi contoh kejayaan saja tak mencukupi. So apa Ana buat ialah Ana akan ajak Syafi sambung main dan main lagi untuk galak dia lebihkan usaha. Gagal lepas usaha? Takpe takde masalah. Ana tetap puji Syafi atas usaha yang dia lakukan.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
"Bagus dah apa Syafi dah buat. Suka onde tengok. Tak jadi takpe kita cuba cara lain pula."

Bila Syafi nampak yang Ana hargai usaha yang dia buat, dari situ Syafi akan usaha untuk bermain dengan lebih baik lagi dari sebelumnya.

Bila dah selalu bermain atau praktis, Ana perasan automatik Syafi semakin dapat baca rentak permainan dan lama-lama Syafi jadi semakin mahir. Ana ingat lagi saat dia menang buat pertama kalinya. Bukan main seronok dia. Bergolek-golek kesukaan, Hehe. Manisnya usaha bila dah berjaya kan. Dan permainan seterusnya jadi lebih menarik.

4. Sokong Dengan Perbuatan

Teruskan berusaha Ana dah galakkan. Tapi belum lagi berjaya. So apa langkah seterusnya yang Ana kena buat? Sure Ana kena beri sokongan sebagai ibu bapa. Tapi bukan sekadar dengan sokongan kata-kata tapi juga dengan tindakan atau perbuatan.

Baca juga Bagaimana Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain

Contoh dalam kes point nombor 2 di atas, bermain bersama-sama merupakan salah satu sokongan dalam bentuk tindakan Ana untuk Syafi. Cuba bayangkan kalau Ana hanya bagi sokongan dengan kata-kata, agak-agak Syafi ada semangat yang lebih ke untuk lebih berusaha ke arah kejayaan. Kemungkinan tu ada tapi peratus dia sangat rendah berbanding kalau kita sokong dengan perbuatan. Bila buat sesuatu tu bersama-sama, anak-anak akan jadi lebih bersemangat untuk capai apa yang dorang nak.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Sama juga kes bila Syafi mengadu kata tak pandai melukis atau menulis. Puas Ana pujuk kata takpe lama-lama nanti ok lah tu. Tapi keberkesanan pujukan tu tak menjadi. Syafi tetap rasa kecewa dan sedih. So apa Ana buat ialah belikan dia lagi kertas lukisan dan pensel warna (untuk dorang dia lebih berusaha) dan minta dia lukis apa yang Ana nak. Memula memang ntah apa-apa ntah dia lukis tapi takpe, kita reward usaha dia dengan bagi 2-3 bintang sebagai galakan.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Dan hasilnya sekarang lukisan Syafi jadi sangat baik. Gambar atas ni hasil lukisan sempena hadiah birthday Ana. Ok lah kan tu. Imaginasi dia pun semakin tinggi. Dah takde dah dengar dia mengeluh tak pandai melukis.

5. Galak Lakukan Aktiviti Problem Solving

Salah satu bentuk usaha yang interaktif untuk Syafi lebih bersikap terbuka adalah dengan menggalakkan dia melakukan aktiviti problem solving seperti bermain origami. Dengan adanya aktviti seperti ini, Syafi akan melihat sesuatu halangan atau masalah boleh diatasi jika ada usaha dan keyakinan.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Selain tu sesekali Ana akan bawa Syafi ke Kidzania KL untuk dedahkan dia dengan situasi problem solving yang berbeza dari kebiasaan. Contohnya memula Syafi ke Kidzania dia seorang yang penakut. Tak boleh berenggang dengan Ana. Tapi bila kita sokong dan pujuk, lama-lama dia jadi berani, mampu mengatasi rasa takut dan berdepan dengan apa yang ada dihadapan dia ketika tu. Masa tu dia akan sentiasa berfikir apa yang perlu dibuat untuk berdepan keadaan seperti itu.

Lepas Ana tengok Syafi makin selesa di Kidzania, baru Ana dedahkan Syafi dengan aktiviti yang memerlukan dia untuk menyelesaikan masalah atau tugasan pula. Antaranya ialah aktiviti sebagai Courier Agent, Licensing Officer dan Tax Officer di mana Syafi perlu untuk melakukan tugasan yang diamanahkan. Kita tengok memang nampak senang kan tapi untuk budak yang baru berumur 5 tahun, tugas tu "agak berat" sebenarnya. So tugas Ana as a parents ialah beri sokongan dan beri klu untuk dia faham dan selesaikan tugasan tersebut.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Sama juga bila Syafi buat aktiviti as a Milk Processing Officer di Vitagen Lab. Nak dapatkan sebotol vitagen yang dia minum selalu tu bukan semudah ABC je. Banyak proses dan halangan yang perlu ditempuhi. Dari situ Syafi dapat belajar bila nak dapatkan sesuatu kita kena usaha dan kuat menghadapi cabaran yang tiba.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini, Ana nampak problem solving skill Syafi semakin baik dan Syafi jadi lebih positif dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. At the end of the day, Syafi sangat happy dan tak nampak pun kesukaran untuk melakukan tugasan yang diberi sebagai satu halangan untuk dia. Syabas Syafi!!
.
.
.
Ok lah tu saja perkongsian untuk kali ni. Semoga 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa yang Ana kongsikan ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa di luar sana. Kalau ada tips yang lebih mudah lagi, sudi-sudi lah kongsi di ruangan komen ye. Mana tau boleh sama membantu kan. Orang kata sharing is caring. 
Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa Reviewed by Ana Suhana on February 13, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. Sama ada kanak-kanak atau orang dewasa..sokongan itu sangat penting untuk meredakan rasa kecewa atau apa pun isu yang timbul.Sokongan ni macam sinar dan tulang belakang untuk memberitahu harapan itu masih ada dan sentiasa ada.

    ReplyDelete
  2. bagus tips ini, sebagai parents kita pun kena kreatif untuk problem-solving

    ReplyDelete
  3. mood anak anak memang kadang2 tu kita susah nak predict kan?? dengan tips ni sangatlah membantu.. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang rasa sedih tengok diorang sedih tapi kena ajar juga anak2 terima kekalahan sebab hidup ni bermasyarakat..tak selalu di atas kan.

    ReplyDelete
  5. terbaik kak ana..ye bebudak ni kena bagi dorongan dan semangat..baru diaorng bangkit

    ReplyDelete
  6. Betul tuu... kita adalah pembimbing mereka.. jadi kita kena bersama mereka untuk dorongan dan membentuk mereka

    ReplyDelete
  7. Betul tu kak.. Bila anak2 kecewa ni sebagai ibu bapa mmg kena bagi mereka semangat.. Baru lah mereka happy

    ReplyDelete
  8. bagusnya ana ! terinspirasi. insyaAllah akan cuba selepas ini.

    ReplyDelete
  9. info yg sgt berguna kpd semua ibubapa.
    dah kemaskini blog list abam kie. you are in!

    ReplyDelete
  10. good post ๐Ÿ˜Š would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. terima kasih tips ni Ana.
    alahai cutenya Syafi jadi model entry ni hehehe

    ReplyDelete
  12. good info Ana. apa-apa pun ibu bapa model terbaik kepada anak-anakkan..
    cuma kita as ibu bapa kena byk spend time dgn diaorg dan tanya anak-anak jika mereka ada masalah..

    ReplyDelete
  13. bagus tips Ana..semoga memberi manafaat pada ibu-ibu lain..

    ReplyDelete
  14. Very informative parenting sharing here, I have learnt the tips for my teaching too. Thanks for this. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  15. Nice sharing Ana.. Alhamdulillah moga usaha Ana menampakkan hasil.. Syafi be a good boy ye ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  16. Tips yg bagus utk ibu bapa, termasuk saya juga.. thanks sharing perkongsian bermanfaat ni Ana.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.