Nikmat Bila Dapat Makan Durian - Ana Suhana

Jan 10, 2018

Nikmat Bila Dapat Makan Durian


Nikmat Bila Dapat Makan Durian | Assalamualaikum. Sekarang ni dekat area Selayang dah mula nampak banyak penjual-penjual durian "memunculkan" diri di tepi-tepi jalan utama. Kalau sebelum ni susah nak nampak. Tapi mereka masih jual guna timbang kilo. Nak nampak penjual yang jual ikut biji masih lagi susah. Katanya musim durian tahun ni tak berapa nak menjadi di sekitar negeri Perak. Di negeri Pahang rasanya musim durian baru nak bermula.

Nikmat Bila Dapat Makan Durian

Rata-rata keluarga Ana dan keluarga mertua memang hantu durian. Termasuk lah si kecik Ana, Syafi. Tak tahu macam mana dia boleh terjebak suka makan durian sebabnya dia bukan boleh makan something yang ada bau yang kuat ni. Tapi bab durian ada exceptional pula tu. Hehe.

Dah lama sebenarnya Ana sekeluarga cari durian tapi masa ronda-ronda di area Selayang hujung tahun lepas, kebanyakkan durian yang dijual tak berapa nak elok. Dengan harganya yang mahal memang sangat tak berbaloi untuk di beli kan. Nak jadikan cerita masa balik dari pasar malam Khamis lepas, elok pula ada lori durian datang dekat bawah tu. Ramai juga jiran-jiran yang "serbu" lori tu. Ana pun selit sekaki.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Ada 4 jenis durian yang dijual; D24, udang merah, tembaga dan kampung. Semua timbang kilo kecuali durian kampung dia jual 3 biji RM50. En Suami semestinya akan pilih D24 atau udang merah. Bila dah pilih penjual tu kupas kan kulit bagi kita tengok dan rasa sendiri. Kalau ok baru beli. So nampak lah etika yang baik penjual tu amalkan. En Suami pilih 2 biji udang merah dan 1 biji D24. Harga 3 biji RM90 lepas diskaun semua. Harga sekilo RM20 dan sebiji durian je berat dah hampir 2 kg. Masa ni terus teringat macam mana lah perasaan orang yang tak berkemampuan tapi teringin nak makan durian. =(
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Sampai-sampai je rumah En Suami terus kupas semua durian tu. Sambil dia kupas sambil Syafi minta suap durian dalam mulut dia. Bila suruh pegang sendiri tak nak. Bila dapat makan bukan main happy. Baru dia rasa nikmat bila dapat makan durian. Ana pun makan sekali. Bila dah terlajak makan, padahnya perut mula tak sedap. Maklumlah gastrik masih dalam proses nak baik kan. Rasa bloated perut malam tu. Insaf kejap.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Dan semalam nak jadi cerita masa lepak dekat rumah mak, mak cerita pasal durian. Kesian katanya dekat ayah teringin nak makan durian tapi tak leh nak beli sebab mahal. Masa Ana bawa dorang ke Janda Baik baru-baru ni tak boleh nak beli durian sebab kereta full sangat-sangat. Takde ruang nak letak durian. Terus Ana whatsApp En Suami minta beli kan durian dekat area pasar borong. Balik keje tu dia singgah rumah mak hantar durian. Lagi murah rupanya durian di pasar borong. Sekilo RM15 tapi durian kawen lah. Tapi sedap juga. Bukan main suka ayah dapat durian. Siap cakap 2 3 hari ni teringin sangat nak makan durian. Sedih pulak Ana dengar. Memang rezeki ayah dapat makan durian. Sama-sama berkongsi rezeki.



26 comments:

  1. Alhamdulillah.. Ada juga lagi ye penjual yang jual durian kampung dengan harga 3 biji rm50.. Area kg Sha semua timbang kilo.. Memang tengok jelah Ana..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..ada tempat baru bermula kak Ana...ada tempat dah habis musim duriannya...rezeki untuk yang tak ada pokok durian atau dusun durian untuk menikmati durian...kena pandai pilih dan rajin survey harga kan kak..kadang jenis buah yang sama tapi harga jauh sangat2 berbezanya...kalau dapat yang masaknya cantik...syukur sgt2....Syafi,,suka makan durian ya..😊

    ReplyDelete
  3. kita makan durian bergantung dekat satu pokok tu je kat area rumah nie.Buahnya lebat,siapa pergi tengok dulu dialah yg dpat..hihii..jiran depan jual durian Rm8 sekilo

    ReplyDelete
  4. Sama la kita, semalam pon beli durian gak selepas balik keja, seminggu ni asyik makan durian...Kat sini RM2 sebiji dah, sebab dah banyak sangat

    ReplyDelete
  5. Salam puan Ana, salam perkenalan

    Baru belajar menulis blog, bagus makan durian dengan keluarga

    Apatah lagi belanja anak anak dan isteri

    Sampai dewasa anak anak kita ingat

    ReplyDelete
  6. Kalau durian sudah semestinya nikmat bila masuk mulut! ^^

    ReplyDelete
  7. dekat sini pun dah banyak org jual durian , baru-baru nie pun MIL ada beli 4 bijik rm 100++ gitulah...mahal tapi nasib isi dia sedap manis kira tak rugi lah beli

    ReplyDelete
  8. Ira sendiri pun memang dah lama tak makan durian. Memang mahal yang amat kot orang jual. Isi elok takpe kalau tak menagis. 2 tahun dah belum rezeki lagi nak merasa durian huhu

    ReplyDelete
  9. uiiii...mengancam sungguh warna durian tu...durian ni mmg tak kan puas kalau makan..hihi

    ReplyDelete
  10. sedap durian dia...lagi sedap kalau buat cucur atau bubur..

    ReplyDelete
  11. Adoyaiii tak tahan mama tgk isi doyan Tu ana..huhu nangis nak makan doyan

    ReplyDelete
  12. Saya kempunan sangat sebab tak dapat makan durian. Dekat sini tak jumpa durian pun T__T

    ReplyDelete
  13. Sedapnya durian, Kak Sue nasib lah tahun nie kebun bapa mertua ada buah dapat la merasa sorang sikit Ana. Alhamdullilah dapat Abah Ana makan durian akhirnya ya..

    ReplyDelete
  14. hari tu pun kami ada beli jugak. nikmatnya kan

    ReplyDelete
  15. Suami Ibu makan durian beberapa ulas je dah demam sekarang ni

    ReplyDelete
  16. Cantik tgk isinya tu.. Akak dlu kecik2 mmg fav.. Dh besar ni xtau nape kurang.. Tkbole bau.. Tkbole nk mkn ratah gtu.. Kalo mkn ngan pulut ok

    ReplyDelete
  17. kitorang pun hantu durian. since Dhia br baik demam. Daim masih demam. Puasa durian sekejap hehe

    ReplyDelete
  18. Walaupun bau durian semerbak sampai dua tiga pintu tapi tetap jd rebutan.. Hahaha.. Sedap tu durian

    ReplyDelete
  19. Ya ampun kuningnya isi dia.... juicy banget...

    ReplyDelete
  20. LeYa pun hantu durian..
    Alhamdulillah..penjual tu baik dan jujur. Macam ni lah kita nak.. Sekali lagi alhamdulillah..semoga rezeki Kak Ana dan keluarga bertambah2 kerana memberi IbuAyah yang membesarkan kita makan.

    ReplyDelete
  21. kebanyakan smua skrg lebih guna timbang daa. mmg susa cari pjual yang jual bijik2 ni huhu. last week december tu lakii bini mgidam bubur durian, melantak la suami ju beli durian sampai rm 180. peuwwww

    ReplyDelete
  22. wahh duriannn. fav jugak ni.
    kat sini dalam rm13 sekilo. memikir jgk nak belinya

    ReplyDelete
  23. sedapnya makan durian. alhamdulillah akak pun dah dapt makan durian tahun ni, tapi ye lah mahal durian sekarang ni hari beli dekat kg rmm22 sekilo itu kira paling murahlah tu

    ReplyDelete
  24. mahal kan... kena fikir 10 kali nak mkn.. hahahaha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤