Makan-makan di Thai Express Restaurant The Curve - Ana Suhana

Aug 5, 2019

Makan-makan di Thai Express Restaurant The Curve


Makan-makan di Thai Express Restaurant The Curve l Assalamualaikum. Lama rasanya tak makan dekat restoran Thailand. Hari tu alang-alang ke area Mutiara Damansara, Ana sempat Makan-makan di Thai Express Restaurant. Tu pun lepas dak kecik tu dok bising kata lapar lapar lapar. Padahal baru beberapa jam lepas makan nasi lemak. Huhu.
Thai Express Restaurant The Curve
Thai Express Restaurant The Curve
Makan-makan di Thai Express Restaurant The Curve

Sebenarnya lama dah Ana perasan restoran ni masa makan dekat Kenny Rogers, sederet dengan restoran ni. Memula ragu-ragu nak makan tapi bila nampak ada tanda Halal Jakim terus cakap kat En Suami next time nak makan sini. So memang ada rezeki nampaknya.

Memula sampai kitorang duduk dekat bahagian luar. Sekali bahang bukan main. Cepat-cepat masuk dekat bahagian dalam. Lega lah sikit. Tapu tu pun kepala dah start berdenyut sebab panas kan.  Tapi takpe kita lega kan sakit tu dengan minum air dulu.

Baca juga : Lunch Date di Restoran Happy Thai Brem Mall

Ni air yang kitorang order. Air serai untuk En Suami dan Coconut Blended untuk Ana. En Suami sejak first time rasa air serai kat Hotel Bangi Resort awal tahun ni, pergi mana-mana restoran Thai kalau ada air serai dalam menu mesti dia order. Macam Ana, memang tak lalu nak telan. Kuat nau rasa serai dia. Susah nak telan kot. Lagi layan minum coconut bleded ni haa. Hehe. 
Thai Express Restaurant The Curve
Thai Express Restaurant The Curve
Untuk budak copong ni Manggo Blended. Bukan main dia sedut air tu. Macam haus bebenor. Kalau benda sedap, yang dia suka, bagi dekat dia je. Kalu tak di halang, sekejapan licin bekas air tu.
Thai Express Restaurant The Curve
Thai Express Restaurant The Curve
Untuk appetizer Ana order kerabu mangga. Saja order sebab rasa teringin. Not bad lah rasa dia. Tapi Ana lagi suka kerabu mangga dekat Chicken Rice Shop. Simple tapi sedap. Pedas tu paling kick,
Thai Express Restaurant The Curve
Thai Express Restaurant The Curve
Chicken bbq. Comel je presentation dia. Sesuai untuk kanak-kanak sebab tak pedas. Tapi untuk orang dewasa tak cukup portion besar tu. Hehe. Rasa ayam tu manis manis madu. Ok lah juga. Yang buat sedap ada taburan bijan atas ayam-ayam tu. 
Thai Express Restaurant The Curve
Thai Express Restaurant The Curve
Menu favorite Syafi - pad thai. Kongsi berdua dengan Ana sebab kuew teow kan berat so cepat kenyang. Pad thai dia Ana suka sebab cukup rasa semua especially bila campur bahan-bahan yang ada dalam pinggan tu. Ada masam, manis, lemak, pedas. Memang kena dengan selera Ana. 
Thai Express Restaurant The Curve
Thai Express Restaurant The Curve
Puas hati dapat makan dekat sini. Overall ok lah rasa makanan dia semua. Tapi sayang kan, kenapa takde mieng kam ye. Kalau ada, sure Ana order sebab teringin sangat sangat nak makan mieng kam Thailand ni. Ada je orang kita yang jual tapi rasa dia tak sama. Siapa tau kat mana boleh dapat mieng kam yang sedap? Share-share lah dekat komen ye. :)

17 comments:

  1. suka masakan thai sebab rasa masam manis pedas dia tu macam perfect sangat.

    ReplyDelete
  2. All these Thai food look so appetizing

    ReplyDelete
  3. Pernah makan di sini baru2 ni.. mmg sedap. Cuma time tu lepas appointmen, makan pun org belanja, so tak sedap nak mcm2 haha.. tp apa yg ada pun cukup memuaskan. Next time mmg nak repeat dgn family pula :)

    ReplyDelete
  4. nieyl suka juga mieng kam ni..dkt opis selalu dieorang buat..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kerabu tu..pernah makan makana thai dekat setia city mall..pleik tapi not bad rasa dia..hehee

    ReplyDelete
  6. Woooo nampak sedappnya. Nak kena cuba lah nanti ni.. Minuman dgn kerabu mangga tu mengiurkan

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap aja semua tu Ana.. Kak Sue memang suka makanan Thai..

    ReplyDelete
  8. Kat Absolute Thai ada mieng kam. Ana try la kat sana 😉

    ReplyDelete
  9. lama tak pergi the curve.. terus lapar lepas tengok entry Ana nie..

    ReplyDelete
  10. Peh sedap2 lak tgk..mknn thai ni xleh bawa bincang. Mesti nak makan juga.

    ReplyDelete
  11. Okey scroll laju2 sebab tgh pantang banyak makanan especially cili

    ReplyDelete
  12. Sedap ye kerabu mangga kat TCRS? Nak try la lepasni, tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  13. lama tk pegi curve..fav kalo restoran thai ni

    ReplyDelete
  14. Thai food memang tak pernah tak sedap..ehh sebab akak pun peminat makanan Thai hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤