Tempat Menarik di Vietnam : Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office) - Ana Suhana

Jul 23, 2017

Tempat Menarik di Vietnam : Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)


Tempat Menarik di Vietnam : Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)| Assalamualaikum. Melancong ke luar negara sememangnya menjadi impian Ana sejak dulu lagi. Tapi kekangan kerja menyebabkan hasrat tu selalu sangat terbantut. Kerja 24/7 di sebuah syarikat audit swasta sememangnya memerlukan komitmen kerja sangat tinggi. Nak jadi cerita, hujung tahun 2013 masa mengandungkan Syafi 7 bulan, ada rezeki untuk Ana dan suami ke Vietnam. Akhirnya impian Ana nak jejakkan kaki ke negara orang buat pertama kalinya tercapai. Ana ke Vietnam selama 3 hari 2 malam. Masa tu MIL sponsor dan guna ejen. Mahal juga seorang RM1,200. Tapi sekarang less than RM1k boleh dah dapat kalau nak pergi melalui travel agent. Tapi kalau pergi secara backpacker lagi boleh jimat banyak. So untuk entri pertama trip ke Vietnam Ana nak cerita tentang Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office).
Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)
Pejabat Pos Pusat Saigon
(Saigon Central Post Office)

Hari Pertama : Tempat Menarik di Vietnam : Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)


Perjalanan dari LCCT ke Saigon (HCM) hanya 2 jam perjalanan je. Dan perbezaan masa pula Vietnam lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Sampai-sampai di airport, ejen terus bawa kami ke satu tempat wajib singgah bila berada di Ho Chi Minh iaitu Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office). Sejarah tentang bangunan pejabat pos ni ialah ianya di bina ketika Vietnam masih sebahagian daripada IndoChina Perancis pada akhir abad ke-19 sekitar tahun 1886-1891. Pengaruh Gothic, Renaissance dan Perancis di terapkan di dalam binaan pejabat pos ni. Menurut fakta, arkitek yang bina bangunan ni ialah arkitek yang sama bina Eiffel Tower. Kalau korang perasan terdapat jam besar menghiasi pintu masuk pejabat pos ni.
Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)
Pejabat Pos Pusat Saigon
(Saigon Central Post Office)
Di dalam pejabat pos ni korang akan nampak 2 peta besar yang di tampal di kiri dan kanan dinding bangunan. Peta yang pertama ialah peta Vietnam Selatan dan Kemboja yang di terjemah tajuknya kepada "Telegraphic lines of Southern Vietnam and Cambodia 1892".
Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)
Pejabat Pos Pusat Saigon
(Saigon Central Post Office)
Manakala peta kedua memaparkan peta daerah Saigon yang di terjemah tajuknya kepada "Saigon and its surroundings 1892".
Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)
Pejabat Pos Pusat Saigon
(Saigon Central Post Office)
Di dalam bangunan, urusan pos masih berjalan seperti biasa. Memang ramai orang masa Ana ke sini. Tapi don't worry, tak rasa sesak pun sebab pejabat pos dekat sini luas. Boleh lah korang nikmati keunikan hasil senibina bangunan ni dengan selesa.  Dan kalau ada yang  nak pos poskad ke tanah air boleh lah buat dekat sini. Ada poskad percuma disediakan.
Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)
Pejabat Pos Pusat Saigon
(Saigon Central Post Office)

Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)
Pejabat Pos Pusat Saigon
(Saigon Central Post Office)
Dekat bahagian tepi pejabat terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata, kraftangan dan aksesori dan perhiasan untuk di bawa pulang sebagai kenang-kenangan. Tapi Ana tak beli pun sebab katanya dekat Pasar Bent Than lagi murah. Lagipun Ana tak niat nak shopping sangat pun dekat sini. Ye ke??? 
Pejabat Pos Pusat Saigon (Saigon Central Post Office)
Pejabat Pos Pusat Saigon
(Saigon Central Post Office)

Bagi yang bercadang untuk ke sini, Pejabat Pos Pusat Saigon ni di buka setiap hari bermula dari pukul 7 pagi hingga 7 petang. Alamat seperti di bawah ni: 

Alamat :
2 Cong Xa Paris, 
Ben Nghe, 
District 1,
Ho Chi Minh City


Oh ya, kalau korang nak tahu di seberang jalan dan berhadapan dengan pejabat pos ni ada sebuah gereja yang di kenali sebagai Basilica of Our Lady of the Immaculate. Ia merupakan gereja utama di bandar Ho Chi Minh ni tau. Memang salah satu tempat menarik untuk di lawati juga di sini. Tapi gereja ni takde dalam itinerary kami. So Ana tangkap gambar dari jauh je lah. Hehe. 
Basilica of Our Lady of the Immaculate.
Basilica of Our Lady of the Immaculate

22 comments:

  1. memang best kat sini..dah la tempat dia luas pastu rasa relax jer walau ramai pengunjung...mmg cool tempat ni..

    ReplyDelete
  2. mak aih luasnya tempat dia....rasa mcm xsesak sgt kan...btw cantik kualito gambar ana

    ReplyDelete
  3. Cantik bangunan pejabat pos tu ☺

    ReplyDelete
  4. wah....lawanya pejabat pos dia..

    ReplyDelete
  5. Perghh, klasik sungguh pejabat pos dekat sana. Lawa!

    ReplyDelete
  6. Suka tengok bangunan macam ni. Cantik. Tapi seram jugak kepala kat atas pintu masuk tu.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  7. Pejabat Pos ni macam bangunan Sultan Abd Samad kat KL laa.. Pelancong wajib datang gitu.

    ReplyDelete
  8. Peta tu menjadi daya tarikan...simbolik dan unik...

    ReplyDelete
  9. saya pun ada hati nak melancong ke Vietnam..suatu hari nanti,

    ReplyDelete
  10. Classic bangunan pejabat pos nya tak macam pejabat pos. Macam Mall pun ia juga

    ReplyDelete
  11. cantiknya tempat dia! Senibina dia memang wow sangat. Tak rugi pergi

    ReplyDelete
  12. Cantiknya pejabat pos dia.. Patutlah jadi tempat wajib lawat..

    ReplyDelete
  13. Perghhh cun gila senibina dia. Ikut ejen RM200 3h2m macam dah murah sangat tu kak? Tak sabar nak tunggu next story hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey my bad salah baca rupanya. RM1200LAH hahahhaa sorry sorry😂

      p/s: kalau betul 200 nak jugak plan dengan kekawan ajak pi sana hahahaha

      Delete
  14. Kak anaaa bestnya jalan jalan. Doakan Uyul murah rezeki ya. dapat jalan jalan macam kak ana.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  15. hahaha CT pun baca RM200 hhah rupanya RM1200 hehe..

    ReplyDelete
  16. Mohon nti g jenjlan ajak CR sekali.
    Cantik betul

    ReplyDelete
  17. ana !! bila la atie dapat sampai sana agaknye.. hee~

    ReplyDelete
  18. Cantik, luas Dan bersih pekabar POS Dia. Mesti bangunan bersenang juga kan

    ReplyDelete
  19. Semua sudut dalam tu akak dah pose maut dah..hahahaha

    ReplyDelete
  20. Wah cantiknya vietnam tak pernah g lagi...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤