Jalan-jalan di Terengganu : Makan malam di puncak Bukit Panorama : Panorama Cafe

Assalamualaikum.

Memandangkan sis ada satu malam je di Kuala Terengganu jadi sis dan keluarga mertua decide nak makan di luar.  Pikir punya pikir kami ke puncak Bukit Panorama untuk merasa makanan di Panorama Cafe. Kononnya sambil menjamu makanan boleh lah juga menjamu pemandangan bandar Kuala Terengganu pada waktu malam dari tempat tinggi.


Sis sampai dalam pukul 8 macam tu dan pelanggan pun dah agak ramai tapi masih ada banyak meja kosong. Pasangan yang sambut birthday pun ada juga. Meja mereka dah di reserve kan dengan bunga dan belon. So sweet. 😊



Tanpa buang masa kami terus order makanan sebab tengok orang makin ramai yang datang. Nanti order lambat-lambat makin lambat lah dapat makanan. Menu dekat sini terdiri dari makanan tempatan dan juga western. Tapi banyak juga yang dah di tanda N/A dalam menu tu. 







Dalam 20 minit macam tu baru air sampai ke meja. Time tu tekak bukan main haus lagi sebab cuaca di Kuala Terengganu sangat panas. 20 minit tu rasa berjam-jam. Makanan pula lagi lah lama nak sampai. Ada satu menu in law sis sampai bila kami semua dah habis makan. Almost an hour to be served. Chicken grill je pun menu dia. Selamat in law sis ni penyabar.

Menu 1: Set Satay RM9.90


Ada 10 cucuk satay ayam / daging, nasi himpit dan timun bawang. Sis order 2 set menu ni dan sis letak high expectation untuk satay ni. Bila dah rasa sorry to say, agak ada kekurangan. Satay tu hanya ada satu rasa je iaitu rasa manis semata. Tak macam satay yang biasa kita makan yang ada rasa bawang, lengkuas, jintan semua tu. Dan daging satay dia agak keras. 

Menu 2: Nasi Goreng Chicken Chop RM15.90

Nasi goreng dia standard rasa macam kedai yang lain. Harga dengan saiz makanan agak berbaloi.

Menu 3: Chicken Chop RM12.70


Size ayam agak besar dan boleh tahan la sedap dia. Sedap dari set satay tu. Standard ayam breaded dekat luar sana tu. 


Menu 4: Yee Mee  RM8.90

Yang ni sis suka. Kuah dia sedap lah juga dan sayur pun banyak. Cuma sayur dia besar-besar kedabak. MIL sis susah nak makan jadinya sis lah jadi tukang perabis sayur-sayur tu. Ada bunga kobis, capsicum, lobak dan saderi. Jenuh juga nak habiskan. 

Secara keseluruhannya bagi sis ok lah cafe ni. Keistimewaan dia sebab lokasinya yang terletak di atas Bukit Panorama. Memang layan lah vire bandar KT dari atas ni. Cuma pihak cafe kena buat sesuatu untuk improve service dan kualiti makanan supaya pelanggan happy untuk datang semula ke sini. Orang-orang Terengganu dah pernah ke Panorama Cafe ni ke? Apa pendapat korang?


Jalan-jalan di Terengganu : Makan malam di puncak Bukit Panorama : Panorama Cafe Reviewed by Ana Suhana on April 04, 2017 Rating: 5

68 comments:

  1. nasib baik ada angin sambil makan tu kot..kalau tak mmg berangin badan sebab yee mee dah abis baru sampai cili potong..hehe tapi kan Ana..yee mee tu nampak menarik walau sayur gedabak gitu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee mee tu lah yang paling sedap malam tu. Kalau tak sedap juga tak tahu lah ckp pe kak 😅

      Delete
  2. liez pun tak penah sampai.. bukan nak mkn sgt tapi nak tgk scenery je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kalau nak tgk scenery Liez. Paling koman order air gelas besar je Liez. 😘

      Delete
  3. sedapnya!!!huhuhuhu, aik tlampau jeles sudah unni dengan post kat ganu kak ana ni terasa nak terbang je kat sana skg...

    kak ana boelh x unni minta tip mcmn kak ana buat mark nama akak tu kat pic.. guna apps ka?? atau buat sndri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom unni ke Ganu lepas ni. Boleh jalan2 dan makan2 satu Ganu. Nyum nyum 😋

      Delete
  4. Memang sakit hati kalau Kak Sue.. tengah lapar, makanan lambat sampai pastu tak sedap pula.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Memang black list lah lepas ni. Hehe 😘

      Delete
  5. Adoi.. spoil betul bila servis tak best.. Nak makan pun boleh frust..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Mereka kena do something to improve service tu. Baru lah customer puas hati. 😊

      Delete
  6. Sini memang banyak dah dengar complaint services dan rasa makanan dia biasa je.. Huhu 😂😂
    Yang istimewa hanyalah permandangan dari atas bukit.. Husniey nok gi try jugok tapi suami berkali kali cakap tak sedap sini harga pun mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa2 je makanan dia Husniey. Kalau sekadar nak lepak dan tgk night view ok lah. Tp make sure kenyang dulu. Hehe 😊

      Delete
  7. best nya. pemandangan pun cantik. hahha tang servis tamo komen. nak komen panorama je. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Services tu tutup mata je lah. Kita layan night view dia je ye kecik 😘

      Delete
  8. boleh tahan mahal jugak harga makanan dia, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak mahal juga lah. Tp kalau sedap takde masalah pun. Baru berbaloi rasa nak bayar tu 😊

      Delete
  9. nasib view mlm cntik dan dtg dgn kluarga, tpksa btabah tggu mknn huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhuhuhu je lah Ana malam tu. Dengan perut dah berbunyi2. Sabar jer lah 😅

      Delete
  10. With the service and taste yg kak ana bg, rasa macam tak berbaloi lak makanan dia.. Tapi view memang lawa sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anis. Rasa makanan dia biasa-biasa je. Cuma night view tu je lah penyejuk hati 😅

      Delete
  11. Kalau nasi goreng yang makan kat luar..susah untuk Nany cari yang masuk dengan tekak. Alih-alih kalau husband tanye ..sedap tak nasi goreng dia? Sedap lagi I masak, tumbuk bawang putih, merah, ikan bilis, cili padi and pecahkan telur kat rumah tuh. HAHAHAH! anyways, spot die memang terbaiklah kan sebab atas bukit gitteww...At least dah pergi. Lepas ni kalau orang tanye, best tak makan kat situ..boleh la bagi blog link yang ni. Heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homemade nasi goreng memang tak boleh kawan Nany. Lagi2 nasi goreng kampung letak extra cili padi. Hehe.

      The best thing tentang cafe ni ialah kedudukan dia di atas bukit tu je. 😊

      Delete
  12. amboi sis...cantiknya tempat tu... tinggal nak letak candle jee kat tengah meja dah jadi candlelight dinner...banyak2 bersabar ya sis biasa laa tempat indah khabar dari rupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pulak nk bawa lilin. Tapi kak ana rasa kalau pasang lilin mesti duk terpadam je. Sebab berangin dekat atas tu. Hehe 😘

      Delete
  13. Meriahnya waktu malam kat tempat tu, mesti sedap makanannya... cantik pula pemandangannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa je makanan dia. Takde yang kena dengan tekak kami sekeluarga. 😅

      Pemandangan tu memang terbaik. Angin pula sepoi2 bahasa 👍

      Delete
  14. Salah baca postingan ni gue.. hahahaha.. Hancur diet. Gara2 liat chicken chop jadi pengen.. hiks.. Btw, view nya bagus banget ya.. Masuk dalam list wisata Trengganu nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja makan tp chicken grill saja Jasmi. Bisa kurang minyak. 😘

      Delete
  15. Bila order..lambat sampai memang mencabar kesabaran...lebih mencabar bila rasanya tidak seperti diharapkan(PC dan keluarga ada pengalaman ni)..tapi tak apa..jadi pengalaman dan perkongsian kan Kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC. Kalau sampai 1 jam baru dapat makanan sedangkan orang yang kemudian dah dapat dulu, betul2 mencabar tu.

      Harap2 perkongsian ni tak memudaratkan cafe tu lah hendaknya 😅

      Delete
  16. Makanan dah sedap dah tapi servis pulak tak best eee elsa tak seronok tau kalau makanan sampai lambat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah sedap mana elsa. Satay tu betul2 mengecewakan hati kak ana tau. Cewah. Service pula dorang kena improve betul2. Kalau tak, org tak nak dtg dah ke sana 😁

      Delete
  17. ingatkan layanan dan makanan tip top, sebab awal-awal dah ramai orang datang makan, tapi apa kan daya, da makan dekat situ, sabar je la, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun ingat confirm sedap ni sebab ramai orang kan. Sekali berhuhuhu je lah. 😅

      Delete
  18. Hmmm kalau servis out dan makanan pun rasa macam biasa-biasa je rasa macam sakit hati juga kan. Harap diorang baca entry akak ni dan perbaiki mana yang perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan dorang baca review pelanggan dan take action for their improvement. Tempat dah cun, sepatutnya makanan dan servis pun cun lah juga 😊

      Delete
  19. tempat dah cantik, rugi servis macam tu...nanti customer taknak repeat dah.

    Akak, besarkanlah gambar dalam entry, hehehehe, baru puas tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana lah salah seorang yang tak nak repeat dah ke sana. Hehe.

      Mai, kak ana dah besarkan. Tak pernah tahu sebelum2 ni pasal size gambar ni. Thanks Mai sebab bagitau. 😘

      Delete
  20. Kak ana, macam mahal jekk heheheheh

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal kalau sedap ok je uyul. Tapi kalau sebaliknya, sekali tu je lah dtg makan dekat sini 😊

      Delete
  21. amboi !!! cantik nya pemandangan.. hee~ dulu kat KL ade satu port view cam ni lebih kurang.. tapi dah tutup dah.. tak tau nape.. kak.. setting gambar kat tiap kali post ORIGINAL PHOTO kak.. baru puas nengok nye.. hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat look out point hulu langat tu kan dear? Tak sempat nak ke sana dulu.

      Dah besarkan. Thanks sebab bagitau. Kalau tak, tak tahu pun gambar tu kecik ke besar ke sebab sis guna hp so nampak ok je. Hehe 😘😘

      Delete
  22. Replies
    1. Hehe. Boleh cari untuk lunch nanti hernee 😘😘

      Delete
  23. kat sini biasa port saya jogging pagi pagi... dpt tgk view kuala terengganu... :D tapi kedai makan tu tak pernah merasa... HAHA.. rindu kampung bila baca entri2 akak psl terengganu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bagusnya awak berjogging dekat sini. Kalau kak ana sempuy dekat tgh jalan dah tu. Hehe.

      Nak minum boleh lah dekat sini. Nak makan kena try menu lain kot dari yg kak ana order tu 😅

      Delete
  24. pemandangan cantik. tapi kalau makanan & minuman lambat sampai, memang dah rasa pemandangan tu x cantik XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Lagi2 orang yg cepat marah kan. Selamat lah kak ana bersama org2 yg sabar malam tu. 😅

      Delete
    2. Nasib baik, tempat tu x boleh bawa orang2 yg pemarah :p

      Delete
  25. Memang boaring kalau tunggu lama baru sampai makanan yang ditempah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Air dah habis segelas makanan tak sampai2 lagi. Boleh hilang selera makan tu. 😅

      Delete
  26. tak bestnya pegi kedai makan yg servis mcm ni. servis tak best mknan sdp xpe ni sdp pn tak sbar jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat bersabar. Dorang kena improve service dan menu mereka supaya pelanggan rasa berbaloi dtg ke sini. Kalau tak, sekali tu je la mereka dtg. 😊

      Delete
  27. Adoii... spoillah kalau servis macam tu view memang dah cantik tapi sayang mesti yang dah datang tak nak datang lagi.

    Mujurlah ya BIL AS tu penyabar kalau suku-sakat Mrs. A time menunggu food lama sangat ni biasanya akan duk pi hadap tunggu depan kaunter

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hampir sejam baru dpt makanan siapa2 pun boleh naik hangin. kalau ana pun ana dah hangin tapi tahan sebab ada PIL. hehe. kena control lah. hehe

      Delete
  28. Sedapnya makanan. Sudah lama juga tak ke terengganu ni

    ReplyDelete
  29. Orang terengganu belum pernah sampai kak. Hehe. Situ kedainya buka malam je kita ni malam payah nak merantau ke tengah bandar hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. dia buka malam je kan. takpe banyak masa lagi nak ke sini kalau nak merasa makan atas bukit kan. hehe :)

      Delete
  30. waahh bolehlah balik kampung nnt sy ajak keluarga ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba. mana tau kena dengan selera awak kan.

      Delete
  31. Replies
    1. sedap lah juga. sayur je besar2 susah nak masuk mulut. hehe

      Delete
  32. syg betul.. tempat dah cantik dan strategik tp service pulak teruk.. kalau service baik dan makanan sedap mesti meletop tempat ni kannn..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka kena improve tentang service je. InsyaAllah kalau ok yang tu, ramai org akan ke sana semula.

      Delete
  33. Bole dpt kan no fon restoran . . For booking

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.