Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu - Ana Suhana

Jun 28, 2018

Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu


Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu | Assalamualaikum. Baru-baru ni Ana berkesempatan balik Kuala Terengganu setelah setahun lebih tak balik sana. Rindu pula nak makan nasi dagang dengan kepok rebus segar. Tak lupa juga nak Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu

Dulu kalau En Suami sebut ICT, Ana ingat ICity Shah Alam. Rupanya short form Ikan Celup Tepung. ICT tu bukan terhad pada ikan saja tapi termasuk juga udang dan sotong serta keropok lekor. ICT ni sangat popular di Kuala Terengganu tau. Orang luar kalau ke sini sure wajib pekena ICT ni. 

Memula Ana plan nak ke Pantai Penarik yang tengah viral sekarang ni sebab harga ICT dia yang murah tapi bila pikir jarak dan kebetulan Syafi pula tak sihat so Ana stick untuk ke Mengabang Telipot atau lebih tepat di area Pantai Teluk Ketapang. Dari bandar Kuala Terengganu hanya 20 minit perjalanan.

Dekat Mengabang Telipot ni yang paling popular ialah ICT di Kedai Pok Nong. Memang orang akan beratur panjang untuk makan dekat sini. Tapi masa Ana ke sini Kedai Pok Nong tutup 3 hari. So Ana lajak 50 meter ke hadapan untuk makan ICT di Kedai Adik-beradik (Sri Kolam). Menarik tentang Kedai Adik-beradik ni ialah kedai nya terletak di tepi pantai. So memang syok sambil makan sambil layan pemandangan pantai. Kedai pun luas dan selesa.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot,
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
📷 : Cari Destinasi

Macam dekat kedai yang jual ICT yang lain, menu yang ada dekat sini ialah ikan, udang, sotong, cendawan dan keropok lekor. Bebola goreng pun ada juga. Nak makanan agak berat ada mee goreng dan nasi goreng yang telah siap digoreng.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Ana amik ikan kembong, sotong, keropok lekor, cendawan dan bebola je. Untuk keropok lekor dan cendawan goreng, harga dicaj ikut per pinggan. Sepinggan jatuh RM2. So korang pandai-pandailah jadikan apa yang korang amik tu bernilai RM2. Bebola pula selidi RM2 juga. Manakala untuk ikan kembong seekor berharga RM7 dan sotong seekor RM6. Jangan lupa cicah dengan cuka kepok (sos kepok lekor)  yang disediakan di setiap meja.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Secara peribadi bagi Ana, ICT dekat sini sama je dengan kedai ICT yang pernah Ana cuba. Jadi kalau tak dapat makan di Kedai Pok Nong, jangan sedih sebab dekat sini pun tidak kurang sedapnya. Yang beza cuma cuka kepok tu je.

Tengah panas tu Ana pekena ABC, memang layan. Semangkuk berharga RM3. Walau pun cuaca panas tapi sebab duduk tepi pantai, tak terasa bahang panas tu. Angin sentiasa ada untuk singkir rasa bahang tu.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Lepas kenyang Ana lepak kejap dekat tepi kedai Adik-beradik tu sebab ada tempat untuk bersantai disediakan seperti buaian dan tempat duduk. Syok nya la hai lepas makan dapat menikmati pemandangan pantai. Rasa tenang je. Kan best kalau kat KL ada kawasan macam ni. Syafi pun nampak lebih sihat dapat duduk tepi pantai. Betullah kan yang pantai antara salah satu nikmat percuma yang Allah beri untuk dinikmati hambaNya. So jangan lupa untuk sentiasa bersyukur. Alhamdulillah.

Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Pada yang akan ke Kuala Terengganu, jangan lupa untuk mencuba ICT di sini ye. Boleh makan di kedai Adik-beradik ni atau ke kedai Pok Nong. Masing-masing ada keistimewaannya yang tersendiri. Selamat mencuba korang.








13 comments:

  1. p ganu tk sah kalo tk mkn ikan celup tepung...mcm2 ada...panas ceng kt pantai tu tp sronok ler die naik buai tu

    ReplyDelete
  2. Sempat juga rasa tapi bukan ikan la. Sotong celup tepung dekat area pantai tapi tak ingat pantai mana. Sedap jugak. Maybe next time boleh rasa ICT kt kedai adik beradik ni atau kedai poknong pula.

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaaaa...bila la dapat experienced macam ni...pernah plan nak bawak family pi ganu...kebetulan anak buah nikah bulan 4 ari tu..sekali mak sakit plak..memang x dapat la nak bercuti kemana- mana..

    ReplyDelete
  4. dah lama x gi tganu dan makan ict ni ana..last pegi thn 2013 kalau x silap..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah sampai Terengganu tapi teringin makan ICT sebab LZ suka seafood.. Banyak pula pilihan kedai ICT di Terengganu. Paling best murah juga harganya..

    Thanks for sharing Ana..

    ReplyDelete
  6. Salam Khamis, Ibu singgah bertamu ke blog sis Ana. Sedapnya makan ikan celup tepung makan tepi pantai

    ReplyDelete
  7. bagus lah ada jugak kedai lain yang offer menu yang sama, tak perlu bersesak dekat satu tempat je. Cantiknya pemandangan dekat sana tu kak Ana! :D

    ReplyDelete
  8. Last g Terengganu masa bertunang. Dgn muka tak malu, follow family day tpt asben kerja hahaha.

    ReplyDelete
  9. sedapnya makan di tepi pantai pula tu

    ReplyDelete
  10. Nanti datang terengganu beritahu rabia tau..nnti boleh jumpa kak ana.

    ReplyDelete
  11. Wah..sedappnye..dpt lak makan tepi pantai..mmg terbaik la

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. seronok dpt makan smbil menikmati suasana pantai mcm ni. Klu ke terengganu di kawasan berdekatan, boleh juga ke sini menjamu selera nanti. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  13. dapnya ikan celup tepung. lama tak makan.. tempatnya pun menarik dan cntik!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤