Resipi Kerabu Daun Selom - Ana Suhana

Feb 10, 2018

Resipi Kerabu Daun Selom


Resipi Kerabu Daun Selom | Assalamualaikum. Korang yang peminat ulam-ulaman mesti tau daun selom kan. Daun selom lebih dikenali sebagai Chinese Celery di negara barat kerana ianya terkenal digunakan oleh orang Cina untuk berubat. Daun selom kaya dengan vitamin A, B, C, D,  zat besi dan potasium. Antara kebaikan daun selom ialah ia mampu mengubati demam kuning, demam panas, melawaskan kencing, merawat sembelit dan meningkatkan selera makan. Sebab tu bila daun selom du buat kerabu jadi bertambah-tambah nasi dibuatnya. Nak buat macam mana dah sedia sedap. Ada pula ikan goreng rangup. Lagi lah menjadi-jadi dibuatnya.
Resipi Kerabu Daun Selom
Resipi Kerabu Daun Selom
Resipi Kerabu Daun Selom

BAHAN-BAHAN

1. Daun selom - 2 ikat *
2. Kelapa - 1/2 bij
3. Bawang merah - 1-2 biji **
4. Bawang putih - 2 ulas**
5. Udang kering - 2 sudu**
6. Cekur sedikit **
7. Kunyit hidup sedikit**
8. bawang besar - 1-2 biji untuk hiasan

* Di Hiris Nipis
** Di Kisar



CARA-CARA


1. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis semua bahan yang di kisar. Masukkan garam, perasa tambahan dan gula sedikit. Tumis sampai garing.

2. Kemudian masukkan kelapa dan goreng sehingga naik bau. Jangan sampai hangus.

3. Tutup api dan masukkan daun selom dan bawang besar.

4. Siap di hidang.


TAMBAHAN :

1. kalau nak masukkan kerang pun boleh. Beli kerang dalam 1/2 kilo dan rebus kosong. Kemudian amik isinya dan campur bersama daun selom dan bawang tadi. 


22 comments:

  1. Tak pernah rasa lagi kerabu ni ^^ heee :D actually dengar pun tak pernah hahah! Thanks bagi resipi!!! ^^

    ReplyDelete
  2. ini sayur favourite mama tau. tapi tak penah buat sendiri. bolehlah ikut resepi ana nanti. tq ana

    ReplyDelete
  3. makan bersama nasi putih panas2 beserta ikan goreng sedap...

    ReplyDelete
  4. Wah sedap nie Ana, salah satu feveret ulam pilihan Kak Sue..

    ReplyDelete
  5. Sedap...PC suka daun selom ni kak Ana..

    ReplyDelete
  6. tak tahu pula negara china buat ubat tapi kalau demam memang mak suruh makan nasi panas dengan daun selom. Wangi pulak tu daun selom ni

    ReplyDelete
  7. Alaa..x tau plak senang je nak buat..thank ana resepinya ye..

    ReplyDelete
  8. menarik gambar kerabu tue ha ..combination dua warna

    ReplyDelete
  9. Woaw menariknya resepi ni kak Ana. mesti mau buat ni. hee

    ReplyDelete
  10. teringin la pulak.. geram bila tengok ada ulam2 ni..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya... Kerabu selum, Yang Ana buat ni nampak menarik sekali, lama Bonde tak makan tau...

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap ni ana.. Tak pernah lagik try.. Hurmm.,.,

    ReplyDelete
  13. busyra tak penah try.. teringinnyaaa. nampak sedap tu kak ana.. <3

    ReplyDelete
  14. Wah.. Sedap ini.. Feveret sha.. mudah je nak buat ye..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya Ana.nanti boleh try lah resipi Ana share ni

    ReplyDelete
  16. Oh daun selom yang selalu orang letak kat kepala time demam kan.. Heee

    Macam sedap je kerabu Ana ni 🌸

    ReplyDelete
  17. Sedapnyaa! Nanti nak try buat jugaklah :)

    ReplyDelete
  18. menarik.. tho tak minat sangat tapi kadang2 tu makan gak sikit =D

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤