Bila Syafi Makan Miang Kam Buat Pertama Kali - Ana Suhana

Apr 22, 2019

Bila Syafi Makan Miang Kam Buat Pertama Kali


Bila Syafi Makan Miang Kam Buat Pertama Kali l Assalamualaikum. Korang pernah makan miang kam? Ada yang suka? Ana first time makan 5 tahun lepas. Tu pun client belanja makan dekat Restoran Thai. Sebelum ni tak pernah tau pun tentang kewujudan miang kam ni. Hehe.
Makan Miang Kam Buat Pertama Kali
Makan Miang Kam Buat Pertama Kali
Bila Syafi Makan Miang Kam Buat Pertama Kali

Pada yang belum tau, Miang kam merupakan makanan ringan aka snek yang berasal dari bahagian utara Thailand. Menu ni telah disebut di dalam "Epic of the Verse Food", sebuah buku yang ditulis oleh Raja Rama II. Selalunya miang kam ni di makan bersama keluarga atau rakan terdekat - wikipedia.
Makan Miang Kam Buat Pertama Kali
Makan Miang Kam Buat Pertama Kali
Kalau tengok sekali imbas mesti korang ingat tu daun sireh kan. Hehe. Sama lah macam Ana dulu. Memula nampak awat pelik sangat makanan ni. Dalam kepala dah set, ishh mesti aku tak boleh nak telan makan benda alah ni.

Tapi kalau tengok bahan-bahan yang ada dalam miang kam tu, semua bahan-bahan yang kita selalu guna dalam masakan je pun - halia, limau purut, kelapa, bawang, cili api, udang geragau dan kacang.
Makan Miang Kam Buat Pertama Kali
Makan Miang Kam Buat Pertama Kali
Tapi apa yang buat Ana tak lalu nak telan ialah bila semua tu kita kena makan mentah termasuk daun kaduk tu. Ye tu daun kaduk tau korang, bukan daun sireh ye. Hehe. Daun kaduk ni rasa dia tak kuat pun atau pun takde rasa pun sebenarnya. Cuba korang bayangkan makan halia, bawang, limau purut mentah-mentah. Boleh ke idok menelannya. Haha.

Tapi ye lah orang dah belanja tak kan nak tolak lak kan. Kang orangkata apa plak. Terpaksa lah Ana makan. Amazingly rasa dia sedap giler korang. Seriously!!! Tak sangka miang kam ni sesedap ni rasa dia. Yang buat sedap ialah sirap yang digunakan. Tak silap sirap tu dibuat dari sos ikan, gula melaka, halia dan few ingredients lagi.
Makan Miang Kam Buat Pertama Kali
Makan Miang Kam Buat Pertama Kali
Bila kunyah, terasa rangup lemak kacang yang digoreng tu. Lepas tu datang pula rasa masam, pedas, manis. Korang kena rasa sendir baru tau macam mana sedapnya miang kam ni.

Baru-baru ni ada festival Thai Food dekat area rumah Ana. Ana kirim lah dekat jirans sebelah kot ada yang jual miang kam kan. Nak jadi rezeki ada u olls. Jiran Ana siap belikan 2 set lagi. Rezeki sungguh. Apa lagi, ni lah nak bagi Syafi rasa miang kam ni.

Nak jadi kelakar, Syafi pangil daun kaduk tu daun berbak. Ntah mana dia dapat nama berbak tu pun tak tau. Tak pernah disebut dek orang pun. Syafi dia kadang suka makan ulam atau salad-salad ni. So Ana saja bagi dia rasa. Nak tau reaksi dia korang boleh tengok video dekat bawah ni.
Syafi ego dia agak tinggi. Huh dasar anak lanang. Haha. Walau memula dia tak boleh berapa nak telan tapi dia tetap kata sedap. Tapi lepas tu dia boleh dah makan. Tapi dia makan dengan kacang, limau purut je lah. Yang lain dia tak sentuh langsung. haha.

So korang dah pernah makan miang kam? Apa perasaan masa first time makan miang kam ni, share lah dekat ruangan komen dekat bawah ni.

15 comments:

  1. akak pernh mkn..ms tu ada jamuan raya opis..ada yg buat menu ni..tp akak mkn kacang ngan sos je hehe...yg lain2 tkleh mkn...lps tu kt restoran chakri pn pernh..tp husband akak yg mkn byk hehe..hebat syafi bole mkn juga tu

    ReplyDelete
  2. Ala kita belum pernah try lagi miang kam ni,tak jumpa lagi .hebat la syafi boleh makan miang kam ni....hehe...

    ReplyDelete
  3. acik mar pun tak pernah makan lagi nih..huhuhu,,xpernah nampak depan mata lagi..kalau ada ni boleh cuba jugak..

    ReplyDelete
  4. Hahaa comel je dia tersalah kenal daun tu.. takpe at least mencuba.. husniey kebetulan baru try rasa dekat food review haritu.. sedap jugak rupanya..macam² rasa ada..

    ReplyDelete
  5. First time dengar jugak ni akak. Haha syafi lagi advance dari achik dia niii. :P
    Daun kaduk tu ada jugak dekat tepi2 rumah ni, kalau ada sos dia dah boleh buat sendiri dah miang kam ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan dan first time dengar nama ni..still wonder camner rasa dia..

    ReplyDelete
  7. Saya baru tahu pasal miang kam ni bila saya baca post kak Ana ni.

    ReplyDelete
  8. wow pandai la syafi explore makanan baru.. syafi akak kalau dipaksa baru la gigit sikit haha

    ReplyDelete
  9. Sedap.PC suka Kak Ana..kombinasi yang susah nak cakap..bila dah rasa wow sangat..ada kelapa yang digoreng sangan tukan..wangi aromanya..memang sedaplah..en suami kerap juga beli ada kawan yang jual..mula-mula PC jakun juga ingat daun sireh..bila cium..lega bukan daun sireh..daun kaduk rupanya..

    ReplyDelete
  10. Teringin nak rasa.. dulu Kak Sue pernah beli kat pasar malam Langkawi tapi terlupa nak makan sebab banyak tapau makanan masa tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. sedappp...akak pun suka tapi kalau ada geng lagi best sesambil lepak membawang..hahaa

    ReplyDelete
  12. kita pun sebelum ni p food review ade miangkham..ingt pelik rasanya tapi sedap..makan banyak pulak tu..ni dah teringat balik..hahaa

    ReplyDelete
  13. Ini Fav Bonde... Memang sedap sekali!

    ReplyDelete
  14. Pertama kali mkn..mula2 ingat kalu mkn nnti mulut merah..rupanya bukan..mknn dr thailand kalu xsilap.. sdp jugak..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤