Kekal Yakin, Cerah & Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI FAIR BEAUTY - Ana Suhana

Sep 12, 2018

Kekal Yakin, Cerah & Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI FAIR BEAUTY


Kekal Yakin, Cerah & Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI FAIR BEAUTY l Assalamualaikum. Lumrah seorang perempuan, first impression tu amat lah penting. Betul tak? Lagi-lagi masa nak menghadiri temuduga atau reunion dengan kawan-kawan lama. Macam-macam yang bermain di fikiran. Kalau boleh kita nak nampak penampilan kita masa tu sesempurna yang boleh especially bab kulit wajah. Harus lah nak nampak flawless kan. Tapi kalau nak jadi cerita masa tu kulit wajah kita pula buat hal, breakout sana sini confirm sedih kan?..... Jangan sedih-sedih dah sebab sekarang korang boleh Kekal Yakin, Cerah & Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI FAIR BEAUTY. Excited tak??? Apa tu SAFI FAIR BEAUTY?? Jom baca dekat bawah ni.
SAFI FAIR BEAUTY
SAFI FAIR BEAUTY
Kekal Yakin, Cerah & Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI FAIR BEAUTY

Setuju tak kalau Ana kata yang faktor kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata menjadi satu masalah utama para wanita di Malaysia sejak dulu lagi.  Sampai kan satu  tahap isu ni boleh menyebabkan keyakinan dalam diri seseorang tu menurun especially bila nak berhadapan dengan orang ramai. Perasaan seperti aku tak cantik lah, kulit aku gelap lah, confirm orang akan pertikaikan wajah aku tak sama macam dalam IG FB lah, macam-macam lagi lah akan bermain dalam hati kita. Ana yakin korang pun pernah ada rasa macam tu kan. Ana mengaku Ana pernah rasa tak cantik suatu masa dulu. Tapi semua tu boleh di atasi kalau kita tau cara dia. Macam mana cara dia??

Bagi Ana perkara pertama yang kita kena tahu ialah apa faktor yang menyumbang kepada kulit wajah tidak sihat. Ada sesetengah orang tu dok bising kata puas dia pakai produk semahal mahal alam, tapi kulit dia sama je. Takde perubahan pun. Lepas tu mula lah kata produk tu menipu lah apa lah padahal banyak faktor lain yang sama penting dia tak amik cara pun bak kata orang Ganu. Apa perkara penting tu?

Tabiat pemakanan yang tidak sihat, faktor tekanan, kualiti tidur yang tidak baik, kurang minum air dehirasi) serta masalah habuk akibat pencemaran semua merupakan faktor utama masalah kulit wajah yang tidak sihat dan cantik. Mesti korang dah tau kan tapi buat-buat tak tahu. Jangan macam tu ck kak oi. Semua perkara ni korang kena amik berat tau kalau nak memiliki kulit yang cantik berseri. Ni tak, dah lah makan makanan yang berminyak, kurang pula tu makan sayur dan buah-buahan, lepas tu minum air sikit je, kemudian tidur tak cukup. Bila muka dah start breakout mula lah stress meroyan semua. Padahal diri sendiri yang salah. Cuba mulai hari ni korang jaga semua tu. InsyaAllah korang akan nampak perubahan pada kulit korang very soon.
SAFI FAIR BEAUTY
SAFI FAIR BEAUTY
Bila dah semua faktor tu korang dah jaga, now baru lah korang boleh proceed ke next step iaitu kepada produk penjagaan kulit wajah. Tapi kena lah guna produk yang bersesuaian dan yang penting mendapat kelulusan dari KKM untuk menjamin keselamatan semasa penggunaan. Memahami aspirasi setiap wanita untuk tampil cerah dan yakin, SAFI - jenama penjagaan wajah HALAL no 1 di Malaysia serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah - SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para wanita. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap wanita berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI  pasti akan selesaikan.

Rangkaian Pencerah - SAFI FAIR BEAUTY
SAFI FAIR BEAUTY
SAFI FAIR BEAUTY
Rangkaian Pencerah - SAFI FAIR BEAUTY kini telah diberi nafas baru di mana rekaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY kali ni lebih manis dan menawan dan lebih istimewa SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya iaitu Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY sebagai pelengkap kepada rutin penjagaan wajah wanita. Selain dari itu, rumusan SAFI FAIR BEAUTY  turut dipertingkat dengan penggunaan teknologi BIO.Fairness yang bertindak untuk :

💕 Mencerahkan kulit
💕 Menyamaratakan tona kulit
💕 Kulit berseri merah jambu
💕 Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
💕 Memberi perlindungan UV
💕 Melembutkan dan menghaluskan kulit
💕 Melicinkan kulit
💕 Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit


Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Seperti yang Ana bagitau dekat atas, pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya. Untuk mengatasi masalah tersebut, penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 dan B6, menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas serta dapat membantu kulit agar kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

“3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari!

SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa wanita manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!

1. Dia si ayu penuh keyakinan - SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
SAFI FAIR BEAUTY
SAFI FAIR BEAUTY
Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan diri. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.

💕 Saiz pek: 50g/100g
💕 Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)


2. Dia si cantik penuh kemanisan - SAFI Fair Beauty Fairness Cream
SAFI FAIR BEAUTY
SAFI FAIR BEAUTY
Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang hari. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.

💕 Saiz pek: 50g/80g
💕 Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)


3. Dia si comel penuh keceriaan - SAFI Fair Beauty BB Cream
SAFI FAIR BEAUTY
SAFI FAIR BEAUTY
Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikan. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finishing).

💕 Saiz pek: 40g
💕 Harga: RM8.15 (0% GST)

4. SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)

💕 Saiz Pek: Gift Set
💕 Harga: RM10.90 (0% GST)


Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah! Sebenarnya Ana share tentang rangakain SAFI ni sebab Ana join SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge. So korang tunggu nanti Ana akan share sekali lagi tentang result lepas sebulan guna set SAFI FAIR BEAUTY ni ok.

Bagi yang berminat nak mencuba rangkaian terbaru SAFI FAIR BEAUTY, korang boleh dapatkan di pasaraya utama dan pasaraya hyper di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang jenama SAFI, korang boleh layari media sosial SAFI seperti di bawah :


Facebook :

Instagram :
@safimalaysia

Youtube :





12 comments:

  1. Menarik juga kan produk terbaru dari Safi nie Ana..

    ReplyDelete
  2. akak mmg pakai safi dr dlu smp kini ...yg krim dlm bekas bulat dlu2 pki tp skarang just guna pencuci muka je

    ReplyDelete
  3. Setakat ni...PC serasi dengan Safi..alhamdulillah..boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  4. wah semuanya Safi ...best Safi ini, harga berpatutan

    ReplyDelete
  5. Wahh macam macam dah ada produk keluaran SAFI ni. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  6. jangankan perempuan..lelaki pun wajar untuk menjaga kecantikan muka..supaya nampak lebih menyakinkan..

    ReplyDelete
  7. Lawanya packaging dia.. makin berevolusi produk Safi ini..

    ReplyDelete
  8. mama confidence dgn safi. so far mmg serasi dan xde masalah pakai safi

    ReplyDelete
  9. Waaaa makin banyak dah rangkaian produk Safi. Jenama yg digunakan masa zaman sekolah lagi. Ehheheh ni dah ada pulak Safi Fair Beauty. Menarik.

    ReplyDelete
  10. Safi memang jenama yang diyakini dan berkualiti

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤