Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina - Ana Suhana

Jan 25, 2018

Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina


Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina| Assalamualaikum. Hari Sabtu yang lepas Ana berpeluang untuk menghadiri food review di Boat Noodle. Majlis ini adalah untuk memperkenalkan Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina yang akan datang. To be honest Ana tak pernah makan di Boat Noodle walaupun keinginan untuk makan di sana membuak-buak sejak kebelakangan ni. Sebabnya En Suami tak minat makanan mee semua ni. Bila Ana dapat jemputan ni bagai pucuk dicita ulam mendatang.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina

Boat Noodle merupakan rangkaian restoran yang membawa keenakan masakan Thai Street Food yang berasal dari pasar terapung Ayutthaya. Sehingga kini terdapat 46 cawangan Boat Noodle di seluruh Malaysia. Dalam masa kurang dari 4 tahun rangkaian Boat Noodle berkembang dengan sangat maju. Tidak hairan lah jika Boat Noodle kini menjadi antara restoran favorite rakyat Malaysia yang sudah sebati dengan makanan dari negara gajah putih ini. Oh ya jangan risau bagi yang tertanya-tanya tentang status halal makanan di Boat Noodle ni sebab semua menu yang disajikan telah mendapat kelulusan halal JAKIM di bawah syarikat Utara 5 Food and Beverage Sdn Bhd.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Food review kali ni bertempat di Boat Noodle Empire Damansara, di mana di sini merupakan outlet pertama Boat Noodle Malaysia. Outlet ini dibuka secara rasmi pada bulan Mac 2014. Sebelum Ana dan rakan-rakan blogger yang lain dihidangkan dengan beberapa menu terbaru di Boat Noodle. Sebelum tu owner Boat Noodle, En Muhammad Izzul memberi sepatah dua kata-kata aluan kepada semua yang hadir termasuk memberi penerangan tentang food review kali ni.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Without further delay,  acara yang di nanti-nanti pun tiba. Ana antara yang excited nak mencuba semua menu baru yang ada di Boat Noodle ni. Maklumlah lama dah mengidam kan. Selalu hanya mampu tengok jer orang upload mangkuk bertingkat-tingkat bila makan di Boat Noodle ni. Kali ni Ana sendiri nak merasa kesedapan makanan di Boat Noodle ni. Jom tengok apa menu baru di sini:

1. Blue Butterfly - RM5.50
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Air Blue Butterfly ni Ana panggil air magik. Kenapa Ana panggil air magic?? Sebabnya warna air tu boleh berubah dari warna biru kepada warna ungu. Magis kan!! Dengan slogan Taste The Zing, Blue Butterfly dihasilkan dari gabungan bunga telang dan limau purut yang pastinya menjanjikan satu rasa yang sangat menarik untuk di cuba.

2. Mango Smoothie - RM5.50
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Bagi peminat air smoothie, korang wajib order Mango Smothie bila singgah makan di sini. Rasa manis masam dari gabungan mangga dan yogurt mampu memberi satu rasa kelegaan selepas makan. Tak caya cubalah!! 

3. Thai Fried Chicken - RM12.90
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Thai Fried Chicken ni antara highlight pada hari tu. Rasa dia?? Sedap ya ampun. Ana tak berhenti makan dan makan Thai Fried Chicken ni tau. Dah lah bahagian luar dia rangup krup krap krup krap, rasa bahan perapan dia pula ringan dan pedas. Isi ayam pula tebal dan lembut chuolls. Bila dicicah dengan sos manis Thai yang dihidang sekali tu, jadi berganda sedap dia. Rasa pedas manis bersatu dalam satu kunyahan. Serius tak boleh stop dari kunyah dan kunyah dan kunyah till the last drop omputeh kata.

4. Prosperity Yum (Beef / Chicken) - RM1.99 semangkuk
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Ini lah dia menu utama yang di nanti-nanti semua orang - Prosperity Yum. Untuk menu ni korang boleh pilih sama ada nak Prosperity Yum daging atau ayam. Dan terdapat 2 pilihan mee iaitu Thai Rice Noodles atau Springy Noodles.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Ana dah cuba semua pilihan ni dan seriously Ana jatuh chenta pandang pertama dengan Boat Noodle ni. Antara semua tu Ana paling suka Beef Prosperity Yum with Springy Noodles. Rasa pedas-pedas manja Prosperity Yum tu memang best sangat. Bayangkan masa Ana makan mangkuk yang pertama tak terasa pedas kuah tu lagi, tapi bila masuk mangkuk yang keempat dan seterusnya, haaa baru bahang pedas tu terasa. Pedas pedas pun still can't stop eating. Tak caya cuba tengok berapa mangkuk Ana makan hari tu.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle

Menarik kan semua menu baru yang ada di Boat Noodle ni. Korang yang pencinta sejati Boay Noodle jangan lepaskan peluang untuk menikmati semua hidangan yang Ana share dekat atas ni. Jangan sampai melepas sebab katanya menu-menu ni hanya available sampai hujung bulan Februari ni je. Rugi kalau tak rasa. Tapi tak tahu lah kalau-kalau Boat Noodle nak teruskan menu ni kerana permintaan yang hangat dari korang semua kan. Untuk maklumat tentang Boat Noodle dan menu-menu yang ada di sini, korang boleh layari laman sesawang dan sosial media Boat Noodle seperti di bawah:

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :

31 comments:

  1. terliur tau tengok menunya.. kena try ni :D

    ReplyDelete
  2. Kalaun saya pergi ni mesti rambang mata nak pilih makan apa

    ReplyDelete
  3. Lapar tengok makanan2 tu. Dah lama tak makan dekat boat noodle.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah rasa lagi kat sini sebenarnya.. Tapi tgk menu tu macam nk cuba je..

    ReplyDelete
  5. Ayam tu nampak krunchy benor. Terliuq! Sedih betul ganu belum ada cawangan boat noodle :(

    ReplyDelete
  6. mmg suka mkn kt boat noodle tp menu noodle akak tk brp tp sejak ada pilihan Springy Noodles ni okla...nanti ada kesempatan bole try menu baru ni..mango smoothie nmpk menarik

    ReplyDelete
  7. Sedapnya noodle Dan siap Ada ayam goreng Tu. Bolehlah bawa Syafi nanti

    ReplyDelete
  8. Sedap nya sis, teringin nak makan boat noodle tu :)

    ReplyDelete
  9. semuanya nmpk menyelerakan..sedapnya... lapar..cikyan puasa harinih..

    ReplyDelete
  10. Alamak.... teringat2 dah hidangan boat noodle tuh.. Adeh... Nak pegi lagi laa.. Hehe..

    ReplyDelete
  11. Syok ni kak...bila ada pedas-pedas tu hilang rasa muak...tu yang boleh bertingkat bowl...ada cawangan kat negeri lain tak kak..nak kena siasat ni...

    ReplyDelete
  12. Saya pun suka makan dan jalan jalan. Syok la macam ni

    ReplyDelete
  13. Ahad ni nak pergi the real Boat Noodles la..akak suka Thai Fried Chicken tu..kenapa la Boat Noodles xde kat NuSentral...hahahahaha

    ReplyDelete
  14. Sedapnya Ana, nanti nak pi cuba lah menu baru Boat Noodles nie..

    ReplyDelete
  15. Okay nanti nak try menu baru Boat Noodles ni. Nampak sedap semua :)

    ReplyDelete
  16. wah ada menu baru boleh ajak geng dating lagi Boat Noodle

    ReplyDelete
  17. zie tak bolh masuk tekak makan boat noode ni.. sangkaya boleh.. maklum la tekak owang kampong hahaha

    ReplyDelete
  18. Boat Noodle memang favorite kami :)

    ReplyDelete
  19. Oo.. Sedap.. Ptt ramai share makan kat boat noodle ni.. Sama la kita, ana..en suami kurang gemar makan jenis mi2 cam ni..

    ReplyDelete
  20. saya pun baru sekali je pernah makan kat boat noodle ni, sedap kann

    ReplyDelete
  21. Paling feveret laa kalau makan dekat boat noodle nieee. Saje tauu kak ana ni. Craving!

    ReplyDelete
  22. ada kedai boat noodle..x jauh dari opis..asyik x singgah2 lagi..mak aih..sorang mkn ke tu bermangkuk-mangkuk..kalau kuantiti mcm tu..sis JM sorang pun mahu 5 mangkuk :-)

    ReplyDelete
  23. Banyak pilihan nampaknya.
    Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  24. bestnya kak ana. tapi air magic tu nak try lah, nampak menarik

    ReplyDelete
  25. semua nampak sedap. Tertarik dengan Blue Butterfly :D Hehe.

    ReplyDelete
  26. tak pernah jugak makan di boat noodle. nampak nyummy tu

    ReplyDelete
  27. tak pernah try boat noodle ni. kat kwsn reen xde kena p kuantan baru ade.huhu

    ReplyDelete
  28. Nant nak try lah.. Geram tgk Ana makan bermangkuk mangkuk

    ReplyDelete
  29. Thai Fried Chicken busyra dh try hritu.. sedap!

    ReplyDelete
  30. Hamboi.. tingginya susunan mangkuk tu.. hehehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤