Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu - Ana Suhana

Mar 26, 2019

Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu


Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu | Assalamualaikum. Siapa kata pantai dekat Malaysia tak cantik u olls. Banyak sebenarnya pantai-pantai yang cantik cuma tak berapa nak tak femes especially di Pantai Timur. Tak caya cuba tengok gambar-gambar Ana yang Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu ni.
Pantai Rantau Abang Terengganu
Pantai Rantau Abang Terengganu 
Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu

Korang mesti pernah dengar tentang Pantai Rantau Abang ni kan? Femes kot nama tempat ni dalam lagu Blues Terengganu Kita nyanyian kumpulan Iklim. Sebabnya daerah Rantau Panjang ni terkenal dengan kawasan penyu bertelur. 
Pantai Rantau Abang Terengganu
Pantai Rantau Abang Terengganu 
Sebenarnya ni first time Ana ke sini. Kalau sebelum ni bila balik Ganu paling kuat Ana akan singgah di Pantai Kelulut sebelum balik KL. Tapi kali ni ada rezeki untuk singgah sini. 
Pantai Rantau Abang Terengganu
Pantai Rantau Abang Terengganu 
Sampai-sampai je dekat Pantai Rantau Abang ni Ana was like....WOW!!! Sebabnya air laut dia jernih sangat. Warna hijau kebiruan. Macam dekat pulau-pulau. Serius lawa giler.

Baca juga : Bercuti di Pulau Perhentian
Pantai Rantau Abang Terengganu
Pantai Rantau Abang Terengganu 
Nak lagi lawa ada batu-batu besar dekat tepi tepi tu. Memang cun teruk bila bergambar. Bak kata budak-budak zaman sekarang - Instagrammable sangat u olls. Nak nak pula takde orang masa tu. Kemain sakan dua beranak ni berposing walau panas lit lit lat.
Pantai Rantau Abang Terengganu
Pantai Rantau Abang Terengganu 
Amacam? Cun habis kan. Tempat ni lah bukan Ana. Haha. Gambar-gambar ni Ana edit sikit kasi up lagi fefeeling macam dekat oversea. Ok lah kan. Tabung overseas tak penuh lagi so dapat jalan-jalan dalam Malaysia pun dah syukur Alhamdulillah. Eh tapi kalau tak edit pun serius tetap cantik pemandangan dekat sini.
Pantai Rantau Abang Terengganu
Pantai Rantau Abang Terengganu 
So korang kalau pergi Terengganu tu boleh lah singgah dekat sini. Nak mandi laut pun boleh tapi takde kemudahan tempat tukar baju semua. Orang berniaga pun takde. Hehe. Pandai-pandai lah bawa khemah dan bekal sendiri ok. Hehe. 









16 comments:

  1. gambar2 ana x pernah tak cantik tau.. batu2 tu memang cun teruk..

    ReplyDelete
  2. Memang cantik... Lama juga tak ke Pantai Rantau Abang ni... Last pergi rasanya umur sekolah rendah kot.. Hehe.. lama sangat kan... Nanti nak pergi semula la

    ReplyDelete
  3. memang macam dekat luar negara.. Cantik amat..

    ReplyDelete
  4. Keseluruhan cantik..menarik dan sangan tertarik hati la kak..PC rasa kawasan ni perlu dibangunkan tapi dalm keadaan pemantauan dan terkawal supaya dapat dikekalkan semulajadinya..kalau betul-betul menarik orang ramai ni kak..memang cantik.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya! Family always mentioned about Pulai Perhentian tapi tak pernah ada masa nak pegi. It's so pretty!

    ReplyDelete
  6. pantai rantau abang..tk pernh tau pn pantai ni..cantik la..ala2 overseas gtu

    ReplyDelete
  7. Cantiknya gambar-gambar. View terangganu canti nau.

    ReplyDelete
  8. cantik-cantik gambar ana ni.. Liez tak pernah smp lagi port ni..

    ReplyDelete
  9. Kinah tak sampai sini lagi. Cantik gambar kak ana

    ReplyDelete
  10. Cantik gila gambar.. Ana pun cantik juga tau.. Kalau pi Terengganu harus singgah nie lain kali..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤