Bercuti ke Korea : Seopjikoji

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-4 Bahagian 3

Lepas sis habis tawaf Sangumburi Crater hujan masih tak berhenti. Nak tak nak kena move to next place jugak. Dalam less than 1 hour dah sampai dekat sini. Sempat jugak lah baju seluar kering sebab ada heater dalam kereta sewa nie. Hujan hujan pun ramai jugak tourist. Tapi tak seronok lah nak berjalan and enjoy the view. Plus sejuk weiiii. 

Seopjikoji terletak di pantai timur Jeju. Nama Seopjikoji berasal dari dialek Jeju iaiti 'Seopji' yang bermaksud tanah kecil yang mendatar dan 'koji' bermaksud semenanjung. Seopjikoji nie terletak betul2 sebelah pantai dan mempunyai dek pemerhatian. Tapi sis tengok dari jauh jer sebab tak sanggup nak bawa si kecil berhujan sekali lagi. No gps untuk ke sini ialah +82-64-782-0080.


Hujung tue la dek pemerhatian. Tapi sis perhati dari sini jer. Hehe.

Kuda pun ada.


Ingat nak berruning man sekali running rain. ๐Ÿ˜…

Ombak tinggi tapi ada jer yg turun tangkap ikan. Demi sesuap nasi.

Rumah pengambaran drama All In. Tapi tak boleh masuk pun.

Hujan dan angin yg kuat. Beku rasanya. 

Tak banyak gambar sis dekat sini sebab hujan kan. Takut rosak pulak gadget yang seberapa nie. Lepas puas hati dekat sini sis terus ke Gh untuk check in. Tapi sebelum tue sis nak singgah dulu satu kedai bakeri yang jadi bualan orang2 Malaysia yang dah ke sini. So tunggu next entri pulak ye. 

Bercuti ke Korea : Seopjikoji Reviewed by Ana Suhana on January 03, 2017 Rating: 5

4 comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.