Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit


THYMOS Anti HFMD / Flu Spray - Pelindung Dari Penyakit Berjangkit | Assalamualaikum dan hi korang. Ana yakin korang mesti semua tahu tentang penyakit HFMD yang aktif menyerang kanak-kanak beberapa tahun kebelakangan ni kan. Rata-rata ibu bapa termasuk Ana sendiri rasa sangat bimbang bila fenomena HFMD ni masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini.
Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit
Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit

THYMOS Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit

Seperti yang kita tahu penyakit HFMD ni disebabkan oleh virus enterovirus dan boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur dan najis kanak-kanak yang dijangkiti. Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan dan alat mainan yang tercemar dengan virus HFMD ni. Apa yang Ana risau ialah walaupun jangkitan HFMD ni hanya menyebabkan jangkitan ringan dan boleh sembuh dengan sendirinya namun dalam beberapa kes, penyakit HFMD ni boleh menyebabkan komplikasi seperti keradangan otak dan jantung. Memang risau bila mendengarnya.

Bukan hanya virus HFMD je yang buat para ibu bapa risau, tapi virus selesema juga tak kurang hebatnya. Selalunya kanak-kanak di pusat asuhan dan tadika lebih terdedah kepada virus selesema ini. Lagi-lagi awal tahun ni masa sesi persekolahan bermula, dengan keadaan cuaca yang tak menentu menyebabkan ramai anak-anak akan jatuh sakit. Bila dah bercampur dengan murid-murid yang lain, dan ada di antara mereka yang tidak sihat jadi anak kita pun berjangkit sekali. Ada sesetengah kes pengalaman dari kawan-kawan Ana, mereka kata sampai nursery dan tadika ditutup kerana hampir kesemua murid dan guru jatuh sakit. Ana yang dengar ni pun rasa risau sangat dah.

Syafi bila dah jatuh demam dan selesema memang Ana dah boleh bayang siksanya macam mana. Memang tak kan lena tidur malam dibuatnya. Ye lah bila dah selesema hidung pasti tersumbat dan sukar nak bernafas. Masa tu mula lah dia buat perangai dan merengek je. Kita yang dewasa ni pun kalau kena selesema teruk rasanya kan. Apa lagi anak-anak. Makan pun tak berselera. Boleh jadi susut badan Syafi dibuatnya. Memang risau sangat.

THYMOS Anti HFMD / Flu Spray

Orang kata prevention is better than cure. Belajar dari pengalaman Ana nampak selain dari beri makanan yang berkhasiat dan vitamin tambahan kepada anak-anak, ibu bapa juga perlu sesuatu untuk melindungi anak-anak dari serangan luar virus-virus yang ada di sekeliling mereka. Jadi Ana cuba satu produk sanitizer iaitu THYMOS Anti HFMD / Flu Spray.

Untuk pengetahuan korang, THYMOS direka khas untuk bertindak sebagai "perisai" yang kuat buat anak-anak dengan melepaskan ion bercaj negatif untuk melindungi mereka dari berhubung terus dengan bahan-bahan alergen dan patogen berbahaya. Dengan zarah mineral aktif serendah 100,000x lebih kecil dari rambut manusia, THYMOS mampu menembusi mana-mana permukaan dan menghasilkan elektron bacteriostatic yang mampu menghancurkan patogen dan pertumbuhan bakteria dengan berkesan.

Keistimewaan THYMOS Anti HFMD / Flu Spray

Antara kebaikan atau kelebihan menggunakan THYMOS Anti HFMD / Flu Spray ni ialah:

1. Menjadikan Persekitaran Bebas Alkohol

Sanitizer THYMOS merupakan sanitizer bebas alkohol yang menggunakan mineral organik untuk menghalang serangan bakteria dan juga virus terhadap kanak-kanak. Pengunaan produk bebas alkohol ini juga dapat mengekalkan udara yang bebas toksin.

Makmal di seluruh dunia juga telah memperakui keupayaan THYMOS untuk membunuh 99.99% bakteria dan virus seperti MERS-CoV, CoronaViruses, Influenza H1N1, Enterovirus, Staphylococcus Aureus, E-Coli, Aspergillus, Candidas, Pseudomonas & patogen lain. 

2. Bebas Dari BPA dan Kanser

Tahu tak yang setiap hari kita terdedah dengan sejenis bahan kimia iaitu BPA yang ada di dalam kebanyakan barangan rumah seperti botol air plastik, makanan dalan tin dan juga di dalam barangan bayi. Kesan bahan kimia ini boleh menggangu sistem hormon dan boleh meningkatkan risiko kanser. 

Semburan THYMOS ke atas barangan kanak-kanak mampu menyingkirkan risiko tersebut dengan baik apabila THYMOS bertindak menghasilkan perisai elektron yang kuat untuk melindungi sentuhan secara langsung terhadap BPA termasuk toksik bahan kimia lain seperti VOC.

3. Menikmati Udara Dalam Rumah Yang Segar dan Bersih

Apabila THYMOS disembur pada kawasan tertentu, teknologi Self-Sanitising akan melepaskan ion bercaj negatif yang akan bertindak dengan memerangkap dan mensterilkan  zarah-zarah udara yang tercemar dengan patogen dan VOC. Ini dapat menjadikan udara dalaman lebih bersih dan bebas penyakit.

Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman dan patogen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.

4. Satu Semburan Tahan 10 Hari

Produk sanitizer yang lain hanya mampu untuk melemahkan bakteria buat sementara sedangkan Activated Mineral yang ada di dalam THYMOS telah terbukti mampu membunuh 99.99% bakteria dengan berkesan. Hanya dengan satu semburan mampu membunuh bakteria dan virus yang ada disekeliling kita dan mampu bertahan sehingga 10 hari.

5. Saiz Mudah Bawa

Dengan saiznya kecil dan ringan menjadikan THYMOS mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Ini membolehkan ibu bapa melindungi anak-anak mereka setiap masa di.  mana-mana sahaja.

Cara Penggunaan

THYMOS anti HFMD / Flu Spray boleh digunakan dengan:

1. Sembur secara langsung ke baju anak-anak seperti memakai minyak wangi untuk meningkatkan antibodi.
Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit
Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit
2. Sembur 3-4 pam ke atas barangan bayi dan gosok secara menyeluruh untuk perlindungan sehingga 10 hari. 
Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit
Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit

3. THYMOS Anti HFMD / Flu Spray juga boleh disembur ke udara untuk membunuh pathogen yang dibawa udara dan menghasilkan udara yang lebih segar.

Pengalaman Peribadi
Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit
Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit

Sejak menggunakan THYMOS Anti HFMD / Flu Spray ni,  Ana rasa sangat sangat selamat dalam melindungi Syafi dari serangan bakteria dan virus yang ada di luar sana. Hanya dengan kegunaan yang minima dapat melindungi Syafi secara menyeluruh. Ana pun dah tak perlu risau tentang keselamatan Syafi bila berada di luar terutama di taman permainan dan taman tema kanak-kanak. Bila bersentuh secara langsung dengan kanak-kanak yang selesema pun Ana dah tak terlalu risau sebab Ana yakin THYMOS mampu menjadi pertahanan yang kebal buat Syafi.

Eksklusif di Guardians Malaysia

Bagi korang yang berminat untuk mencuba THYMOS Anti FHMD / Flu Spray ni, korang boleh dapatkannya hanya di Guardian Malaysia seluruh negara. Bila sebut Guardian ni kita tau yang produk-produk yang dipasarkan di Guardian dijamin keselamatannya. Walaupun produk THYMOS tidak membahayakan kulit hatta kepada anak kecil, namun perlu diingatkan bagi mereka yang mempunyai masalah seperti masalah kulit perlulah rujuk pada yang lebih pakar terlebih dahulu. Harga THYMOS Anti FHMD / Flu Spray ni ialah RM75 namun kini korang boleh dapatkan pada harga promosi iaitu RM69.90 eksklusif hanya di Guardian Malaysia.

Untuk info lebih lanjut tentang THYMOS Anti FHMD / Flu Spray ni korang boleh layari laman sesawang dan social media seperti di bawah ini:

Laman Sesawang :

Instagram :
Thymos Anti HFMD / Flu Spray | Pelindung Dari Penyakit Berjangkit Reviewed by Ana Suhana on February 03, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. Memg elok spray nih kan Ana. .Dah perlu risaukan anak anak dh sbb diorang dilindungi

    ReplyDelete
  2. Wah bagusnya produk Thymos ni. Mudah pula tu...

    ReplyDelete
  3. Hana elok beli kalau nak hidup lama ahhahah! *sorry mulut Hana dah lama tak bayar insurance ^^ heee :D Thanks for sharing kak Ana ^^

    ReplyDelete
  4. Macam best lah produk nie Ana, Kak Sue kena ada benda macam nie kan.. hahaha! Comelnya model kecik tu.. 😘

    ReplyDelete
  5. mesti rasa confident bila bawa produk ni ke mana2 kan..

    ReplyDelete
  6. Ini salah satu usaha untuk melindungi dan mencegahkan kak Ana..dalam situasi sekarang segalanya mungkin...

    ReplyDelete
  7. bestnya tak payah nak risau dah bila keluar lepasni.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya produk ne. Boleh standby 1 Kat rumah

    ReplyDelete
  9. owh kat guardian ada jual ye...boleh la usha2 kat guardian nnt..

    ReplyDelete
  10. Bagus Ana, ambil langkah awal untuk perlindungan anak... Sekarang ni macam-macam penyakit.. risau kan... moga anak2 kita dilindungi selalu InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. Mencegah lebih baik dari mengubati.. mmg produk yg patut ada utk perlindungan kesihatan sekeluarga. Nak bawa travel pun mudah.

    ReplyDelete
  12. Saya baru je tahu. tapi mmg risau kan. sentuh barang mainan je pun boleh jangkit. huhue.

    ReplyDelete
  13. alahai kecik comelnya spray tu...

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang bagus.. Produk yang ohsem.. senang nak bawa.. boleh selit-selit je..

    ReplyDelete
  15. menarik lah k.ana produk ni, size mudah bawak.

    ReplyDelete
  16. menarik lah kak ana produk ni.. mcm nak try. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.