Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Challenge Dan Menangi Percutian Ke Seoul, Phuket dan Langkawi


Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Challenge Dan Menangi Percutian Ke Seoul, Phuket dan Langkawi| Assalamualaikum. Semalam tengah lepak-lepak dengan En Suami, tetiba dia kata lamanya tak pergi Langkawi. Last kami ke Langkawi pada tahun 2012 dulu. Kira dah 6 tahun lah tak jejak kaki ke sana. Rindu pula nak jalan-jalan di Langkawi tu. Bila Ana bagi cadangan untuk buat family trip ke Langkawi tahun ni, En Suami terus setuju. Ana apa lagi, dengan sepantas kilat terus survey tiket penerbangan dan hotel untuk dibentangkan masa mesyuarat tingkap nanti.
Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Challenge

Korang selalu kalau survey tiket penerbangan dan hotel korang survey kat mana?? Kalau Ana, Ana suka survey di Traveloka sebabnya sangat memudahkan terutama bila ada Traveloka Apps dan yang paling best harga yang ditawarkan lebih rendah dari laman sesawang yang lain. Tak caya meh baca apa yang Ana jumpa di Traveloka ni.

Cari Tiket Penerbangan dan Hotel Dalam Satu Platform
Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Traveloka Fly & Win CNY Challenge

Macam Ana kata Traveloka memudahkan Ana survey harga tiket flight dan hotel sebab kesemua ni Ana boleh lakukan dalam satu platform je. Tak perlu susah-susah nak buka 2-3 website semata-mata nak survey harga semua tu. Kalau korang tengok gambar dekat atas ni korang boleh nampak ada icon untuk flight dan hotel untuk domestik dan antarabangsa. So pilih lah mana destinasi yang korang nak.
Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Traveloka Fly & Win CNY Challenge

Macam Ana, Ana pilih ke Langkawi so Ana just tekan icon flight tu. Kemudian Ana hanya isi destinasi yang Ana nak dan tarikh penerbangan. Nanti akan keluar semua senarai syarikat penerbangan yang ada pada tarikh tersebut beserta masa penerbangan. Sama juga untuk tempah tempat penginapan. Ana hanya perlu isi tarikh untuk menempah dan kemudian nanti akan keluar semua senarai tempat penginapan yang kosong pada tarikh itu.

Harga Lebih Rendah Dari Laman Sesawang Yang Lain
Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Traveloka Fly & Win CNY Challenge

Ini salah satu kenapa Ana suka sangat book dengan Traveloka. Harga yang ditawarkan di Traveloka adalah lebih rendah dari laman sesawang yang lain. Lagi satu Traveloka memudahkan Ana dengan menyenaraikan pelbagai harga dari pelbagai syarikat untuk dipilih mengikut bajet yang Ana ada.
Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Traveloka Fly & Win CNY Challenge 

Oh ya selalu bila kita nak book tiket penerbangan kita selalu takut tarikh yang kita pilih tu mahal kan. Haa dengan Traveloka ni Ana boleh rancang percutian ikut tarikh penerbangan yang menawarkan harga rendah. Traveloka membantu dengan menyenaraikan semua harga tiket penerbangan pada setiap tarikh yang ada sepanjang tahun. Ana tinggal nak pilih tarikh yang menawarkan harga yang rendah. Senang kan. Kalau untuk tempat penginapan pula Ana boleh pilih samada nak penginapan bajet, homestay, resort atau penginapan mewah. Tepuk dada tanya selera.

Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Traveloka Fly & Win CNY Challenge

Berbalik pada cerita tadi masa Ana nak survey harga tiket penerbangan dan hotel di Langkawi di Traveloka tetiba Ana ternampak Traveloka nak adakan contest CNY 2018 Contest. Hadiah dia pula best giler ok. Korang tengok lah sendiri dekat atas ni. Dan nak lagi best salah satu hadiah yang ditawarkan tu ialah percutian ke Langkawi selama 4 hari 3 malam beserta tiket penerbangan dan  tempat penginapan lagi. Wahhh bagai pucuk di cita ulam mendatang pula. Best sangat ni kalau dapat kan. Bawa badan je orang kata. Mesti korang nak tau macam mana nak join contest ni kan. Senang je meh Ana share dengan korang.

1. Tarikh Pertandingan

Sebelum join contest ni korang kena lah tau tarikh contest ni berlangsung kan. Jangan main ikut sedap je nak join ikut masa korang pula. Ok contest Traveloka Fly & Win CNY Challenge ni berlangsung bermula pada 22 Januari 2018 dan berakhir 28 Februari 2018. Ada lebih dari sebulan tu untuk korang menyertai contest ni. So please save the date ok!!

2. Cara Permainan

Terdapat beberapa langkah mudah untuk korang sertai permainan ni.
Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Traveloka Fly & Win CNY Challenge

1. Mula-mula navigate ke link Traveloka Fly & Win CNY Challenge.

2. Kemudian log masuk melalui akaun Facebook korang.

3. Lepas tu sila baca terma dan syarat yang ditetapkan. Standard lah tu kan.

4. Dah baca baru lah boleh mulakan permainan:

4.1 - Tekan anak panah untuk mula.
4.2 - Tekan skrin untuk menerbangkan kapalt terbang.
4.3 - Kumpul sebanyak mana angpow yang ada sepanjang korang masih dalam permainan. Kalau rasa markah yang korang perolehi tu tak memuaskan, korang boleh cuba sebanyak mana yang korang nak.
4.4 - Bila dah rasa puashati dengan markah yang ada, korang perlu share markah korang di Facebook sebanyak 5 kali sehari sebelum korang boleh submit penyertaan korang. Maknanya sepanjang tempoh pertandingan ni korang boleh kumpul dan submit markah setiap hari sehingga pertandingan tamat. Lagi tinggi markah lagi besar peluang untuk menang.
Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Traveloka Fly & Win CNY Challenge 

3. Syarat-syarat Kelayakan

1. Sila pastikan akaun Facebook yang korang guna tu adalah akaun Facebook yang asli dan bukan yang palsu. Dan contest ni terbuka untik semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Para peserta wajib follow Traveloka Malaysia Facebook Fan Page.

3. Para peserta dikehendaki bermain permainan Traveloka Fly & Win CNY Challengedi webpage yang disediakan oleh Organizer.

4. Para peserta perlu mengisi maklumat di registration page yang disediakan oleh Organizer.

4. Hadiah Buat Para Pemenang

5 hadiah yang sangat menarik menanti para pemenang iaitu:

1. 1 x Pemenang Pertama - 6h5m ke Seoul termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan

2. 1 x Pemenang Kedua - 5h4m ke Phuket termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan

3. 1 x Pemenang Ketiga - 4h3m ke Langkawi termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan

4. 2 x Pemenang Saguhati - RM1,000 Traveloka Voucher

Amacam menarik kan hadiah-hadiah yang ditawarkan. Cara nak menang pun tersangat mudah. Hanya perlu main dan kumpul markah tertinggi. Mana tau ada rezeki korang semua kan. Siapa nak taja percutian sampai ke luar negara secara percuma wei kalau bukan Traveloka!! Jom sertai ramai-ramai. Good luck korang.






Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Challenge Dan Menangi Percutian Ke Seoul, Phuket dan Langkawi Reviewed by Ana Suhana on January 22, 2018 Rating: 5

37 comments:

  1. tk pernh try lg booking flight thru traveloka...tp hubby akak dh pernh try booking utk MIL aritu blk klate

    ReplyDelete
  2. Menarik kan hadiahnya Ana, Kak Sue nak join juga lah nanti.. 😉

    ReplyDelete
  3. Belum pernah pakai lagi. Lain kali nak cuba juga

    ReplyDelete
  4. Menarik belaka hadiah yang ditawarkan traveloka! Husniey nak join juga😍

    ReplyDelete
  5. Hadiah dia best sgt kan ana.. mesti try main game ni.. mana tau ada rezeki menang kann.. 😂😂

    ReplyDelete
  6. Senangnya main game pun boleh menang (kalau rezeki menang)..hehe..tapi boleh la joint..kalau tak joint acane nak menangnya..hehe..hadiah pun best2 tu..

    ReplyDelete
  7. Main games je automatik dah join contest ni...senang bangat ni. Tapi, nak berentap dgn kaki games tu erm..erm..acaner ni ek. Ada chance mummy yang buukan gamers ke ni?

    ReplyDelete
  8. bagus juga ni, nak join nnt ... tq share Ana.

    ReplyDelete
  9. Best kan. Main game je automatik dah join contest ni.. Jom Jom join yg mne lom join.

    ReplyDelete
  10. Wah belum cuba belum tau! ^^ Jom try!

    ReplyDelete
  11. game nampak senang, padahal susah nak kutip point

    ReplyDelete
  12. Main game boleh menang hadiah lumayan. Wah menarik

    ReplyDelete
  13. pergh!! menarik betul gamenya.. hadiah pun lumayan..

    ReplyDelete
  14. Nak main game jugak la nanti mana tau bertuah

    ReplyDelete
  15. Menariknya! Main game pun boleh menang tiket flight dan penginapan hotel.

    ReplyDelete
  16. tak reti pun nak booking2 tiket flight nih, biasa suruh adik je yang buatkan hehehe

    ReplyDelete
  17. Siapa yang suka jalan jalan kena cuba ni kan ana

    ReplyDelete
  18. Wah bestnya Ana.nanti nak join contest traveloka la

    ReplyDelete
  19. Siapa tahukan kak rezeki...
    Niat yang baik insyaAllah ada laluannya..amin.

    ReplyDelete
  20. Goodluck, best kalau menang ni

    ReplyDelete
  21. game ni best ! susah nak dpt high score. hsahahhahaha.
    good luck jugak

    ReplyDelete
  22. wah best ni...nak main jugak la game ni..mana tau ada rezeki menaNg kan..

    ReplyDelete
  23. Dh try main ana. Max markah 40 aje dapat haha

    ReplyDelete
  24. mula2 main tak habis2 langgar awan atau bangunan haha. kadang2 ada masa angpau tu pandai dtg banyak kan =D

    ReplyDelete
  25. Nani nak join jugaklah nanti. Hadiah lumayan ni 😍

    ReplyDelete
  26. All the best Kak Ana, rasa macam nak join je. Ai is tak pernah pergi honeymoon. Teringin!!! Dapat Langkawi pun dah best sangat dah. Haha

    ReplyDelete
  27. Macam best jer game tu. Good luck. Nak try jugak lah.

    ReplyDelete
  28. kalau markah sikit, jangan kata Seoul...Sentul pun tak dapat

    ReplyDelete
  29. menarik!!! nak cuba la..ada masa lagi ni

    ReplyDelete
  30. Dua kali je main game.. Nti nak main lg game traveloka

    ReplyDelete
  31. nmpak mcm mudah game ni.. tp agak mencabar.. tp best!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.