Restoran Chief Ikan Bakar - Destinasi Makan Malam Warga Batu Caves - Ana Suhana

Dec 6, 2017

Restoran Chief Ikan Bakar - Destinasi Makan Malam Warga Batu Caves


Restoran Chief Ikan Bakar - Destinasi Makan Malam Warga Batu Caves | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share satu tempat makan yang agak popular di area Batu Caves iaitu Restoran Chief Ikan Bakar. Kalau dulu restoran ni dikenali dengan nama Restoran Upeq Corner tapi lepas di ubai suai bertukar lah nama jadi nama sekarang ni.
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar

Restoran Chief Ikan Bakar - Destinasi Makan Malam Warga Batu Caves

Restoran Chief Ikan Bakar ni dah lama beroperasi. Lebih dari 7 tahun seingat Ana. Kalau dulu restoran ni hanya menyediakan makanan ala Thai tapi sekarang bila dah dijenamakan semula pelbagai menu termasuk menu masakan barat turut disajikan. Kalau masa bulan puasa memang penuh selalu restoran ni. 
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar

Terletak di Jalan Sungai Tua, Restoran Chief Ikan Bakar ni mudah dijumpai. Kalau korang dari Batu Caves menuju ke Ulu Yam, korang akan perasan restoran ni terletak di belah kiri korang dan berhadapan dengan Masjid Jamiatus Solahiah.  Confirm korang akan jumpa sebab restoran ni terletak di jalan utama dan bukan di jalan atau lorong kecik. 

Memandangkan dah lebih dari 3 tahun Ana tak makan dekat sini,  jadinya cuti hujung minggu baru-baru ni En Suami ajak lah makan dekat sini.  Dari rumah Ana nak ke restoran ni hanya dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta. Kalau naik motor 5 minit dah sampai sebab boleh skip beratur di traffic light. 

Macam biasa malam tu kami order menu ala carte. Nak menu yang set pun ada juga En Suami prefer pilih menu sendiri. Sebab dah tau forte restoran ni ialah masakan ala Thai dia jadi kami order nasih putih, ikan siakap sweet sour, telur bistik, kailan ikan masin, sotong celup tepung, kerang rebus dan Ana order extra kuew teow kungfu. Ni gara-gara terbaca entri Kak Amy lah ni. Hehe. Untuk siakap tu korang boleh je kalau nak pilih ikan sendiri dekat depan tu tapi Ana bagi je pekerja tu pilihkan. Senang cerita. Tapi bagi Ana harga dekat sini agak mahal sedikit compare dengan restoran masakan Thai yang ada di sekitar Sungai
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar

1. Siakap Sweet Sour - RM32.10
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar

2. Kailan Ikan Masin (RM5.00  ) & Telur Bistik (RM6.00)
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar

3. Sotong Celup Tepung - RM10.00
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar

4. Kerang Rebus - RM6.00
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar

5. Kuew Teow Kungfu - RM7.00
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar

Sementara tunggu makanan sampai Ana pun melilau mata kag kejap tengok dekorasi restoran ni lepas diubah suai. Memang lain dengan yang dulu. Sekarang restoran ni nampak lagi up orang kata. Kalau dulu tepi-tepi restoran kita boleh nampak rumah orang tapi sekarang semua dah didirikan dinding yang mempunyai nama Chief Ikan Bakar. Nampak lebih privasi lah. Suasana pun lebih selesa dan santai.
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar
Restoran Chief Ikan Bakar
Masa tengah ralit dok tengok sana tengok sini tau-tau semua makanan dah sampai. Memang laju tukang masak tu masak.  Tak sampai 10 minit pun. Bagus juga lah sebab memang dah lapar sangat masa tu.
Macam Ana cakap memang forte restoran ni masakan ala Thai. Jadi no doubt yang rasa masakan dia semua sedap kecuali kuew teow kungfu tu tak berapa nak kick. Rasa macam kurang diperasakan. Tapi sebab tak nak membazir terpaksa lah makan juga. Kang jadi kawan setan pula tak pepasal. Haha.

Korang kalau ada yang ke Selayang atau sekitar Batu Caves boleh lah singgah dekat Restoran Chief Ikan Bakar ni. InsyaAllah puas hati dan service pun baik. Pekerja pun senyum sokmo dekat kita. Kalau dorang taj senyum,  apa kata kita belanja dorang satu senyuman pula. Tapi sesama jantina je lah ye. Kang disalah tafsir pula. Haha. 

Alamat:
11, Jalan Sungai Tua
Kampung Sungai Tua Bahru
68100 Batu Caves
Selangor

Waktu Operasi :
6 petang - 2 pagi
Di buka setiap hari kecuali seperti dimaklumkan di FB Page 

Facebook :
https://www.facebook.com/Restoran-Chief-ikan-bakar-486829124805448/

No Telefon:
013-4444 211





15 comments:

  1. Wow.. Suasana dan menunya nampak menarik..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Ana.. telan air liur Kak Sue.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Interior dia cantik!

    Dan kuew teow kungfu tu buat saya rasa nak nangis. Nampak sedap :D

    ReplyDelete
  4. Lauk-lauk kegemaran saya kalau makan kat kedai...

    ReplyDelete
  5. Deko restoran ni cantik kak Ana..biasa kita mula-mula tengok pandang pertama dulu...cantik..bersih..kemas...kemudian ramai tak orang...dari situ ada rasa tertarik nak cuba...selain reviewlah..

    ReplyDelete
  6. bila tengok sigbord baru tahu tempat ni kat mana, pernah lalu hahaha

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap semua makanan tu ha...mahal sikit takpe kot asalkan puas hati kan...boleh la ajak cik abg jjcm sini...

    ReplyDelete
  8. ni kalau dapat pegi makan dengan family best ni. in shaa Allah ade rezeki satu hri nnt nak pegi jenjalan sana plak

    ReplyDelete
  9. jalan jalan cari makan lagi ya ana

    seronoknya

    ReplyDelete
  10. wah ana memburu makanan sampai batu cave nun. alahai seapnya kerang tu

    ReplyDelete
  11. sangat beruntung dan bertuah makan yang sedap-sedap begini..

    saya sangat bersyukur walaupun setakat tengok je..

    nie pun dah rasa kenyang juga lepas minum air sejuk ..

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. nampak menyelerakan siakap tu..harga pun ok tu berbanding tempat lain kan. - jmr23.com

    ReplyDelete
  13. lpr plak tgk menu2nya..siakap tu nmpk sodap..hah siap order extra kuehtiaw kunngfu hehe

    ReplyDelete
  14. namapak sedp..boleh ajak husbnd nanti

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤