Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak - Ana Suhana

Nov 8, 2018

Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak


Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak | Assalamualaikum. Ada yang dah sampai dekat restoran yang pernah viral 2 lepas ni? Tapi kan walau dah 2 tahun viral tapi sampai ke hari ni orang tak putus-putus makan dekat sini. Sedap sangat ke? Moh ler kita Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak ni. 
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak

Sebelum terlupa Ana nak ucap tahniah pada team bola sepak Perak atas kejayaan menjadi juara Piala Malaysia 2018. Pada yang tewas takpe, banyak tahun boleh saing lagi. Ana sokong siapa? Bak kata Syafi kita sokong Sungai Tua je. Haha.

Bila sebut tempat makan popular di Perak, Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak sure akan ada dalam senarai. Dan kebanyakan pelanggannya Ana tengok rider motor yang berkonvoi. Sama macam gerai lemang Tok Ki di Bentong. Cuka bezanya dekat sini lebih luas dan selesa. Parking kereta pun luas. 

Ana Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak lepas check out dari Marina Island Pangkor Resort & Hotel tempoh hari. Memandangkan hari tu hari bekerja so orang tak berapa ramai. Plan asal nak makan dekat RnR je tapi sebab waze tunjuk jalan ke arah restoran ni, rugi pula tak cuba kan. Ayah pun kata nak makan lauk kampung so memang kena sangat lah. 

Pada yang first time datang sini, dekat sini mengamalkan konsep layan diri. Masuk je dalam restoran ni, korang akan nampak banyak kaunter makanan yang ada. Tapi ada 3 kaunter utama iaitu kaunter nasi, lauk pauk dan makanan berbakar. Setiap kaunter berasingan dengan yang lain dan bayar terus di kaunter tersebut
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Ok ni kaunter nasi. Ada 3 jenis nasi yang korang boleh pilih; nasi buluh, nasi panggung dan nasi panggang serunding. Harga nasi bermula dari RM2 - RM3. Murah lah juga. Hari tu Ana order nasi buluh je.
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Kaunter bakar terletak di belah kanan korang. Ada macam-macam menu berbakar yang ada seperti ayam bakar, ikan bakar, sotong bakar, kambing bakar semua jenis makanan berbakar ada lah. 
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Untuk menu berbakar Ana order ikan pari, kambing, ikan kembung dan ayam. Untuk menu berbakar ni ada air asam dengan sambal cili kicap disediakan sekali. So far semua yang berbakar tu sedap terutama ikan pari dia. Kambing pun sedap juga. Ana prefer cicah dengan sambal cili kicap tu dari air asam. Sampai menjilat jari u olls. Licin sambal tu kitorang bedal.
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Kaunter lauk pauk kampung pula dekat sebelah kiri kaunter nasi bamboo. Ada banyak lauk tau korang. Dari pelbagai macam menu kerabu sampai lah ke lauk berkuah semua ada. Pilih je mana yang korang nak dan masukkan ke dalam mangkuk-mangkuk yang disediakan. 
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Untuk lauk pauk kitorang order a few menu je. Antaranya ialah berlada terung, kerabu pucuk paku, sambal tempe, kangkung sambal belacan dan kerabu daun selom.
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
So far semua pauk dekat Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni sedap dan kena dengan selera Ana sekeluarga. Alhamdulillah. Harga pun berpatutan. No wonder lah ramai yang singgah makan dekat sini. Kerusi meja pun banyak. Tak gaduh lah. Kemudahan seperti tandas dan surau pun disediakan dengan sempurna

Cuma kalau datang hujung minggu harapnya mohon bertabah sebab ramai yal mat. Tapi dengar citer walau ramai tapi masa beratur agak cepat. Adik Ana pun kata yang sama. So boleh lah korang cuba hujung minggu nanti ye. Selamat mencuba dan menjamu selera.


Nasi Bamboo Sungai Klah
Kampung Buluh Telur
35600 Sungkai
Perak

Waktu Operasi :
10.30 pagi - 6 petang 
Tutup - JUMAAT

17 comments:

  1. kmpong mil ni ana.. baru je blik sungkai ari tu.. hahha

    ReplyDelete
  2. pernh singgah masa pi ipoh lastyear...mmg rmi org tp laju Q nya so tkyah risau..makanan pn byk pilihan..byk juga menu ana tu..

    ReplyDelete
  3. Sedap..puas hati..cepat...cuma kena sabar nak cari tempat duduk bila betul2 tengah ramai orang..

    ReplyDelete
  4. Adui malu kinah kak ana. Padahal banyak kali dah lalu bila nak balik kampung. Kinah asal nak pergi je ramai orang. Penuh je sentiasa. Takpela next time nak jugak merasa nasi buluh tu heheh

    ReplyDelete
  5. huiii sedapnya...bila la gamaknya boleh try

    ReplyDelete
  6. Wahh sedap2. Mlm ni dh plan x nak mkn tpi tgk blog ana ni trus kroooch2 dlm perut 😁

    ReplyDelete
  7. Alahai laparnya tengok basil Tu ana..

    ReplyDelete
  8. Teringinnya nak pegi. Hari tu konon nak makan ramai-ramai (family day) tapi tutup plak.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi sampai sini. Aduh!! Kerabu dia nampak sedap sangat. Mesti sedap makan dengan nasi buluh tu kan.

    ReplyDelete
  10. Dekat dah dengan tempat sha.. Pilihan lauk kampung dia memang ohsem.. Terutama sekali kerabu.. memang best..

    ReplyDelete
  11. Memang best makan-makan kat sini... antara menu yang rare Ayam Bakar Bunian... ��
    Check IT here... Nasi Bamboo Sungai Klah

    ReplyDelete
  12. Fuhh mmg terbuka selera tengok ni.. mmg patut singgah ke sinilah juga nanti. Thanks sharing Ana :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤