NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu - Restoran Daripada Buluh - Ana Suhana

Jul 24, 2018

NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu - Restoran Daripada Buluh


NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu - Restoran Daripada Buluh | Assalamualaikum. Tak tahu nak makan dekat mana kalau ke Kuala Terengganu, apa kata korang cuba makan di NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu - Restoran Daripada Buluh yang sangat unik.
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu - Restoran Daripada Buluh

Pada yang tak pernah sampai lagi di sini, kawasan Tok Jembal ni sebenarnya terletak berdekatan dengan airport Terengganu - 5 minit perjalanan. Dekat juga lah dengan tempat Ana makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot pada hari ke-2 tu. Tapi kalau dari bandar KT perjalanan sekitar 20 minit je. Tak lah jauh mana pun. Alang-alang dah sampai sini tak kan tak cuba pula kan.

Actually ni baru pertama kali Ana tahu tentang NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu ni. Tu pun sebab blogger Husniey ajak makan malam bersama malam terakhir Ana di KT tu.
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
Sebut tentang Husniey ada cerita kelakar yang terjadi malam tu. Nak jadi cerita Husniey akan jumpa Ana dekat depan hotel dan Ana akan follow dari belakang je lah nanti. Masa tengah tunggu kat tempat parkir tu Husniey call kata dah sampai. Kebetulan ada kereta lalu tepi kereta Ana. Ana dengan yakin suruh En Suami follow kereta tu. Ana ingat-ingat lupa sebenarnya kereta Husniey warna apa tapi tau lah kereta Axia. Dengan confident kitorang pun follow kereta Axia tu. Punya lah laju kereta tu sampai Ana kata kat En Suami boleh tertinggal kita kalau kereta Husniey laju camtu. Nak lagi pelik kereta tu masuk ke arah Batu Buruk sedangkan arah sebenarnya adalah bertentangan. Takpe lah ikut je lah kan. Sekali Husniey call tanya Ana kat mana. Ana kata lah kat Batu Buruk. Rupanya kitorang dah salah ikut kereta. Hahaha. Terkekek sepanjang perjalanan tu haa.

Lepas 20 minit dari Batu Buruk, kitorang pun sampai dekat NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu. Masa sampai tu nampak penuh dah kereta yang parkir dekat sana. Husniey kata kalau lambat lagi, memang penuh dalam tu.
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
Yang buat Ana rasa tertarik sangat dengan restoran ni ialah bermula dari depan pintu masuk sampai lah ke dalam semua diperbuat daripada buluh. Cantik sangat. Tempat duduk pun banyak dan pelbagai. Kalau nak dapat dekat tempat duduk yang best tu kena reserve dulu lah. Macam kitorang tak reserve so duduk je dekat mana-mana meja yang kosong.
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
Menu di NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu ni terdiri daripada masakan ala Thai, masakan barat serta masakan menu tempatan.
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
Ada juga kaunter seafood di mana pelanggan boleh pilih sendiri jenis ikan, sotong dan udang yang ada pada hari tu.
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
Macam kami pilih untuk makan masakan panas. Setiap seorang order menu yang berbeza. Masing-masing selera tak sama. Hehe. Syafi macam biasa order satu menu dengan Ana. Tetap berkongsi selamanya. Haha. Moh ler tengok menu malam tu.

1. Chicken Chop with Blackpepper Sauce
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
2. Kerabu Maggi
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
3. Nasi Goreng Pok Tek
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
4. Padprik Campur
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
5. Tomyam
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
6. Nasi Goreng Seafood
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
7. Keropok Lekor
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
Yang pasti Ana tetap suka coconut shake dekat Terengganu ni. Kenapa lah sedap sangat. Terbayang kelemakan dan kemanisan coconut shake tu. Mana nak dapat dekat KL ni oi.
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu
So far Ana puas hati lah makan dekat NR Cafe Tok Jembal Kuala Terengganu ni. Semua ada rasa dan sedap di tekak Ana sekeluarga. Servis pula agak cepat even pelanggan ramai malam tu. In fact masa kitorang tengah makan dan dah nak balik orang tak putus-putus datang lagi. Kalau baca review di fb ada yang kata servis slow dan makanan tak berapa sedap, Ana tak pasti lah kenapa dorang kata camtu. Maybe sebab masa bulan puasa. Bagi Ana semuanya ok dekat sini.

Tentang harga, bagi Ana semuanya reasonable. Standard harga restoran masakan Thailand yang lain. Memang sangat sesuai kalau nak bawa family and friends dinner dekat sini. Suasana pun selesa dan luas. Next time kalau bawa family Ana ke KT sure Ana akan bawa dorang ke sini.

Dan terima kasih banyak-banyak buat Husniey dan Izzat kerana belanja kami sekeluarga. Ana doakan semoga murah rezeki korang berdua. Nanti datang KL bagitau ok. Kita terjah makan makanan Korea pula. :)

NR Cafe Tok Jembal
Tok Jembal,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu

Fb :






16 comments:

  1. cafe nya berkonsepkn buloh ..nice..amboi coconut shake tu mmg fav akak juga

    ReplyDelete
  2. wahhh.. cantik restoren ni..semua buluh ye ana..

    ReplyDelete
  3. Wahhh....cantiknya konsep restoran ni.. Nampak sangat dah lama LeYa tak ke Terengganu... Tak tahu bila kewujudan restoran ni.. Hehe... Nanti bila ke sana boleh lah juga mintak Kak Husniey tunjuk jalan

    ReplyDelete
  4. salam..
    cantik tmpat...
    makan pun nmpk sedap...

    ReplyDelete
  5. Dulu belajar dekat k.terengganu 3 tahun. Famous kedai ni.

    ReplyDelete
  6. Kak Ana nampak sangat tu eksaited nak jumpa kak Husniey nasib ikut sampai Batu Buruk je kalau ke lain entah apa nak kata hahaha. Seronok boleh gather gather camni hee. Nak ajak jumpa haritu ira takut menghampakan sebab takde transport nak keluar. Harap ada rezeki suatu masa boleh jumpa akak dan capi jugakk :D

    ReplyDelete
  7. boleh pergilah makan kat sini..nasi goreng paling penting tau..rabia suka mkn nasi goreng dengan tomyam.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tempat nie, seronok ada kawan blogger ajak makan sama kan. Kak Sue pun nasib Ana rekemen tempat makan, terkapai-kapai juga cari tempat makan n hotel hari tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Aduhaii, kelakar betul Ana ceritakan jugak part tersalah follow kereta orang lain tu 😂😂
    Tersengih sengih macam kerang busuk dah ni bila teringat balik.. Hehe

    My favourite restaurant jugak ni, mungkin bad review yang ada di facebook tu diaorang pergi masa cuti kot.. Ramai sokmo orang situ tapi setakat husniey pergi okay je cuma kena pandai pilih waktu 😍

    Nanti husniey turun KL pulak ❤️

    ReplyDelete
  10. Cantik nyaaa... makanan pun nampak sedap2

    ReplyDelete
  11. Menarik ni. Nak cubaaaaaaaaaa.

    ReplyDelete
  12. Uniknyaa kedai macam ni. Semua makanan nampak sedap pulak tu :)

    ReplyDelete
  13. hahahaha adoiii confident ikut kereta salah, nasib kak husniey call. Sedapnya makan dekat sini!

    ReplyDelete
  14. Cafe unik, makanan pun meriah.. puas hati klu makan kat sini ni.

    ReplyDelete
  15. busyra tertarik dgn 1 menu ja. kerabu maggi. haha. sedapnyaaa!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤