Jalan-jalan di Terengganu : Buaian ala Lombok di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu - Ana Suhana

Mar 27, 2017

Jalan-jalan di Terengganu : Buaian ala Lombok di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Assalamualaikum.



Pagi-pagi hari ke-2 di Kuala Terenggan, lepas jer breakfast sis menderu ke Pantai Batu Buruk. Konon-kononnya nak amik angin pagi lah dengan anggapan pagi-pagi tak ramai orang macam waktu petang, tapi tanggapan tersebut meleset sama sekali. Pantai Batu Buruk ni penuh dengan orang. Tak tahu bila je sunyi dari orang ramai. Hehe. 

Time sis pergi tu tengah ada pertandingan memancing. So ramai lah yang bermalam dekat tepi pantai malam tu menjaga pancing masing-masing. Kemudian ada aktiviti explorace race dan sebagainya. Semua ni di bawah aktiviti Festival Pantai Kuala Terengganu.





Pantai Batu Buruk ni sememangnya menjadi tempat tumpuan penduduk setempat dan juga orang luar. Terdapat deretan gerai yang menjual makanan dan sourvenir serta restoran makanan segera boleh di dapati di sini. Complete set orang kata.

Yang paling latest yang ada di Pantai Batu Buruk ni ialah buaian ala Gili Trawangan, Lombok. Viral kot buaian ni FB baru-baru ni. Sebanyak 12 buaian di sediakan di sepanjang pantai ni. Pilih jer mana yang korang nak naik. So sis pun nak lah menyelit bergambar juga kan. Kalau di Lombok buaiannya dalam air tapi dekat sini di atas pasir.



Dengar cerita kalau lambat sikit memang kena beratur panjang beb. Boleh jadi berjanggut nak tunggu turn naik buaian tu. Hehe. So nak selamat datang pagi macam sis dan pergi yang dekat deretan kedai di hujung sekali. Kosong je buaian tu siap boleh berayun lama-lama lagi. Takde orang heran pon. Hehe. 









Antara aktiviti popular dekat Pantai Batu Buruk ni selain berkelah ialah aktiviti menunggang kuda, parasailing dan juga bermain layang-layang. Tapi aktiviti mandi laut takde dekat sini tau. 

Sumber : SINI
Sumber : SINI
Sumber : SINI
Walaupun namanya Batu Buruk tapi tak buruk pun pantai dekat sini. Cantik molek belaka. Yang buruk cuma perangai manusia yang tinggalkan sampah sarap dekat sana tu je. Hehe. Sekian.

Lokasi : Belakang Hospital Sultanah Zahirah di bandar Kuala Terengganu. 

59 comments:

  1. Buaian tu mcm best ja ambil gambar posing posing ...
    Seronoknya dapat pergi pantai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai tunggu turn nak bergambar dekat buaian ni tau Mrs Pip kalau belah petang. Jadi tarikan utama dekat Pantai Batu Buruk skrg ni. 😘

      Delete
  2. Uuuuu, nicenya buaian tu~ Photoshoot untuk post-wedding cantek jugak. Eh, berangan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh eh. Sama mcm org bawah ni lah. Hehe.

      Kalau buat photoshoot waktu sunset lagi cun tau Ana. 😍😍

      Delete
  3. Cantiknya pantai kat sini, bilalah ada rezeki Kak Sue ke sana.. pastu nak ambik gambar kat buai tu..cantik sangat, sukaaaaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak. Sampai nanti rezeki akk sekeluarga ke sini. Tak jauh pun.😘😘

      Delete
  4. Inilah yg membuatkan LZ terasa nak bercuti di Terengganu. Jeles sokmo tengok Ana bercuti, makan sedap2.. Tempat persinggahan pun cantik 😍..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai nanti rezeki LZ jalan2 di Terengganu. Jgn lupa pergi pulau perhentian, masjid kristal, makan kepok lekor, nasi dagang. 😘😘

      Ana blk ni pun sebab attend wedding sepupu suami. Dah setahun tak balik. 😅

      Delete
  5. Sesuai la tempat ni nak buat outdoor photoshoot! Hehehe. Part yang manusia buang sampah tu memang sakit hati. Tak reti jaga alam sekitar langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sgt. Nanti agak2 nk buat boleh lah ke sini. Hehe. 😅

      Delete
  6. bestnyerr...bukan Bali Ana tapi ala2 Lombok kat Giri Trawangan...romantik gituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kak. Salah tulis tu. Hehe 😊😊

      Delete
    2. hehe..excited sgt la tu...ni yg jeles nii tgk org holiday niiii...rasa nak terbang ke sana gak ni..hahaha

      Delete
    3. Menaip dalam kereta kak. Tak boleh nak pikir sgt. Hehe. 😅

      Moh ler ke Terengganu. Pakat jalan2 dekat Pantai Timur. Best tau kak 😘😘😘

      Delete
    4. mmg dah lama tak kesana walhal ramai saudara mara kat sana tu...InsyaaAllah one fine day..kiki

      Delete
    5. lagi senang kalau ramai saudara mara dekat sini. InsyaAllah kak. Amin 😘😘

      Delete
  7. Replies
    1. Seronok sebab dapat balik kampung 😘

      Delete
  8. boleh jadi tempat utk photoshoot kawen kan kak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org ketiga kata yang sama.
      Hehe. Buat photoshoot masa sunset lagi cun. Sebab tu ramai org sanggup beratur nak naik buaian waktu tu. 😅

      Delete
    2. kalau dah beratur tu, sempat lagi make up tu luntur 😂

      Delete
    3. boleh touch up lagi sementara nk sampai turn tu. haha 😂😂

      Delete
  9. Replies
    1. Pantai di sini tak pernah mengecewakan. Tapi pantai di Sabah tak boleh lawan lah 😍😍

      Delete
  10. Replies
    1. Hehe. Pesanan khidmat masyarakat tu Fae 😘😘

      Delete
  11. Replies
    1. Kalau tak ramai org dan cuaca elok lagi cantik Busyra. Bercuti lah ke sini nanti 😘😘

      Delete
  12. cantik betul view kat situ , geramnyaaaa , rasa nak pergi sana je . hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom lah kr Terengganu. Banyak tempat menarik utk di kunjungi. Makanan menarik pun banyak tau Zaf 😘

      Delete
  13. kalau gi sana mesti beli layang2 n terbangkan di situ dgn anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu abam kie. Ramai yang main layang2 di situ. Sambil amik angin petang. 😊

      Delete
  14. Rindu nak naik buaian...dulu depan rumah ada pokok pelam besar..babah buatkan buatan kat situ..tapi PC nak naik buaian tu mesti nak pakai skirt atau baju gaun ala-ala princess..tapi tetap pakai seluar panjang..maklumlah nak bagi kain tu kembang bila dibuai..tapi tak nak nmpak kaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Nak berangan ala princess gitu. Tp kak ana takde gaun kembang. Guna kain baju kurung je. Hehe 😘😘

      Kenangan semua tu 😍😍

      Delete
  15. arghhhh.. teringin nya nk pi...!!!! bila la ada kesempatan ni.

    cantik ja tgok kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi lah. Buat road tour pantai timur. Seronoknya 😊😊

      Delete
  16. Bercuti di Batu Buruk pun dah seakan-akan di Balikan..tak payah pergi oversea..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah kalau nak berangan kejap sis. hehe ❤❤

      Delete
  17. Yang buruk cuma perangai manusia yang tinggalkan sampah sarap dekat sana <-- yang ni deep. Susah betul nak educate manusia jaga persekitaran.

    Tapi memang cantik lah buaian kat situ, mesti rebutan nak photoshoot pengantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia mmg macam tu lah Mai. Patut gantung tong sampah dekat pinggang dia baru senang dia nak buang sampah kot. hehe

      confirm ramai Mai photoshoot dekat sini. Tapi kalau pergi belah petang memang beratur lah nak tunggu turn. hehe :D

      Delete
  18. Adehh buek malu orang negeri jelah yang membuang tu hahhaha. Sis, Ira yang dekat ni pun tak pernah sampai kesana lagi tau. Hahahhaha acano nih😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan org Ganu je, org luar yang g sana pun sama 2x5. takde kesedaran sivik. lagi2 bila buat festival pantai ni.huhu.

      biasalah tu Ira. org dekat tak hairan pun dengan apa yang ada dekat tempat dia. org luar yang selalu excited haa ;P

      Delete
  19. Rmai tgk orh share gmbr kT buaian ni. Memang cantik kan. Bestnya ana cuti2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viral pasal buaian ni baru2 ni Reen. Sebab tu ramai yang singgah Pantai Batu Buruk ni.

      ni balik sbb ada kenduri kahwin dan nak ziarah nenek sekali. setahun tak balik jenguk dia 😊😊

      Delete
  20. Lame sgt tk menyinggah, dh ade tarikan baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru2 ni viral pasal buaian ni di FB. tu yg ana nak menyelit sama ke sini 😊😊

      Delete
  21. Sha tak sempat nak berbuai.. Anak-anak Sha je yang berbuai.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang ke Sha? Kalau dtg pagi rasanya tak ramai org. Dapatlah berbuai lama2. Buaian sebelah pun kosong je. Hehe 😘

      Delete
  22. bru nak komen, napa letak nama pantai batu buruk sedangkan ju tgk xburuk pun =D mgkin saja sbgai trademark utk tarik pgunjung ke sna kan =) ju suka tgk gmbr sis tau kat buaian tu !!!!cantik !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kisah di sebalik nama Batu Buruk tu Ju. Ada dekat Google rasanya. 😘

      Terima kasih Ju 😍😍

      Delete
  23. Replies
    1. Boleh lah berangan sekejap konon2 di Lombok. Hehe 😘

      Delete
  24. hari tu pergi sini tapi tak dan bergambar dekat buaian. rmai sngt org, xde mood nak bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi petang memang ramai dear. memang tak dapat nak bergamabr dekat buaian tu. next time cuba pergi pagi. InsyaAllah lengang je buaian tu. :)

      Delete
  25. Baru bulan lepas saya ke Pantai Batu Burok tapi waktu malam la.. hihi sebab nak makan satey ikan.. Bab buang sampah tue memang memalukan negeri jea, huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satey ikan apa org Ganu panggil Shikin? Rindu dekat Terengganu. Nasi dagang especially 😘😘

      Delete
  26. buaian tuuhhhhh teringin laa nak naikk selfie kat situ.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi petang memang kena beratur tau Uyul. Better pergi pepagi. Takde sapa nak naik.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤