Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel - Ana Suhana

Oct 17, 2018

Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel


Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel | Assalamualaikum. Hi korang. Rasa macam baru je Ana sekeluarga bercuti di Pangkor. Rupanya dah masuk sebulan haa. Cepat sangat masa berlalu. Masa Ana bercuti di Marina Island tu ramai juga yang tanya Ana stay dekat mana sebab nampak menarik tempat tu. So hari ni Ana share dengan korang tempat penginapan Ana di sana. Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Tujuan asal Ana bercuti di sini sebab nak bawa ayah pergi memancing. Pada mulanya Ana plan nak stay di The Rock Bund Fishing Chalet dekat Marina Island tu juga sebabnya chalet ni memang khas untuk orang memancing. Buka je pintu terus nampak lauk. Siap ada platfotm untuk memancing lagi. Tapi bila tengok harga, rasa agak tak berbaloi.

Survey punya survey ternampak lah Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni. Nampak menarik sebab dekat je dengan The Rock Bund Fishing Chalet tu so sure dekat dengan laut juga. Nak confirmation Ana call dulu pihak hotel tanya tempat memancing. Bila dapat tau yang kita boleh memancing dalam kawasan Rock Bund Fishing Chalet tu, memang cun sangat lah. Terus buat reservation. 

Ana booked bilik jenis apartment 3 bilik melalui Traveloka sebab tu yang paling murah. Harga bilik untuk 3 hari 2 malam ialah RM1050. So semalam jatuh RM525 dan satu bilik jatuh RM175 lebih kurang macam tu. Murah sangat dah tu bagi Ana sebab tarikh tu jatuh on weekend dan public holiday kan. Harga pula termasuk breakfast untuk 6 orang. Breakfast pun boleh tahan menu-menu yang disediakan.

Ana sampai sana dalam pukul 2 lebih. Sebelum check in kami survey dulu tempat memancing. Tak jauh pun dari hotel. Kalau naik kereta kurang dari 5 minit je. Cantik juga view dari tepi laut tu. Boleh nampak Pulau Pangkor dengan jelas sebelah sana tu. Tenang je rasa. Vitamin-sea is activated.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Selesai survey tempat memancing Ana terus ke hotel untuk check in. Walau pun check in pukul 3 tapi Ana saja-saja lah try kot-kot bilik dah ready kan. Alhamdulillah rezeki boleh check in awal sikit. Tak perlu beratur pun. Senang dan cepat prosedur check in. Tak sampai 5 minit settle. Maybe sebab tak ramai yang book bilik apartment kot.

Di  Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni ada 2 bangunan hotel. Satu bangunan untuk bilik jenis apartment dan lagi satu untuk bilik hotel biasa. Tapi kedua-duanya bersebelahan je. Dan ada yang dapat view laut ada yang dapat view lagoon.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Apartment Ana dapat view laut. Alhamdulillah. Cantik je pemandangan dari balkoni. Boleh nampak feri dan bot lalu lalang dekat laut tu. Oh ya Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni terletak berhadapan dengan Jeti Marina Island ke Pulau Pangkor. 5 minit jalan kaki je. Dekat kan. 


Ok ni lah rupa apartment 3 bilik tu. Memang sangat luas. Ada meja makan, meja kerja, meja kopi dan kemudahan basic kitchenette untuk para tetamu. Peti ais pun besar. Boleh sumbat memacam dalam tu. Hehe.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
   
Ni rupa bilik utama aka master bedroom. Luas kan. Siap ada balkoni lagi. Katil jenis king. Toilet pula sangat luas sebab ada bath tub sekali. Hair dryer pun ada juga.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Ni bilik nombor 2. Ada 1 katil single dan 1 katil super single. Ana and family tidur dalam bilik ni. Macam biasa Ana tidur dengan syafi so kitorang conquer katil super single tu. Memang rasa luas dan selesa. Faham-faham lah tidur dengan budak kecik tu ganas bukan main.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Setiap bilik dalam apartment ni ada attached bathroom tau. So takde istilah berebut toilet bila duduk reramai ni. Aurat pun terjaga. Tu yang penting.  Toilet bilik Ana ni pun luas juga. Bersih yang penting. Cuma takde hair dryer. Tu jer.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Bilik nombor 3 takde gambar lah pulak. Tapi saiz dia lebih kurang macam bilik nombor 2 tu cuma katil dia katil jenis queen. Tu je bezanya

Selesai cerita bab bilik. Sekarang nak cerita bab aktiviti yang korang boleh buat dekat sini. Kalau yang datang nak bawa anak-anak bercuti, jangan risau dekat sini ada swimming pool. Ada 4 lagi. 2 pool di bangunan yang Ana stay ni, lagi 2 di bangunan sebelah. Dua-dua pool kita boleh mandi. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Kalau nak berbasikal pun boleh. Ada basikal untuk disewa dekat luar pintu hotel. Tak sure berapa harga dia sebab Ana tak plan nak naik basikal pun.

Bagi yang datang nak buat family day, ada kawasan yang luas untuk korang buat aktiviti. Masa Ana stay sini ada 2 syarikat tengah buat family day. Macam-macam game dorang buat. Boleh main tarik tali boleh main bola sepak pantai, bola tampar, aktiviti air dan banyak lagi. Ada recreational crew yang akan conduct dengan team korang. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Tapi yang paling Ana teruja ialah aktiviti air. Yang ni semua orang boleh main. Ana sempat lah main kayak dan naik pelampung unicorn sepanjang dekat sana. Memang syok sangat. Ni katanya dorang tengah pasang permainan yang baru untuk aktiviti air. Mesti lagi best lepas ni. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Pada yang tertanya tentang keselamatan, jangan risau sebab ada crew yang akan sentiasa bersama korang untuk pantau bab keselamatan.  Nak masuk lagoon ni wajib pakai jaket keselamatan sebab ada kawasan yang dalam tau. So agak bahaya pada yang tak reti berenang macam Ana. Haha. Tapi bila dah pakai jaket tu, don't worry lah. Enjoy je. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Nak naik kayak dengan unicorn ni kena sewa tau. Macam unicorn ni harga sewa dia RM5 untuk 10 minit. Dan kayak RM15 untuk satu pusingan. Tapi memandangkan masa kami sewa tu takde orang lain, so main lah sampai puas. Memang best giler. Sporting je crew dorang tu. Crew yang jaga kitorang nama dia Kecik. Memang terbaik dan sporting. Korang kalau ke sana cari Kecik tau.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Oh ya dekat lagoon tu ada macam-macam jenis ikan tau. Korang boleh bawa roti dan bagi ikan makan juga. Tapi nak dan nak amik gambar sebab ikan dia laju giler bergerak. Tau tau habis roti tu semua. Hehe.

Overall memang best sangat stay dekat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni. Ana sekeluarga puas hati sangat. Apartment dan bilik luas, bersih dan selesa.  Staff pun friendly. Kalau tak, tak kan Ana tambah semalam lagi stay dekat sini. Hehe melampau kan. So total Ana stay dekat sini 4 hari 3 malam. Cuma harga hari ke-4 tu murah sikit sebab jatuh on weekday. Dalam RM450±± macam tu. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
So pada yang plan nak cuti hujung tahun ni, tak tahu nak ke mana. Why not korang ke sini. Boleh jalan-jalan dekat Pulau Pangkor, memancing dan buat pelbagai aktiviti air bersama keluarga dan rakan-rakan. Nak cari tempat makan pun senang. Banyak restoran, kedai dan kafe ada tak jauh dari hotel. Harga pun semua sangat berpatutan.  Memang takde.masalah pun. So selamat bercuti semua.

Psst : Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni terletak di Pulau Marina, bukan di Pulau Pangkor. 





16 comments:

  1. wahh bestnya duduk marina resort ni.. tp marina ni bukan kat pulau pangkor kan.. dulu penah usha jugak kat marina ni..

    ReplyDelete
  2. bestnya tempat ni..tengah plan nak bercuti jugak ni,mybe ini tempat yang sesuai untuk family kami...

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi sampai pulau pangkor ni.cam best jer, nak pergi holiday sini juga lah next year

    ReplyDelete
  4. Suka tengok bangunan warna warni bila lalu ke Marina Island tu kak Ana...

    ReplyDelete
  5. my parents would love this. semoga satu hari nnt ray dpt bawak my family ke sni. ameen

    ReplyDelete
  6. Seronoknya bercuti di pulau tepian pantai.
    Dulu time single pernahlah juga bercuti ke Pangkor ni tapi dah lama sangat stay kat mana pun dah lupa. Tapi tengok entry AS sebelum ni yang ada van pink tu still ada lagi hahahha... gila lama van color pink tu depa kekalkan kot sebagai trademark

    ReplyDelete
  7. Best.. Cantik.. Bersih.. Boleh memancing pula ye.. memang enjoyable nie..

    ReplyDelete
  8. pernah survey ni, ana. memang mahal.
    tapi berbaloi! besar dan bersih aprtment nyer...
    nice. in shaa Allah next year lah.
    now end of the year. cuaca x menentu :) laut pun bergelora.

    ReplyDelete
  9. Menarik ni. Besarnya apartment dia. Husband kaki pancing so leh propose tempat ni kat dia. Hehehe..

    ReplyDelete
  10. Wah cantiknya hotel dia and banyak aktiviti menarik yang ada dekat situ ye. Boleh purpose kat family untuk stay situ nanti :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  11. syoknya bercuti dengan family..akak ni nak bercuti dah tak best sbb korum selalu tak cukup..jadi tunggu cukup korum baru boleh enjoy

    ReplyDelete
  12. Mmg cantik dan selesa hotel apartmen tu. Selesa bercuti seisi keluarga. Permandangan pun cantik... lama betul tak ke pangkor ni.

    ReplyDelete
  13. cantiknya pemandangan...gambar2 ana amek semua cantik2

    ReplyDelete
  14. seronoknya ana pergi bercuti ke pulau marina tu permandangannya cantik la... boleh masuk list nanti ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤