Mohd Chan Abdullah

Assalamualaikum..


Kali nie kami nak share satu lg tempat kegemaran kami...Kegemaran ayah kami jugak..;)  Restoran masakan cina muslim... 1st time cuba mknan kat MCA nie time pergi stock take dkt bukit beruntung... xsanga pulak rupanya MCA ade branch kat Melawati dan Wangsa Maju...

MCA nie selalu jugak fullhouse.. especially time lunch and dinner.. so kalau nk selamat, kena reserve dlu.. tp nie tuk kes yang nk makan ramai2 la..kalau setakat 2-3 org, walk in je..


Jom tgk apa yg selalu kami order kat MCA nie:

p/s: Seperti entry sblm nie, gambar semua ihsan en google.. Tp lepas nie confirm gambar sendiri.. sbb dah sedar diri nk buat back up semua gambar2 yang di snap sblm corrupt lg...

c/c : www.foodspotting.com, thefeminise.blogspot.com , dan  nhusi.blogspot.com.


Nasi ayam MCA..RM5.50.. ayam dia sgt lembut..kalau nk express meal, order menu nie..confirm cpt dpt..
Nasi roasted itik..RM7.50.. sama mcm nasi ayam kat ats nie cuma ayam tukar kepada itik..sape2 yg nk cuba makan itik, boleh la order menu nie.. rasa itik lebih kurang sama mcm rasa ayam jer.
Mihun singapore..RM6.50.. sedap, byk seafood dan puas hati..cuba jgn x cuba...


Kantonis kuewtiau...RM6.50..isi pun banyak..sesuai pada yg xmkn pedas..tp sgt memuakkan..jenuh nak perabis..

Mee Kari..RM5.. kuah dia sedap..tak sama mcm kuah yg selalu kita makan.. semua cukup rasa..lemak santan, pedas kari, manis sayur..
Wantan Mee Roasted Ayam/BBQ Ayam (RM5.50) atau Roasted Itik (RM7.50)..sapa2 yg nak light meal boleh la cuba menu ini..
Penang char kuewtiaw..RM5.50..

Nasi goreng thai..RM6.50...the best part nasi goreng cina style dia ada rasa2 hangus skit..tue yg buat sedap

Siakap sweet sour..RM38...cukup rasa..masam, manis semua ada..x rugi cuba menu ini...wah tetiba nk mkn nie lg...

Sotong goreng rangup..RM20..yg nie biasa2 je..buat kat rumah lg ok...
 
Stim Tauhu..RM8..tp kami lg suka thai taufu..RM10 skrg nie..tauhu di goreng dan di curah dgn sos ala thai dan bwg mentah..suka sgt..mkn nie je pun dh kenyang..tp sorry gambar xde plak...
Yg 2 nie mmg famous amos kat sini..air kedondong/apple/limau asam boi.. mmg menghilangkan rasa haus dan muak slps makan..range dlm RM3.50-RM4.50...


Apa lagi, jom pakat kita mkn kat sini... InsyaAllah akan puas hati.. Nie cawangan MCA:


Bukit Beruntung
27, Jalan Melati 2B, Seksyen BB2,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang.

Dataran Glomac, Kelana Jaya
B-G-06, Jalan SS6/20, Dataran Glomac,
Pusat Bdr Kelana Jaya,
47301, Petaling Jaya Selangor

Taman Melawati
60, Jalan Negara,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur

Wangsa Maju
6, Jalan 1/27F,
Pst Bdr Wangsa Maju (KLSC), Seksyen 5,
53000 Kuala Lumpur

Bandar Baru Bangi
No 30, Jalan Medan Pusat 2c, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Rawang
16, Jln Bandar Rawang 3,
48000 Rawang, Selangor.

Shah Alam
33 & 35 Jalan Utas B
Sek 15, 15/B
48000 Rawang, Selangor.

Klang Sentral Meru
23-25, Jalan KS 10/KU5,
Taman Klang Sentral,
Bukit Raja Meru,
41050 Klang,Selangor.

 
Tp kalau xmemenuhi selera korang, kami minta maaf awl2 la yer.. Selamat mencuba..
Mohd Chan Abdullah Reviewed by Ana Suhana on September 17, 2013 Rating: 5

6 comments:

  1. air kedondng asam boi ayu pernah dan selalu minum masa study kat penang. sedap gila.

    ReplyDelete
  2. sebut je dh boleh rasa masam dia.. sedap kan ayu.. ;)

    ReplyDelete
  3. bro sorry ek..gua rasa nama bro tu kena tukar la jadi Syahmi N Suhana ke..sbb skng nampak cam pelik nama tu..ha3...nampak menarik je semua menu kt restoren ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tq atas cadangan tue..jom testing tgk ok x nama nie..;)

      Delete
  4. sy sgt lapar melihat semua makanan di atas... huhu

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.