Meriahnya Sambutan Harijadi Syafi Di Sekolah


Meriahnya Sambutan Harijadi Syafi Di Sekolah l Assalamualaikum. Ahad ni genap Syafi 5 tahun. Kejap je dah besar. Kalau tahun lepas sambut harijadi Syafi dekat rumah dengan keluarga dua dua belah, tapi tahun ni Syafi request nak nak buat dekat sekolah. Memang Meriahnya Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Meriahnya Sambutan Harijadi Syafi Di Sekolah 

Awal-awal lagi Ana dah niat nak buat sambutan harijadi Syafi dekat sekolah. Bagi dia rasa happy dapat sambut dengan kawan-kawan. Seminggu sebelum Ana dah bagitau Cikgu Ani nak buat makan-makan ni. So tak perlu lah cikgu prepare makanan untuk murid-murid hari tu.

Bincang dengan mak apa menu yang kenyang untuk budak-budak tu. Last last agree untuk masak kan nasi ayam je. Bila bincang dengan tukang masak sekolah, dia kata budak-budak ni suka makan isi ayam so Ana beli bahagian dada je untuk nasi ayam ni.

Baca juga : Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat

Barang-barang basah semua Ana beli dekat NSK dan pasar borong. Memang murah lah kan. Barang paling mahal pun ayam je dalam RM35 je pun.

Untuk goodies Ana memula plan nak belikan roti je. Sekali bila jejalan kat Ikea ternampak pula pinggan cawan warna warni ni. Comel lah pulak. Hehe. Tengok harga RM5.50 untuk 6 unit. Under bajet sangat ni. So beli lah 6 pek cawan 6 pek pinggan.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Untuk cikgu beli kan bekas makanan yang ada 3 unit dalam satu pek tu. Beli lah 2 unit sebab cikgu ada 2 kan. Extra beg kain beli masa pergi Thailand hari tu. Ana suka bagi something yang orang akan pakai. Takde lah membazir kan.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Kalau birthday celebration mesti ada jajan kan. Nak beli keropok tak elok pulak. Better beli yang sesuai dimakan untuk budak-budak. So Ana decide ke kedai RM2.00 beli kan layer cake dan corn stick.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Untuk kek pula macam biasa beli dekat Gerobok Pejol. Ana request buat kek bentuk petak. Senang nak potong nanti. Harga sekilo RM65 - kek perisa pandan. Simple yet yummy. Cuma kena tambah RM10 sebab Syafi nak 2 ketul patung Avengers. Huhu.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Sehari sebelum majlis, bersila 2 beranak packing goodies. Guna plastik lutsinar sedia ada dekat rumah. Cuma rebenkan je. Reben pun lebihan dari majlis tunang adik last year. Selesai keje. Tak perlu nak beli-beli yang baru.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Pepagi tu pukul 7 dah start masak. Sebab pukul 10 dah nak makan kan. Selamat tadika depan rumah je. Dalam pukul 9.30 selesai masak. Terus hantar ke tadika.

Pukul 10 murid-murid dah sedia nak makan. Tapi kelakarnya memasing pakat nyanyi lagu birthday. Ketua dia sorang budak perempuan. Nama Khairiah tapi dia suruh panggil dia Cik Yah. Memang kepochi habis. Haha.

Dah makan, masa untuk potong kek. Nyanyi lah sikit lagu birthday kat Syafi. Bergilir girl and boy nyanyi. 3 lagu setiap sesi lagi. Lagu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan lagu Allah Selamatkan Kamu. Amik ko. Bukan beshe beshe ok.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Last sekali baru Syafi agihkan goodies. Seronok semua. Ada yang tak sabar terus buka plastik tu. Comel je semua. Tapi cikgu suruh simpan dalam beg bawa balik baru buka. Hehe.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Dalam sejam selesai semua. Alhamdulillah semua happy. Ana pun tumpang happy tengok dorang semua happy. Next year sambut di tadika juga lah nampaknya.

Total Belanja :
Bahan Basah - RM125
Cawan Pinggan Ikea - RM5.50x12 =RM66
Set bekas makanan cikgu -RM9.90x2 =19.80
Jajan - RM37. 80
Kek - RM75
Total = RM323.60

* Nasi ayam tu ada lebih sebenarnya. So bagi dekat jiran tetangga yang ada. Goodies pun sama. Bagi dekat cucu cikgu dan bestie Syafi aka jiran sebelah rumah. Birthday dia pun selang sehari je dengan Syaf. Dah lah berjiran, birthday pun sebelah sebelah je. Haha.

Sambutan harijadi dah buat, hadiah takde ke onde. Hahahaha. Tanya dia nak apa. Dia kata nak whiteboard Ikea. Huhu. Ok lah sebab lately ni Ana perasan Syafi suka sangat melukis dan menulis. Balik je sekolah dia akan recap semua yang dia belajar dekat sekolah. Nanti kita pergi Ikea semula ye :)






Meriahnya Sambutan Harijadi Syafi Di Sekolah Reviewed by Ana Suhana on February 15, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Nampak ceria diwajah birthday boy:)

    *tahniah Ana kerana mendidik anak supaya suka berkongsi rezeki dengan orang lain .. Semuga diperluaskan lagi pintu rezekinya.. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. happy je budak2 dapat kek dgn goodies bag..

    ReplyDelete
  3. bestnya dia dapat celebrate dengan kawan kawan

    ReplyDelete
  4. Dekat-dekat ya birthday kak Ana dengan Syafi? :)

    ReplyDelete
  5. Selamat hari jadi Syafi :) Meriah nampaknya

    ReplyDelete
  6. Merai dan berkongsi rezeki..alhamdulillah.Syukur.

    ReplyDelete
  7. waaa seronok Syafi celebrate birthday dkt kwn2 dekat sekolah..
    Happy birthday Syafi pokpek..

    ReplyDelete
  8. meriahnya sambutan..hepi bestday syafi..:)

    ReplyDelete
  9. wahh seronoknya Syafi...semoga rajin belajar ya Syafi

    tak ramai kawan kelas Syafi rupanyaa..tapi masih meriah kan

    ReplyDelete
  10. wah..meriahnya. Happy birthday encem boy

    ReplyDelete
  11. Jaga kesihatan gigi ya..happy semua nampaknya tu

    ReplyDelete
  12. bagus ana bagi goodie mcam tu.. boleh digunakan dan tak membazir. happy birthday syafi sayang semoga menjaga anak yg soleh dan berilmu

    ReplyDelete
  13. Wahhh siap ada list total senarai belanja hangus..
    Alhamdulillah tahniah Ana dan pasangan berkongsi dengan kawan² Syafi di sekolah.. Bagus idea ni.. Syafi pun akan ada ukhuwah lagi ngam dengan kawan²

    ReplyDelete
  14. Meriah besday thn ni ye Syafi. Happy birthday Syafi

    ReplyDelete
  15. Seronok anak sambut birthday di sekolah. Anak saya pun balik cerita pasal kawan bawak kek kat sekolah, padahal celebrate birthday..huhu

    ReplyDelete
  16. Happy birthday Syafi.. seronok sambut birthday mcm ni. Lebih meriah sambut sekali dgn kawan2 semua.. yeay! :)

    ReplyDelete
  17. Happy belated birthday Syafi.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan membesar sebagai anak yang soleh.. aamiin ya rabb..

    Nampak meriah sambutan birthday Syafi, kemain seronok dia ya dapat sambut dengan kawan-kawan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.