Kelapa Laut Man Java Memang Terbaik - Ana Suhana

Jan 18, 2018

Kelapa Laut Man Java Memang Terbaik


Kelapa Laut Man Java Memang Terbaik | Assalamualaikum. Korang pernah minum air kelapa laut tak? Ana pada asalnya tak pernah pun minum pun air kelapa laut. Selalu hanya beli air kelapa biasa tu je. Tak pernah terpikir nak beli air kelapa laut sampailah Ana jumpa air Kelapa Laut Man Java ni.
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java Memang Terbaik

Nak dijadikan cerita masa bulan puasa yang lepas, Ana ke bazar Ramadan berdekatan rumah. Jalan punya jalan ternampak ada beberapa peniaga jual air kelapa laut. Tapi yang paling menarik perhatian Ana ialah air Kelapa Laut Man Java ni. Padahal sebelum-sebelum ni tak hairan pun. Maybe sebab puasa kan godaan dia lain macam sikit. Haha. Kenapa Ana tertarik dengan Kelapa Laut Man Java ni dari kelapa laut peniaga lain?? 
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kalau korang nak tahu Kelapa Laut Man Java ni merupakan kelapa laut yang popular di kalangan peniaga air kelapa laut di pasar-pasar malam atau bazar Ramadhan. In fact sepupu Ana sendiri berniaga air Kelapa Laut Man Java ni di bazar Ramadhan di Felda Mempaga, Pahang. Bayangkan kalau sepupu Ana dari Pahang tu sanggup turun ke Rawang semata-mata untuk beli pati Kelapa Laut Man Java ni apa maknanya? Tak lain tak bukan mesti sebab kesedapan air kelapa laut itu sendiri.

Kalau korang nak tau Kelapa Laut Man Java telah diusahakan sejak tahun 2002. Tauke kelapa laut ni bernama Abang Man yang merupakan suami kepada rakan blogger Ana iaitu Kak Sue. Kelapa Laut Man Java ni diproses dengan mengekstrak kelapa laut menggunakan resipi rahsia Abang Man sendiri. Kerana kesedapan air kelapa laut tu memang tak hairan bila ada orang sanggup nak beli resipi rahsia tu dari Abang Man tau.

Macam Ana cerita dekat atas ni, Ana first time rasa air Kelapa Laut Man Java ni masa bulan puasa yang lepas. Masa buka tu lepas makan kurma apa lagi terus lah teguk air kelapa laut Man Java tu. Haus kot sehari puasa. Bila air kelapa laut tu lalu dekat tekak, perghhh sedap sangat weii. No wonder ramai yang berminat nak berniaga Kelapa Laut Man Java ni. Yang Ana suka rasa dia tak terlalu manis. Manis-manis buah orang kata. Bagi yang tak pernah rasa, air kelapa laut ni rasa dia macam air kundur tapi bagi Ana lagi sedap dari kundur. Ana ada lah search juga khasiat kelapa laut ni kan. Banyak juga khasiat dia rupanya. Antaranya ialah:
  • Membantu mengubati hingus yang banyak
  • Mengubati bisul
  • Membantu melawaskan kencing
  • Mengurangkan panas badan serta melegekan batuk
  • Mengurangkan tahap gula darah khasnya untuk pesakit Diebetes
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java

Selain dari kelapa laut, Abang Man juga mengeluarkan produk air kedondong dan jus durian belanda. Ana belum rasa lagi kedua-dua air ni tapi soon Ana nak order juga dari Abang Man. Nampak sedap sangat tu. Bezanya air Kelapa Laut Man Java tu korang kena bancuh gula sendiri ikut rasa yang korang nak. Manakala jus kedondong dan durian belanda tu korang boleh minum terus.

Korang yang berminat nak mencuba kesedapan air Kelapa Laut Man Java atau jus kedondong atau durian belanda ni, korang boleh order dekat nombor bawah ni. Abang Man memang buat penghantaran sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Semenanjung Malaysia. Yang nak belajar berniaga air kelapa laut pun boleh. Nanti Abang Man akan guide korang macam mana nak berniaga. Best kan!!

Tel :
012 5854998 / 012 5844736

Email:







24 comments:

  1. Terima kasih banyak Ana sudi kongsikan produk kami. Semoga Ana sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.. aamiin.. ❤

    ReplyDelete
  2. Bilalah nak dapat minum Kelapa Laut Man Java ni...

    ReplyDelete
  3. Banyak nya produk yang sedap sedap kan ana. Kelapa laut ni elok untuk orang batuk kan

    ReplyDelete
  4. Kan...memang sedap air kelapa laut man java..akak pun dh jatuh cinta lama dah ngan air kelapa laut ni...ntah bila dpt beli pati ngn kak sue

    ReplyDelete
  5. Wah nampak sedap air kelapa man java ni.. Tak sabar pula nak rasa

    ReplyDelete
  6. air kelapa laut tk pernh minum tp kalo kt bluewave hotel ada mkn dessert longan + kelapa laut...air keodndong nmpk menarik

    ReplyDelete
  7. yup memang sedap... ritu minum air kelapa laut kt open house umah kak sue.. tak boleh berhenti wei... asik dok ulang² g amik air je.. hahahaa

    ReplyDelete
  8. sedapnya minum masa bukak puasa. bilalah nak borong dari kak su ne

    ReplyDelete
  9. saya suka minum air kelapa laut. sedap. thanks for sharing ana

    ReplyDelete
  10. mengancam betul airnya terutama sekali kedondong tu..

    ReplyDelete
  11. air kelapa biasa pun takberapa suka huhu tapi teringin jugak nak try, mana tau kena dengan tekak

    ReplyDelete
  12. Nani pernah minum yang jus kedondong tu. Memang sedaaap! Puas hati sangat :)

    ReplyDelete
  13. kedondong asam boi tu, kalau akk dpt sekejap je habis

    ReplyDelete
  14. PC penggemar air kelapa laut kak Ana....bila ke mana-mana rajin beli..rasanya memang sedap...

    ReplyDelete
  15. Thanks for sharing kak Ana :) *sorry bagi ayat cliche memandangkan tak tau nak komen apa! Hohoho ^^

    ReplyDelete
  16. paling tak suka la air kelapa laut tapi tiap kali nampak memang terliur hahaha

    ReplyDelete
  17. akk pernah minum air kelapa laut kat Kedah..lama duluuuuu...nanti boleh la order dgn Shuhaida Kabdy nanti

    ReplyDelete
  18. lama rasanya tak minum kelapa laut ni..tetiba macam teringin je...

    ReplyDelete
  19. series tak pernah nampak dan tak pernah minum pun jus2 ni. baru tau !!!!!

    ReplyDelete
  20. eh sepupu ana berniaga di pasa malam mempaga ye, akak kadang balik kampung singgah juga pasar malam mempaga tu,

    tak pernah lagi rasa air kelapa laut nih, ha nanti balik kampung boleh singgah pasar malam mempaga

    ReplyDelete
  21. selalu nampak kat pasar malam, tapi selalu juga tak beli sebab takut tak leh nak telan, tak tau la pasal apa tak try sampai sekarang.

    ReplyDelete
  22. Saya mencari kelapa laut untuk tujuan perubatan. Dah whatsapp nombor yang tertera. Mula-mula laju je dapat reply tanya saya nak berniaga di mana. Bila saya jawab saya nak membeli bukan berniaga terus tak balas walaupun dah baca.

    Bila ahli keluarga yang lain mesej pula langsung tidak dibalas. Tak faham kenapa promot kalau tak mahu layan pelanggan. Maaf tapi memang sangat mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, boleh bagi nombor telefon awak dan dari mana ya. Maaf kalau ada yang terlepas pandang sebab ramai juga yang nak buat perubatan semua kami dah reply dan hantar 😊

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤