Guesthouse di Seoul - K Guesthouse Myeondong 2


Guesthouse di Seoul - K Guesthouse Myeondong 2 l Assalamualaikum. Macam sis kata, sis berat nak sambung entri di Seoul.  Sebabnya unexpected things happened. Tapi semua dah jadi kan so berlapang dada jer lah.


Guesthouse di Seoul - K Guesthouse Myeondong 2


The first thing yang sis kecewa ialah dengan GoKorea Gh yang sis dah tempah dan bayar melalui Agoda. Di sebabkan flight sis dari Jeju pada pukul 9 pagi so kami sampai di Gimpo Airport dalam pukul 10 lebih. Memandangkan beg kami banyak sangat, sis dan kawan-kawan pilih untuk naik van terus ke Gh. Harga van lebih kurang 70k won. Bila bahagi 9 orang jatuh dalam 8k won jer. Sangat berbaloi.

Perjalanan dari Gimpo Airport ke GoKorea  Gh dalam sejam so kami sampai di Gh dalam pukul 11 lebih. Kami plan untuk drop beg jer sebab selalu check in pukul 3. So bila dah drop beg boleh lah teruskan aktiviti dekat Seoul. Sampai2 jer dekat GoKorea Gh tue senyap sunyi jer. Puas kami ketuk2 pintu, tekan loceng dan jerit2 panggil dari bawah sebab pintu bawah tue berkunci.

One of my friend ntah macam mana dapat unlock security pin dekat pintu tue then sis and husband naik lah ke tingkat atas. Satu orang pun takde.  Arghh sudah. Nak call mana ada local line. So sis try msg owner melalui message di fb page dia. Sampai ke hari nie tak di tengok pun msg tue. Lepas 2 jam tunggu kami semua dah hilang sabar. Dah lah sejuk dekat luar tue. Kami decide nak tukar Gh.

Tapi last minit camni mana ada gh yang available untuk tampung kami semua.  Last-last sis dengan suami dan 2 lagi kawan jalan-jalan dekat sekitar tue dan jumpa satu hotel yang masih ada kekosongan. Time discuss dengan semua owner tue datang. Dia minta maaf sebab dia ke hospital. So kami pun ok jer lah. Time tue dah pukul 2. Sekali semua bilik ada yang tak siap lagi dan tak seperti dalam gambar di agoda. Totally berbeza. Cadar katil pun masih dalam washer machine. So kami semua tak puas hati. Seorang dari kami aktifkan roaming and call agoda untuk minta refund. Lepas argue dan berkeras akhirnya dapat jugak semua duit kami.

Nie gambar dekat agoda. Semua cantik jer. Tapi bila masuk mesin basuh dan small pantry tue takde. Tak kisah lah kan tapi keadaan yang tak bersih, barang2 dekat koridor bersepah2 dan bilik berbau tue yang kami concern. Security pun takde.



Antara review di Agoda tentang Gh nie. Memang salah kami tak baca review tapi tue lah tak expect reality jauh sangat dengan yang di papar. Lepas tue yang buat kami pilih Gh nie sebab ada sorang dekat group BBM dok promote Gh nie. Tue yang kami ok jer.


So kami ke hotel tadi balik dah check in dekat situ. Tapi harga tutup mata jer lah. Nie pun satu hal. Semua org dah check in tapi sis belum boleh lagi. Sebabnya time nak masuk bilik, bila buka pintu je tengok bilik tak berkemas langsung. Terus inform dekat recept dan dia terus datang berkemas. Salah pandang agaknya. Dekat sini jer dah makan masa. Perut pulak dah berbunyi sebab dari pagi tak makan lagi.  Bila dah check in dan solat semua terus sis keluar untuk cari makan. Habis semua plan untuk hari nie hancur. Haha.
Guesthouse di Seoul - K Guesthouse Myeondong 2
Guesthouse di Seoul - K Guesthouse Myeondong 2
Guesthouse di Seoul - K Guesthouse Myeondong 2
Guesthouse di Seoul - K Guesthouse Myeondong 2
Guesthouse di Seoul - K Guesthouse Myeondong 2
Overall bilik dekat hotel nie sis puas hati cuma sempit sikit. Yang lain ok. Ada pantry dan iron board dekat bawah. Air mineral ada di setiap floor. Housekeeping datang setiap hari dan dekat dengan subway station. 

Guesthouse di Seoul - K Guesthouse Myeondong 2 Reviewed by Ana Suhana on January 10, 2017 Rating: 5

11 comments:

  1. Stress nya ana baca kisah ana ni.. huhu. Boleh angin jugak kalau jadi kat siqah. dahlah penat kan.. huhu.

    Spoil sikit bab GH.. tapi perjalanan berjalan2 boleh cover yang tu. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue yg sedihnya. Nie baru sedih part 1 siqah. Ada lg satu. Next few entries. :(

      Delete
    2. Ada lagi sedih ke? Alaaaaaa .. siqah tunggu entri ana seterusnya ye..

      Delete
    3. Thanks Siqah sudi nak baca entri2 ana. :)

      Delete
  2. Boleh pulak kena argue dulu.. Nak promote international, patut buat la betul2.. Kalau sy pun sy argue sis.. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kne argue pun dear provided kita ada strong reason. Kalau tak drg x layan. Ownee Gh patutnya honest lah kan. Tp tue lah semua nie pengalaman. Hehe

      Delete
  3. Sha yang baca terus stress.. Ana yang melaluinya mesti lagi stress.. Sha kalau nak gi jalan nie memang encik suami yang survey dulu.. dia ajar suh baca komen orang review org lain sama.. dari situ baru buat keputusan.. tapi tulah.. kalau nak jadi, dia jadi juga kan Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue lah. Ana pun akan baca review jugak. Tp time book tue xde pun bad review nie semua. Huhu

      Delete
  4. insyaAllah kalau ada rezeki, nak pi Korea juga. guna khidmat JomTravel 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh pergi sendiri lagi jimat banyak. Cuma kena study banyak lah :)

      Delete
  5. Stress nya kalau kena macam ni.. Geram betul owner tak kan tak bersihkan langsung GH dia 😱😱

    Patutnya dah tau ada guest nak check in kenalah bersiap sedia

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.