Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan


Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan l Assalamualaikum. Fakta bukan auta Perlis merupakan negeri paling kecil di Malaysia dan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar. Kalau ada yang bercadang untuk ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis boleh lah jalan-jalan di sekitar Perlis. Sehari pun dah cukup. Alang-alang dah sampai sini rugi pulak rasanya kalau tak explore Perlis ni. Di bawah ni merupakan antara tempat-tempat yang sis sempat explore dalam masa sehari setengah di Perlis.

Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan


1. Kompleks Padang Besar


Merupakan tarikan utama di Perlis dan terletak bersebelahan dengan daerah Songkhla, Thailand. Kompleks Padang Besar ni terkenal sebagai syurga membeli belah kerana terdapat pelbagai jenis barangan seperti pakaian (jersey terutamanya), barangan dapur, beg, barangan perkahwinan, sourvenir dan juga pelbagai jenis makanan di jual di sini. Di buka setiap hari bermula jam 10 pagi sehinggan pukul 6 petang. Kalau kita pergi weekdays, ada kedai yang buka lewat dalam pukul 11 pagi macam tu. Dari segi harga pula, bagi sis barangan di sini tak begitu murah pun. Sis boleh dapat harga lagi murah di Kenanga Wholesale atau Plaza GM kalau di KL ni.
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan

2. Ladang Tebu Chuping


Hanya tinggal kenangan je. Dah takde dah ladang tebu nya. Puas sis pusing mencari tak jumpa-jumpa. Last sekali berhenti tanya orang, dia bagitau ladang tebu tu dah takde. Dah jadi kawasan perindustrian dah sekarang. Ingat baru nak buat photo shot ala-ala filem KL Menjerit. Haha. Selamat lah tak rasa ralat pusing-pusing dekat sini sebab memang kena lalu pun kawasan ni untuk ke Pasang Besar.
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan

3. Gua Kelam


Terletak di Kaki Bukit, Gua Kelam mempunyai tarikannya yang tersendiri. Dengan hanya RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak kita berpeluang untuk melihat sendiri bentuk gua secara dekat. Platform jalan kaki dan keadaan gua yang berlampu di sediakan bagi kemudahan para pengunjung. Sebelum ni ada perkhidmatan tram di sediakan tapi perkhidmatan tu telah diberhentikan kira-kira 3 tahun lepas. Sepanjang kita berjalan di atas platform tu, kita akan mendengar aliran anak sungai yang mengalir di bawah platform tersebut menuju ke arah kawasan mandi manda di kawasan pintu masuk gua. Terrdapat sebuah taman yang di panggil Secret Garden di bahagian belakang gua jika kita berjalan hingga ke hujung platform.
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan

4. Masjid Terapung Al Hussin 


Masjid Terapung Al Hussin yang terletak betul-betul bersebelahan dengan jeti Kuala Perlis merupakan masjid yang tercantik di Perlis dengan kos pembinaan mencecah RM12 juta.

Sedikit fakta menarik tentang Masjid Terapung Al-Hussin ni ialah ianya memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon pertama di dunia. Pembinaanya merupakan simbolik bahawa semua manusia berasal dari Adam dan Hawa. Apabila tiba waktu solat, pancaran cahaya dengan warna tertentu akan dinyalakan. Ini akan memberi petunjuk kepada para nelayan yang berada di tengah laut bahawa telah masuk waktu solat. Menara tersebut boleh di lihat sejauh 10 km. Hebat kan.
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan

5. Laksa Kak Su


Laksa Kak Su merupakan salah satu menu wajib cuba di Perlis. Kedai Laksa Kak Su betul-betul terletak berhampiran dengan jeti Kuala Perlis dan Masjid Terapung Al Hussin di atas. Walaupun sis dah pergi lewat petang, orang tetap ramai. Selain dari laksa sebagai menu utama, kuih seperti karipap dan pulut panggang juga ada di jual. Jangan lupa mencuba pulut panggang dia. Memang terbaik dan sedap. Rugi kalau tak cuba.
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan

6. Medan Ikan Bakar Kuala Perlis


Masih di Kuala Perlis, jangan lupa juga singgah di medan ikan bakar  Kuala Perlis. Di sini gterdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis ikan dan makanan laut lain. Pilih saja kedai yang mana korang berkenan. So far sis dah cuba dekat 2 kedai. Salah satunya ialah kedai Mona Ikan Bakar. Tapi sis tak order pun ikan bakar. Sis order menu yang biasa sis order dekat mana-mana pun iaitu siakap sweet sour, udang butter, sotong celup tepung, kerang rebus dan sayur.
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan

7. Resoran Anjung Keli


Restoran Anjung Keli yang menyediakan masakan melayu asli ni pernah masuk dalam JJCM tau. So sis pun tak nak ketinggalan mencuba masakan di sini. Memandang sis pergi waktu makan tengahari, pelanggan memang sangat ramai. Rezeki berpihak pada sis bila ada meja kosong di bahagian berhawa dingin. Pelbagai jenis masakan ada di sini. Bukan setakat ikan keli je, ayam, daging, makanan laut, kerabu semua ada. Rasa makanan pun boleh tahan sedap. Dengarnya ramai artis dah singgah ke sini termasuk UAI. 

7. Resoran Suri

Restoran Suri juga menyediakan masakan melayu asli sama seperti Restoran Anjung Keli. Cuma di sini tiada bilik berhawa dingin dan kawasan parkir sangat limited. Jangan lupa cub ABC special di sini. Makan tengah-tengah panas memang layan.


Di sebabkan sudah 2 kali sis ke Perlis, sis dah menginap di 2 hotel yang berbeza.


1.Hotel Putra Palace



Hotel Putra Palace ni terletak di pusat bandar Kangar. Pada awalnya sis tempah bilik standard triple tapi ada rezeki sis bila bilik di tukar kepada standard deluxe. Bilik dan bilik air sangat besar dan bersih.

https://i0.bookcdn.com/data/Photos/Big/489/48901/48901563/Putra-Palace-Kangar-photos-Exterior-Hotel-information.JPEG
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan

2.Hotel Putra Brasmana


Hotel Putra Brasmana ni terletak di jeti Kuala Perlis dan berhadapan dengan medan ikan bakar dan juga Masjid Terapung Al Hussin. Kalau korang jenis yang tak kisah boleh lah menginap di sini. Perabot dan bilik di sini sangat outdated. Dan semasa sis menginap di sini, boiler hotel rosak. So water heater not in service.

Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan
Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan

Itu sedikit sebanyak info yang boleh di kongsi bersama. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua. 


Tempat Makan dan Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan Reviewed by Ana Suhana on February 16, 2017 Rating: 5

35 comments:

  1. Dulu saya pergi Perlis mesti pergi padang besar tu sebab nak borong jersey banyak-banyak hehe. Laksa kak su tu nampak sedap sangat kak. Gua Kelam tu macam best tapi tak pernah jejak juga lagi. Next time boleh la pergi tempat2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki kalau ke padang besar confirm tak cari lain selain jersey. Banyak sangat kedai jual jersey. Adik kak ana pun sama. Hehe.
      Boleh lah cuba nanti Laksa Kak Su tu. Pulut panggang dia jangan lupa. Sedap. 😊

      Delete
  2. Lama dah tak pergi Perli, makan lokching, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokching tu apa Mai? Kak ana tak pernah dengar pun. 😀

      Delete
  3. Replies
    1. Boleh lah singgah nanti. Tempat dia biasa je tuan. Nak cuci mata tgk bentuk gua boleh lah ke sini 😀

      Delete
  4. rindunya... lama dah tak bjlan sni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah singgah ke sini nanti. Mengimbau kenangan 😊

      Delete
  5. wah seronoknya dpt holiday... tak pernah pergi ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh ke sini pulak. Ronda2 utara malaysia. 😀

      Delete
  6. Dah beberapa kali ke langkawi melalui Kuala Perlis.
    Biasanya singgah ke padang Besar sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu memang terbaik WP. Nanti kalau ke Langkawi melalui Kuala Perlis jgn lupa cuba Laksa Kak Su. Dekat jer dengan jeti tu. 👍

      Delete
  7. hari tu sempat pi padang besar jak..ya allah..bila sampai sanaa...ya ampun....dompet mesti gemukk..

    ReplyDelete
  8. Bestnyaa Gua Kelam tu. Dalam banyak2 negeri kat Semenanjung, Perlis saya tak pernah sampai lagi.. Sobsob

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai juga Ana ke sana. Sehari boleh cover semua tu. 😘

      Delete
  9. slmt dtg ke perlis .. heheh .. eh c/in putra regency eh ?? xbekesempatan pulak nk bertemu blogger ni .heheh

    ReplyDelete
  10. Sha first time sampai di Perlis tahun lepas.. tapi menginap di politeknik je.. sempatlah ke padang besar.. rambang mata tengok macam-macam ada kat padang besar tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa suka shopping memang boleh rambang mata dekat sini. Brooch ada, baju ada, kain ada. Silap hari bulan boleh "lupa diri" sekejap. Hehe

      Delete
  11. Yg trtarik padang besar, gua kelam and msjid al hussin ! Ya allah bile la nk smpai sini ni. Klau smpai 3tmpat ni nk jugak pegi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai rezeki awak ke sini. Sehari boleh cover semua tu provided tak over masa dekat padang besar. Hehe. Masjid tu boleh pergi belah petang. Lepas tu terus makan Laksa Kak Su dan try makanan dekat medan ikan bakar. ��

      Delete
  12. kalau kat pdg besar, sy suka tawar menawar kak 😉. alhamdulillah, dpt juga bawa parents shopping kat sana time convo. kerepek pun murah, beli 3 dpt 10 henggit. kalau sy borong lg, dpt free 1 bungkus 😄 kat pdg besar, x semua barangan murah. kalau bgambar dlm gua kelam tu, gmbr jd cam alien 👽. warna hijau 😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana tak pandai tawar menawar. Maybe seba tak berapa suka shopping. Tapi dekat kerepek tu boleh jadi kenyang makan tester dia je. Hehe

      Delete
  13. dah lama busyra tak kesana. dulu pergi time kecik2 ja. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi lah lepas ni. jgn lupa singgah makan laksa Kak su dekat Kuala perlis. 😘 😘

      Delete
  14. Replies
    1. Alhamdulillah. Lagi best kalau free kan. Hehe 😊

      Delete
  15. besstnya pergi padang besar kan...murah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah2 barang dekat sana Lina. boleh kempis purse di buatnya.

      Delete
  16. Tak pnah sampai lagi kt sini.. Syok jgk kat sini byk mknan sdap2..

    ReplyDelete
  17. Alahai rindunya perlis! Saya 3 tahun kat sana belajar dulu. Aritu ada baca satu post ni rupanya banyak lg tempat yg saya tak penah pegi 😂 Ni ha link dia https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-perlis/

    ReplyDelete
  18. Alahai rindunya perlis! Saya 3 tahun kat sana belajar dulu. Aritu ada baca satu post ni rupanya banyak lg tempat yg saya tak penah pegi 😂 Ni ha link dia

    https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-perlis/

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.