Pencarian Bakat "Be A Star" di Kidzania Kuala Lumpur


Pencarian Bakat "Be A Star" di Kidzania Kuala Lumpur | Assalamualaikum. Betul tak kalau Ana kata yang zaman kanak antara zaman yang paling menyeronokkan?? Sebabnya pada zaman tu kita berpeluang untuk untuk menjadi diri kita sendiri dan pada itu kita boleh discover dan explore potensi diri masing-masing.
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
Pencarian Bakat Be A Star di Kidzania Kuala Lumpur

Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri dan mereka harus diberi peluang untuk menonjolkan hak dan bakat masing-masing. Oleh itu pada Mac ini, ‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’ yang berlangsung dari 17 Mac hingga 8 April 2018 akan meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi.

Hak-hak kanak-kanak ini disokong sepenuhnya oleh para RightZKeepers dari KidZania Kuala Lumpur iaitu:

URBANO - Hak untuk Belajar
BEEBOP - Hak untuk Mencipta
 • CHIKA - Hak untuk Berkongsi
VITA - Hak untuk Beramal
BACHE - Hak untuk Bermain
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
“Seni pentas adalah cara terbaik untuk mengetengahkan hak kanak-kanak,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. Menerusi program ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak melalui pendekatan-pendekatan menarik yang membolehkan mereka mencipta, bermain, menambah pengetahuan, membuat kebajikan dan berkongsi! Selain itu, seni juga adalah cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Kami percaya kemahiran-kemahiran ini akan banyak membantu mereka dewasa kelak. Ini bertepatan dengan falsafah kami untuk ‘Learn Life Today’.”
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan semasa berlangsungnya ‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’ ialah :

1. Hak untuk Belajar dan Mencipta

Untuk aktiviti Hak untuk Belajar dan Mencipta, kanak-kanak berpeluang untuk belajar Sesi Pengajaran The YouTuber. Pada sesi ini mereka akan diajar cara untuk menghasilkan video YouTube, penggunaan media sosial, pengendalian kamera, pencahayaan yang betul, dan penghasilan isi kandungan menarik tentang hak-hak kanak-kanak.

2. Hak untuk Beramal dan Berkongsi

Hak untuk Beramal dan Berkongsi, kanak-kanak dapat mengikuti bengkel Lakonan & Uji Bakat, di mana mereka berpeluang untuk merasai pengalaman sebenar Beramal dan Berkongsi melalui kerja-kerja kebajikan seperti melindungi alam sekitar, haiwan atau kerja-kerja amal lain.

3. Hak untuk Bermain dan Mencipta

Aktiviti lain yang mempromosi hak-hak ini termasuklah Kelas Alat Instrumen, Peragaan dan Sesi Penggambaran Jenama, dan Kelas DJ.

Lights, Camera, Action!

Setelah mempelajari pelbagai kemahiran baru di atas, kanak-kanak berpeluang untuk menyertai  Pertandingan Pencarian Bakat ‘Be a Star’. Mereka hanya perlu menghantar video persembahan mereka melalui emel ke contact@kidzania.com.my atau sertai uji bakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur di antara 17 hingga 31 Mac 2018! 20 peserta akhir akan bertanding dalam Pusingan Akhir pada 7 April 2018 di hadapan para juri dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai, tiket dan banyak lagi!
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ dengan bangganya disokong oleh Canon, Fly FM, Hot FM, Petit Moi, U Mobile, Zana Entertainment dan MYBeat Drum Circles.
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
Be A Star KidZania Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, sila layari laman sesawang atau berhubung dengan Talian Khidmat Pengguna Kidzania seperti di bawah:

Laman Sesawang :

Facebook :

Talian Khidmat Pengguna KidZania :
>> 1300 88 KIDZ (5439) <<
 9 pagi - 8 malam, Isnin hingga Ahad.
Pencarian Bakat "Be A Star" di Kidzania Kuala Lumpur Reviewed by Ana Suhana on March 09, 2018 Rating: 5

38 comments:

  1. Program ni boleh cari bakat bakat terpendam. Serta saingan yang sihat

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada program macam ne banyak bakat baru dapat di cungkil

    ReplyDelete
  3. Best nya, kalau ada bakat terpendam tu boleh join ni... Lights, Camera, Action

    ReplyDelete
  4. ank2 yg ada bakat sesuai la nk tonjolkan bakat terpendam ni...bole jd STAR

    ReplyDelete
  5. Aktiviti macam nie dapat cungkil anak-anak yang berbakat kan Ana..

    ReplyDelete
  6. Kalau Dania kecik lagi bleh jer serapkan dia aktiviti macam ni..tapi dia dah besar panjang sekarang memang takdenya la dia nak join...pada akak bagus aktiviti ni sebab boleh cungkil bakat terpendam dan mengasah bakat yang sedia ada

    ReplyDelete
  7. Seronok anak-anak sekarang. semua ada! cakap je nak main apa, mesti ada kat mall. btw, bagus pertandingan macam ni. Boleh berikan keyakinan.

    ReplyDelete
  8. wah menarik aktiviti macam ni, bolehlah i bawa anak i join program ni anak i memang suka pergi kidzania last time dia pergi dia boleh berdikari sendiri.. mama rasa macam oh anakku dah pandai bawa diriii :(

    ReplyDelete
  9. Kid zania pun ada banyak program ya.

    ReplyDelete
  10. Mencari bakat dari peribgkat awak. Mendidik Dan mengasah bakat seawal usia .

    ReplyDelete
  11. It's great to find new talent...

    kids nowadays are really unpredictably talented....

    Will amazed after seeing them trains..

    ReplyDelete
  12. sekarang mcm2 program untuk kanak-kanak. so ini mungkin berita baik utk anak2 tunjukkan bakal tersembunyi tau asahh lagi bakat tu

    ReplyDelete
  13. Wahhhh siap ada nama ya maskot2 tu. Syiok lh budak2 sekrang dgn adanya tempat2 seperti kidzania nie kn Kak Ana. Dulu sy kecil xde pon kemudahan seperti ini. Nie Syafi mesti suka kan

    ReplyDelete
  14. ramai budak2 minat kalau macam ni kan..

    ReplyDelete
  15. Kalau Hana nak join ni rasa2 layak tak?! hahah :3 nice sharing kak Ana!!! ^^

    ReplyDelete
  16. Banyaknya activities boleh buat. Mmg seronok la anak2 tapi mcm mak ayah yg akan lebih excited.. semua activities bagus untuk perkembangan tumbesaran anak2

    ReplyDelete
  17. Kanak-kanak kecil-kecil dah diajar dengan youtube dan social media hehehe nanti satu masa zaman sapa tak pandai social media adalah orang yang paling kolot hehehe tapi ini satu usaha yang bagus.

    ReplyDelete
  18. Memang kena bagi peluang budak-budak eksperesi diri mereka. Bolehlahh asah bakat mereka dengan bantuan 5 maskot RightZKeepers. Anak-anak yg aktif dan keletah bolehlah ibu bapa hantar penyertaan.

    ReplyDelete
  19. I can only imagine how big of a youtube star some of this kids can be with this kind of programs that caters to the future of marketing and business.

    ReplyDelete
  20. Bestnya jadi kanak-kanak.. Zaman sekarang semua telah dilatih arah tuju masa depan. Bagus Kids Zania beri pendedahan awal dan membuka minda kanak-kanak. Moga anak2 sekarang dpt merealusasikan impian dimasa hadapan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  21. Bagus program ni..betul2 enhance bakat2 kecik..sape yg ade anak yg suka berlakon art craft mmg patut join ni

    ReplyDelete
  22. Boleh bawa anak yang sulung ke sini.. Bagus program seperti ini... Tapi pak dia nak join yang Youtube itu.. boleh?

    ReplyDelete
  23. bagus juga program mcm ni, boleh cungkil bakat anak anak ...

    ReplyDelete
  24. Syafi mesti seronok kalau dpt pi sini kan? Dhia dan dzal pn dok berzikir gak tu

    ReplyDelete
  25. Oh my, this for sure gonna be a very excited one. Can't wait too see the future STAR...

    Racheal

    ReplyDelete
  26. All the best to all adik-adik yang bertanding. Shine like a star to all!

    ReplyDelete
  27. Untung nya budak-budak zaman sekarang dah banyak program menarik untuk dorang kan.

    ReplyDelete
  28. Bagus ada pertandingan mcm ni..bagi keyakinan diri utk anak2, bagi depa jadik STAR..:D.
    Anak sis jangan harap..naik pentas terus tak nak cakap..hehehe

    ReplyDelete
  29. Really attractive the activities that been scheduled at Kidzania. Kids can show off their own talents. Should start from small and let them express their interest.

    ReplyDelete
  30. untuk budak-budak nak tunjuk makan boleh lah kan join show ni.

    ReplyDelete
  31. I love kidzania, highly recommend this to my friends with kids, it's great that the little ones get to learn and be confident about themselves and showcase their talents.

    ReplyDelete
  32. Bagus jugak ada program macam ni. Boleh cungkil bakat anak2.

    ReplyDelete
  33. Wah bagusnya ada program macam ni utk anak anak...mengisi masa terlyang diorang kan

    ReplyDelete
  34. The program looks great and plus the kids will love it. Kidzania is an amazing place for kids to really showcase what they have got- plus they will be able to socialize well and be confident too.

    ReplyDelete
  35. bagusnya event macamni. bagus untuk ajar anak explore dan tahu tentang potensi dan bakat yang ada dalam diri diorang.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.