Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat? - Ana Suhana

Jan 25, 2019

Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat?


Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat? | Assalamualaikum. Takutkan setiap kali tengok berita atau baca surat khabar, mesti ada kes kemalangan maut yang berlaku. 533,875 - Inilah jumlah kemalangan yang dicatatkan pada tahun 2017 di Malaysia. Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat setiap tahun? Apa puncanya?
Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat?
Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat?
Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat?

Sedih sangat bila tengok banyak jiwa yang terjejas kerana kehilangan insan tersayang. Lagi sedih bila kehilangan tersebut terjadi berpunca daripada orang lain. Anak-anak kecil yang tak berdosa terpaksa menjadi piatu dan kehilangan nikmat kasih sayang ibu dan ayah, si isteri kehilangan tempat berharap, ibu bapa menderita bila si anak yang ditatang bagai minyak yang penuh hilang sekelip mata.

Dalam rasa sedih tu muncul juga perasaan geram dan sakit hati. Sebabnya kita memandu dengan berhemah, ada saja pemandu yang tidak mengikut peraturan jalan raya dan memandu secara merbahaya. Rasa tak adil kan?

Bayangkan kereta tailgating (mencucuk-cucuk) belakang kereta kita. Geram je kan. 
Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat?
Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat?
Takkanlah korang tak boleh berfikir logik betapa bahaya tailgating ni. Mana tau tetiba orang depan tu brake mengejut tak pasal-pasal berdentum. Kalau kereta je yang kemek tak pe juga tapi kalau badan kita yang kemek, menangis tak berlagulah jawabnya. So please say BIG NO to tailgating.

Rentetan kes tailgating tu juga ada kaitan dengan faktor had laju. Agak-agak lah bro kawasan kampung ko nak tekan pedal sampai 120km/j. Nak tunjuk jaguh masuklah litar, bukan dekat atas jalan raya.
Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat?
Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat?
Risiko untuk terbabas dan berlanggar dengan kereta lain memang sangat tinggi bila kita memandu laju. Lagi-lagi bila hari hujan dan gelap.

Fakta menunjukkan yang 40.7% kemalangan berpunca daripada memandu melebihi had laju. Selalunya kes orang yang bawa laju ni sebab terlambat nak ke destinasinya. Come on guys, manage ur time wisely.
Kenapa Kes Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat?
Ingat lagi masa nak amik lesen kemain berhemah ikut semua peraturan jalan raya. 1 km nak masuk simpang dah bagi signal. Lampu isyarat warna hijau baru berkelip-kelip kita dah tekan brek sedia nak berhenti. Pandu pula dekat lorong kiri sekali. Tapi sayangnya lepas dapat lesen semua peraturan tu kita campak tepi.

Premium insurans / sumbangan takaful kenderaan kini juga dinilai menggunakan kaedah penilaian risiko. Apa maksudnya? Pemandu yang memandu dengan berhemah aka pemandu dengan risiko yang rendah akan membayar premium yang lebih rendah berbanding pemandu berisiko tinggi.

Macam mana pihak insuran boleh tau kita pemandu berisiko rendah atau tinggi? Mudah je sebenarnya.

1. Gaya Pemanduan

• Macam Ana cerita dekat atas tadi, pemandu yang suka bawa kereta melebihi had laju dan tidak sabar akan lebih terdedah kepada kemalangan

2. Tabiat Memandu

• Pemandu yang selalu tidak ikut peraturan jalan raya, yang mempunyai saman trafik yang tinggi juga dianggap berisiko tinggi.

3. Kecenderungan Kemalangan

• Bila dah selalu kemalangan ni, mesti lah kita akan kerap membuat tuntutan insuran kan. Bila dah kerap buat tuntutan, kita akan dianggap sebagai pemandu yang tidak bertanggungjawab jadi kenalah bayar lebih.


Semudah itu je pihak insurans boleh kategori kan kita sebagai pemandu yang mana satu. So, tepuk dada tanya pedal yang mana satu kita nak jadi - pemandu yang berisiko rendah atau tinggi.

P/s : Kalau korang nak info lebih lanjut tentang insurans / takaful kenderaan dan faktor-faktor yang menentukan kadar insurans / sumbangan takafult, korang boleh layari Persatuan Insurans Am Malaysia atau Malaysian Takaful Association.

21 comments:

  1. Sama-sama kena ada kesedaran diri...kena saling menghormati dan menghargai.Betul la kak...pemandu yang suka mencucuk-cucuk ni antara punca kemalangan.

    ReplyDelete
  2. memang betul. setiap hari ada je kes kemalangan.
    sepatutnya rakyat Malaysia mesti bersabar dan bertimbang rasa atas jalan kan.

    ReplyDelete
  3. semoga lepas ni undang2 diperketatkan. bahaya dimana2 kalo ramai yang selfish. tak tahula apa benda yang dikejar sangat..

    ReplyDelete
  4. Betul3x... Sama-samalah kita menjaga keselamatan kita dan keluarga dari sebarang kejadian tak diingini ni. Janganlah memandu membahayakan diri dan orang lain.

    ReplyDelete
  5. nice info. kadang2 dua2 pihak kena berhati bukan satu pihak sahaja.

    Jom balas balik blogwalk.

    Aril ade entri baru.

    https://muhammadshahril97.blogspot.com/2019/01/alhamdulillah-im-back.html

    ReplyDelete
  6. goood info.. kenalah jaga had laju dan patuhi peraturan jalan raya

    ReplyDelete
  7. kan kalau tengok kemalangan jalan raya meti terjadi..memang kena ada insurans ni kan

    ReplyDelete
  8. Good sharimg Ana.. kadang memang risau kan, kadang ada yang jadi mangsa atas kecuaian orang lain..

    ReplyDelete
  9. Pernah ada satu kejadian berlaku depan saya. Seorang pemuda ni nak tunjuk jaguh, pulun kereta bikin laju kat highway. Tak lama lepas tu, jem... rupanya, kereta dia tergelincir dan langar 3 kereta lain. Bab2 mcm ni yg saya risau.. tak pasal2 kereta org lain terjebak, jalan pula jadi jem teruk. Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku.

    ReplyDelete
  10. Kemalangan ni benda memang tak dapat diduga, kadang tu kita dah berhati hati tapi pemandu lain pula yang kalut sampai tak follow rules.. Risau betul bila memandu di jalanraya ni, lagi² kalau kawasan tu banyak kenderaan berat

    ReplyDelete
  11. kemalangan ini kadang memang tak boleh nak elak..
    kita ini memandulah dengan berhemah, datang manusia yang tak berhemamh.. memang malanglah jawabnya..
    Harapnya semua pemandu akan memandulah dengan lebih berhemah..

    ReplyDelete
  12. makin membimbangkan je statistik kemalangan sekarang..tambah lagi klau time perayaan..

    ReplyDelete
  13. Malang tak berbau..insurans memang penting kalau terjadi perkara tak terduga seperti kemalangan..amat diperlukan..

    ReplyDelete
  14. Nice info ana, Mengantuk pun boleh jejaskan pemanduan dan merbahayakan nyawa

    ReplyDelete
  15. Setuju sgt dengan entry ni... Setiap hari mengadap pemandu jalan raya yang memang jenis pentingkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  16. Setuju. Sikap pemandu faktor utama kemalangan sekarang ini

    ReplyDelete
  17. Macam-macam ragam pemandu ni. Menyampah dengan orang yang suka mencucuk rapat.

    ReplyDelete
  18. kannn. kadang ak pun tak baik jugak atas jalan raya. tapi 10% je la. tkde la smpai membahayakan nyawa org lain. kehkeh

    ReplyDelete
  19. Hmm.. stress pun boleh membhyakan klu mmndu.. tkut org lain jd mgsa..

    ReplyDelete
  20. Menyampah kan kalau ada yang tailgating tu..nak potong, potong je la. Takyah nak acah2..hurm..

    ReplyDelete
  21. Memang geram dgn pemanxu yg suka cucuk² ni..rasa nk turun kereta pi ketuk kepala dia😂

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤