Bercuti di Sabah : Desa Cattle Dairy Farm

Assalamualaikum. 

Hari Ke-3 Bahagian 1:

Hari terakhir di Sabah sis pergi ke Desa Cattle Dairy Farm. Tapi sebelum tu sis singgah di Pekan Kundasang untuk bersarapan. Dekat pekan ni ada juga war memorial tapi sis tak sempat nak masuk sebab kejar masa nak balik semula ke Kota Kinabalu. Rugi pulak rasanya. 




Dari pekan Kundasang ke Desa Cattle Dairy Farm dalam 10 minit jer. Tiket masuk untuk dewasa berharga Rm5 seorang. 



Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu, Desa Cattle merupakan tempat yang sangat tepat untuk menyaksikan keindahan Gunung Kinabalu dan menjadi spot untuk bergambar.  Tapi macam semalam, kabus tebal juga hari ni. So tak nampaklah gunung tu secara jelas. Cuaca pun sejuk sesedap rasa.  Selesa sangat. 






Dekat sini jugak kita berpeluang untuk memberi minum susu kepada anak-anak lembu yang berada di dalam kandang. Seronok pulak rasanya. 




Sebelum balik make sure korang beli dan rasa susu dan aiskrim dekat sini.  Memang fresh.  Sis yang hantu susu ni pun jatuh cinta dengan susu coklat dekat sini. Sedap sangat. Aiskrim pun sedap jugak. Cuma kena beratur panjang lah. Sourvenir pun ada di jual. Jangan lupa beli untuk kenang-kenangan.








Bercuti di Sabah : Desa Cattle Dairy Farm Reviewed by Ana Suhana on February 03, 2017 Rating: 5

31 comments:

  1. Mesti cuaca kat situ sejuk dan fresh.
    Tak puas tengok gambar lembunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk sesedap rasa. Selesa sangat. Lembu jauh2 la dear. Rasanya tak boleh masuk ke dalam pagar tu. So sis amik gambar dari jauh jer. 😀

      Delete
  2. Replies
    1. Aah lawa Hannan view dekat sini. Sejuk mata memandang. Segar jer rasa. 😘

      Delete
  3. datang KK kalau tak sampai ke sini memang rugi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab utama sis ke Sabah ialah untuk ke sini.. Alhamdulillah tercapai jugak 😘

      Delete
  4. pernah pergi masa mengandungkan Adam..mmg best sangat duk kundasang tu..yg tak best jauh nak kena pergi dari KK..huhu..jalan pun simpang-siur kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kan dekat Kundasang ni. Memang tak puas pergi 3 hari tu. Rasa terkejar2 jer. 😅
      Tapi Ana rasa better lagi jalan dekat sini berbanding dengan Cameron. Cuma kalau dah ada lori dekat depan boleh muntah hijau 😲

      Delete
  5. Ingatkan kat luar negara... Kat Malaysia pun cantik2 kan tempatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Malaysia pun banyak tempat menarik. Sebab tu Malaysia truly asia.😀

      Delete
  6. View dia.. Tenang betul.. Tak penah lagi pergi Sabah.. Insya-Allah soon kot.. hehe

    ReplyDelete
  7. Bestnya ! waaa..lg2 aiskrim yg last tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap aiskrim tu.Mana nak cari kat KL ni. Hehe

      Delete
  8. Bestnyaaa jalan2 kundasang. saya yg memang duduk di kk pun dah lama tak pegi kundasang sis. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya duduk KK. Banyak tempat menarik dekat sana untuk di explore. Kalau dekat sini nak sejuk kena pergi Cameron. Hehe

      Delete
  9. in Shaa Allah satu hari nanti Elsa nak sampai ke sini jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Mudah-mudahan sampai Elsa ke Sabah. 😘

      Delete
  10. Bestnyaaaaaaaa ana!! Suka sangat Sabah! Cantik sungguh viewnya.. teringin nak ke sini jugak.. hehe.. one day, insyallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah memang cantik Siqah. Banyak tempat boleh explore. Sempat dengan tak sempat je. InsyaAllah nanti sampai rezeki Siqah dekat sini. 😘

      Delete
  11. Kalau buat trip ke Sabah,
    tak sah kalau tak singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu WP. Tempat wajib pergi kalau dah sampai di KK. 👍

      Delete
  12. bestnyaaaaa. plus cantik sngt2. busyra tak sampai lg ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai rezeki Busyra dekat sini. Sis doakan ❤

      Delete
  13. Saya pun penggemar susu. Bestnyaaa. Ais kriom tu pun nampak menggoda. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sampai rezeki Ana ke sini mesti cuba susu coklat tau. Serius sedap 😘

      Delete
  14. Cantiknya permandangan kat situ,macam Australia. Tiket pun murah, rugi kalau tak explore Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai, nanti boleh honeymoon dekat sini. Ala-ala NZ. Banyak tempat penginapan yang cun2 skrg ni. 😘

      Delete
  15. Replies
    1. Sha, insyaAllah nanti sampai rezeki Sha dekat sini. Ana doakan 😘

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.