Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall - Ana Suhana

Feb 2, 2018

Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall


Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall | Assalamualaikum. Siapa peminat air CoolBlog angkat tangan? Kalau ada sep sikit. Ana ingat lagi masa CoolBlog viral sekitar tahun 2009-2010 dulu, hampir setiap minggu Ana akan borong air CoolBlog hasil order budak-budak opis. Sampai tak cukup tangan beb. Masa tu paling femes air chocolate blended dia. Buble wajib letak. Lepas tu sambil buat keje sambil sedup air CoolBlog ni. Memang layan habis. Sekarang lagi lah, banyak menu baru yang ada. Sampai tak mampu nak rasa semuanya.
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall

Dan baru-baru ini, Ana berpeluang untuk menghadiri acara Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall dengan kehadiran rakan-rakan blogger. Memang meriah habis. Pelbagai aktiviti di sediakan untuk para tetamu yang hadir. Sesuai dengan ulang tahun yang ke-10 tersebut, kiosk CoolBlog di Melawati Mall tampil dengan wajah yang lebih fresh and moden.
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Dengan keluasan 973 kaki persegi, kiosk CoolBlog Melawati Mall ini direka dengan kelengkapan dan bingkai kayu di bahagian kaunter dan di cat dengan warna rasmi CoolBlog iaitu merah jambu. Tapi kelainan di kiosk Melawati Mall ni ialah warna merah jambu tadi di ganding dengan warna hitam untuk menampilkan ciri-ciri klasik sesuai dengan wajah moden kiosk tersebut. Memang cantik sangat kiosk CoolBlog ni. Menarik mata memandang.
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Bersempena dengan Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall ni, CoolBlog menawarkan Limited Edition Beverage iaitu Cool Blue khas untuk pelanggan di kiosk Melawati Mall sahaja. Air ini available sehingga 28 Februari 2018 je tau.  Dan pada hari tu, CEO CoolBlog Apps Sdn Bhd telah turun padang membuat sendiri air Cool Blue tersebut.
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Memandangkan kiosk ni betul-betul terletak bersebelahan dengan panggung wayang, sementara nak tunggu waktu tayangan tiba apa kata korang singgah Cool Blog dan rasa sendiri kesegaran air Cool Blue sementara masih ada masa ni. Sedap sangat tau. Dekat bahagian atas air tu siap ada aiskrim lagi. Ana dah rasa hari tu. Tak cukup satu, tambah lagi satu. Hehe.
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Macam Ana bagitau dekat atas pelbagai aktiviti di sediakan. Antaranya ialah ucapan dari CEO CoolBlog Apps Sdn Bhd, Mr Keith Low dan pop quiz 'Get To Know CoolBlog' berdasarkan ucapan Mr Keith sebelum tu. Berebut semua nak jawab soalan.
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Acara kemuncak pada hari tersebut ialah aktiviti  'Create Your Own Cool Drink'. Masa ni Ana dapat pengalaman buat air Cool Drink sendiri tau. Merasai sendiri macam mana pekerja CoolBlog tu bekerja. Eh bukan senang nak dapat masuk ke dalam workstation CoolBlog tu tau. Masa duduk dalam tu baru Ana tau yang pekerja CoolBlog bukan setakat buat air je macam yang kita selalu tengok tu. Ada steps yang perlu dipatuhi especially bab kebersihan. Tu yang Ana tabik dekat mereka. Kerja kena cepat dan pada masa yang sama kena kemas dan bersih masa bekerja tu. Menu air tu dah tentu-tentu kena hafal dan mahir kan. Siapa kata senang? 
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Cakap pasal menu, korang tahu tak yang CoolBlog mempunyai lebih dari 25 perasa minuman berasaskan local and global flavours di dalam 5 siri yang berbeza iaitu Malaysian Series, Chocolate Series, Oreo Series, Coffee & Tea Series dan Frutti Series. Dan yang penting kesemua menu tersebut telah mendapat kelulusan Halal JAKIM pada tahun 2010. Bermula dari tahun 2008 sehingga kini terdapat lebih 300 kiosk wujud di Semenanjung Malaysia dan pihak CoolBlog sedang merancang untuk melebarkan lagi pasaran di Sabah dan Sarawak serta ke peringkat antarabangsa dengan sasaran 500 outlet. Antara pencapaian CoolBlog ialah :

  • Awarded 2012 100th Outstanding SME by Golden Bull
  • Awarded SME Rising Star 2012 by SME Corp
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall
Pembukaan Kiosk Terbesar CoolBlog di Melawati Mall

Untuk maklumat dan info lebih lanjut tentang CoolBlog, korang boleh ke link di bawah :

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :

17 comments:

  1. Cool Blog memang dah berwajah baru atau yang melawati mall ni saja yang berbeza? kalau pergi Times square mmg x pernah miss ni

    ReplyDelete
  2. bestnya ana berpeluang buat air cool blog sendiri.. tp cool blog ni mmg fav dari dulu.. suka yg coklat tu..

    ReplyDelete
  3. akk suka cool blog sealu beli yang teh brown sugar je

    ReplyDelete
  4. Kak Ana..kalau tak silap PC kiosk coolblog ni ada di sesetengah RNR besar yang menjadi tumpuan ramai orang..PC ada terpandang cuma tak petnah lagi mencuba..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Coolblog! Anyway best lah kak ana boleh merasai pengalaman buat air coolblog sendiri. Coolblog my feveretttt...especially Cappucino...

    ReplyDelete
  6. wah cool blog.. sedapnya huhuu

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kalau dapat time tengah2 hari buta heheh! ^^

    ReplyDelete
  8. Anak-anak Kak Sue suka sangat cool blog nie. Nanti boleh singgah bila Ibu shopping kat Kaison.. ehehe..

    ReplyDelete
  9. Tetiba rindu pula kat cool blog...

    ReplyDelete
  10. Wahhh best nye cool blog, Kat Cyberjaya macam tak ada... teringin pulak

    ReplyDelete
  11. Coolblog favourite aina tu. Bestlah k.ana berpeluang buat air coolblog sendiri

    ReplyDelete
  12. Wah bestnya Ana..Dapat timba ilmu pasal Coolblog

    ReplyDelete
  13. bestnya kak ana dapat pengalaman buat coolblog sendiri!

    ReplyDelete
  14. Lama tak beli coolblog nie.. Sha suka cool blue.. memang best..

    ReplyDelete
  15. Wahhh dekat dah ni dengan Nani, nanti boleh lah try :)

    ReplyDelete
  16. Melawati mall pun SA x pernah sampai lagi..haih..kena pergi gak ni..

    ReplyDelete
  17. bestnya kak ana dpt buat coolblog sndiriiii.. busyra peminat coolblog.. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤