Resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet by Dr Ezani - Ana Suhana

Dec 1, 2017

Resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet by Dr Ezani


Resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet by Dr Ezani | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share satu resipi yang tersangat mudah dan tersangat cepat untuk disediakan namun tetap sedap dan melazatkan. Resipi ni Ana dapat masa ke Karnival Tefal minggu lepas. Masa tu ada cook show anjuran Pacific West dan salah seorang chef yang di undang ialah Chef Dr Ezani, juara Master Chef Malaysia. Masa tu Ana tertarik sangat dengan resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet ni sebab sekarang kan macam trend masakan salted egg ni. Bila Ana dah cuba masak sekali memang mudah dan sedap tau korang. Tak sampai 10 minit dah siap. Dapat pujian dari family pula lepas tu. Korang cuba lah juga tau.

Baca juga : Resipi Mudah Cendawan Inoki Goreng Jintan
Resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet
Resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet
Resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet by Dr Ezani

BAHAN-BAHAN

1. 2-3 keping Pacific West Black Pepper Tempura Fish Fillet
2. Mentega
3. 3-5 ulas bawang putih - dicincang halus
4. 1-3 cili api - di ketuk kasar / di potong kecil
5. 4 helai daun kari
6. 2 biji kuning telur masin - di rebus / stim sehingga masak
7. Susu cair - 1/2 tin
8. Serbuk lada sulah
9. Gula
10. Garam

CARA-CARA

1. Deep fry atau goreng fish fillet sehingga garing kekuningan. Susun atas pinggan bila dah masak.

2. Panaskan kuali dan mentega. Bila mentega mula mencair masukkan bawang putih, cili api dan daun kari.

3. Telur masin ditumbuk sehingga sebati dan kemudian masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika.

4. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian tutup api.

5. Tuang kuah yang telah di masak ke atas fillet yang telah di masak.

6. Siap di hidang.

TIPS :

1. Selain dari fish fillet kita boleh ganti dengan udang, ketam, sotong atau sayur kacang buncis. Ikut kreativiti kita.

2. Kalau guna fish fillet yang biasa, tambah sedikit black pepper ke dalam masakan.

Pssst:

Dr Ezani siap komen dekat gambar resipi ni lagi. Kembang semangkuk kejap. Hehe.
Resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet


25 comments:

  1. Masakan atau resipi yang ada bahan mentega dan bawang putih..bahaya la kak Ana sebenarnya....bahaya sangat...lebih-lebih kalau bawang putih tu ditumis garing...bila mentega di campur dengan bawang putih dua ada 1 aroma luar biasa..susah nak berhenti makan..syok lain macam..

    Terima kasih kak sharing..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak. resepi pun mudah sangat nak buat. bertambah lagi koleksi resepi Qiss kat dapur ni. Nak cuba juga nanti.

    ReplyDelete
  3. berserinya warna dia. sha takberani nak masuk kalau berkaitan dengan telur masin haha takut taksedap T.T kak ana pos jelah kat sha teringin nak rasa hehe

    ReplyDelete
  4. Mudah je nak buat kuah dia tu ye.. Sha nak cubalah..

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing. nampak yummy sgt ^^

    ReplyDelete
  6. woahhh...dah taraf taraf checf dah cara masak ni..hahahaha...Sally actually suka je makan anything salted egg recipe tapi tak pernah rasa nak masak sendiri :P

    ReplyDelete
  7. Alahai sedapnya resepi tu kak Ana. Terpikat sungguh tengok ^^ teringin nak buat

    ReplyDelete
  8. nampak menyelerakan sekali... terima kasih share resepi nanti bolehlah buat.. Yummy

    ReplyDelete
  9. Okey resepinya senang...nanti nak cuba buat...bleh bawak bekal pi keja jugak kan...

    ReplyDelete
  10. ok boleh cuba buat jugak lepas ne. bahan-bahan semua dah ada

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap Ana, boleh cuba nanti. Amboi, bestnya Dr Ezani datang komen kat IG.. :)

    ReplyDelete
  12. Fuhhhhh ini memang mencabar diet. Hahahaha. Salted Egg Yolks tu. Mana bleh tolak kan. Wuwuwuwu esok nak cari Ikan. Haha

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap je ni. Tak pernah terfikir pulak buat salted egg black pepper dengan tempura fish fillet

    ReplyDelete
  14. wah.....menarik sungguh resepi ni...sedapnyer ana...

    ReplyDelete
  15. Alahai terliur dah tengok ni sedap sis :')

    ReplyDelete
  16. love sangat salted eggg.....dan yng ni with fish lagi best...mmm sedapnya i nak try this right away!

    ReplyDelete
  17. nampak macam senang je ni..boleh try kat dapur nanti - jmr23.com

    ReplyDelete
  18. Wow adakah ini calon Masterchef yang kami cari wakakakak.. Saya tak cuba lagi resipi tu yang ada tu pun tak masak lagi wakakakaka..

    ReplyDelete
  19. Lama x jumpa Chef Dr. Ezani...

    Boleh cuba juga resepi ini nanti.. Macam xsusah je nak buat kan...

    ReplyDelete
  20. Wow! i memang love salted egg yolk with cili api lagi menyelerakan, yummmsss

    ReplyDelete
  21. Adubbbb....sedapnyaaa...
    Nnt boleh try buat

    ReplyDelete
  22. The salted egg really seduce me. Like the simple recipes.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤