Riadah Petang di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu - Ana Suhana

Jul 17, 2018

Riadah Petang di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu


Riadah Petang di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu | Assalamualaikum. Dalam entri sebelum-sebelum ni Ana ada bagitau tak lengkap kalau bercuti di Pantai Timur kalau tak ke pantai yang ada di negeri-negeri ni. Kadang tu tak perlu pun sampai nak ke pulau pun untuk menikmati pemandangan yang cantik dan menenangkan. Dengan Riadah Petang di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pun dah lebih dari cukup.
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Riadah Petang di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Pantai Batu Buruk antara pantai popular di Kuala Terengganu. Lokasi pantai yang strategik dekat dengan bandar dan jalan utama membuatkan Pantai Batu Buruk sentiasa ramai dengan pengunjung terutama masa weekend. Orang tempatan pun suka ke sini tau. Kalau pergi masa weekdays macam Ana ni lagi lah selesa. Tak ramai orang dan tenang je nak lepak lama-lama.

Pantai ni nama je Pantai Batu Buruk tapi tak buruk pun pantai dia. Tak silap Ana nama Batu Buruk ni di ambil sempena seketul batu yang ada di dalam laut yang boleh nampak bila air surut. Dan masih boleh nampak batu tu sampai sekarang.

Apa yang selalu orang boleh buat dekat sini antaranya ialah bermain layang-layang. Kalau takde layang-layang boleh je beli dekat sini. Ada je 1-2 peniaga yang jual layang-layang. Macam Ana memang sentiasa bawa layang-layang dalan kereta. So tinggal nak naikkan je lah.
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Nak mandi laut boleh tapi hanya di bahagian yang dibenarkan saja sebab laut dekat sini berbahaya dan sentiasa dipantau. Nanti akan ada penjaga pantai yang berkawal menaiki ATV atau berkuda di sepanjang pantai setiap 30 minit.
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Nak layan view laut sambil berbuai pun boleh. Ada banyak buai disediakan di sini. Tapi ikut rezeki korang juga lah. Kalau kena macam Ana hari tu, dari Ana sampai, hinggalah Ana dah balik, orang yang sama je duduk atas buai tu. Haha. Tak bangun-bangun langsung dorang. Enjoy sangat tu. Cerita tentang buai Ana ada dekat entri ni : Buai Ala Lombok di Pantai Batu Buruk.

Antara tarikan utama dekat Pantai Batu Buruk ni ialah terdapat banyak gerai-gerai dan lori-lori menjual makanan. Dari makanan ringan sampai lah yang bergoreng semua ada. Tinggal korang nak pilih je. Apa yang Ana makan???
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pulut lepa dan milo kepal suam-suam kuku sebab dah lama viral. Pulut lepa ni wajib Ana beli bila datang ke Kuala Terengganu ni. Tak jumpa kat KL nak oi. Isi ikan dalam tu memang terbaik. Puas hati dapat makan. Tapi lepas tu siap lah, terkentut-kentut dibuatnya. Haha. Takpe janji sedap.
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Haa ni cerita tentang budak kecik ni. Sama macam dekat Pata Tok Kite Pantai Chendering, aktiviti utama dia ialah main pasir. Siap singgah ke DIY semata-mata nak belikan dia mainan sodok-sodok pasir tu. Layan kan je.  Janji dia bahagia aman sentosa.
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Apa-apa pun memang rasa tenang dapat lepak tepi pantai tu. Dapat tengok ombak, burung-burung berterbangan, awan-awan berkelompok cantik dan macam-macam lagi lah. Tengok perangai orang pun boleh buat kita terhibur tau. Yang penting kita jangan lupa untuk bersyukur atas setiap nikmat yang kita rasa masa tu kan. Ok next entri Ana nak share tentang tempat makan best pula dekat Kuala Terengganu ni. Ada keistimewaan nya tau. Tunggu ok.




16 comments:

  1. Best la berjalan kan..lama dah x pi vacation ngan family sejak mak sakit ni..kali ni x tau la dapat pi ke tak sebab mak buat dialysis air sehari 3 kali...doc cakap boleh kalau nak pi vacation tp jangan jauh2 la..tengah bagi mak adapt dulu..hajat nak ke Trengganu blom kesampaian lagi

    ReplyDelete
  2. Memang best santai-santai di Pantai Batu Buruk tuh.. LeYa pun dah lama juga tak ke sana.

    ReplyDelete
  3. Lama tak jln2 pantai akak ni ana..
    Tengok entri ana..
    Mcm nak cari pantai skrg..
    Tengok video ana tu..
    Hembusan angin pantai tu..
    Emmm nyaman..

    ReplyDelete
  4. memang best, lagi best cam2 makan de jual kat situ

    ReplyDelete
  5. Melihat dan mendekati alam bukan sahaja untuk menjadi terapi minda dan hati.....tapi juga mendekatkan kita dengan PEMILIKNYA.

    ReplyDelete
  6. bestnya beriadah di pantai.. saya & family dah lama tak ke pantai..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  7. Tak sempat nak lama-lama kat sini hari tu.. nak kena pergi lagi lain kali..

    ReplyDelete
  8. sronok syafi main pasir kt pantai tu

    ReplyDelete
  9. Seronoknya bersantai santai tepi pantai macam ni.

    ReplyDelete
  10. depa conquer buaian tu..tak patot hahah xde rezeki..lamanya dah tak pi pantai

    ReplyDelete
  11. Fuhh mmg syok tengok suasana kat pantai batu buruk ni. Mmg terasa kesegaran tu dan mmg sesuai sgt utk beriadah sekeluarga tenang2kan fikiran dan cari inspirasi :)

    ReplyDelete
  12. Tenang jew rasa tengok laut. Lama dah tak bercanda di pasiran pantai

    ReplyDelete
  13. Best.. Best.. kena angin laut.. makan.. Pergh!!

    ReplyDelete
  14. Cantik view pantai ni kan.. Dedulu rajin jugak pergi sebab tak jauh mana dr kuantan. Dulu famous gak pantai ni kan... Tenang je suasana dekat sini.

    ReplyDelete
  15. Best kann pantai ni. Rinduuu nya pantai..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤