Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia - Ana Suhana

Dec 24, 2017

Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia


Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia| Assalamualaikum. Semalam Ana berkesempatan ke Chocolate Museum Kota Damansara. Dan di sana Ana dan rakan-rakan blogger lain telah diberi penerangan oleh Chef Muaz, Chef Coklat di Chocolate Museum. Banyak info yang sangat menarik di kongsikan tentang coklat kepada kami. Jadi hari ni Ana nak kongsi dengan korang semua tentang kebaikan coklat kepada manusia terutamanya coklat jenis dark chocolate.
Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia
Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia
Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia

Seperti yang kita tahu coklat berasal dari koko. Dan koko telah ditanam secara besar-besaran di Africa. Dari biji koko tu akan ada beberapa proses sebelum terhasilnya coklat. Dan korang tahu tak yang coklat terbahagi kepada 3 jenis pada asalnya iaitu dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Dan terbaru ada 1 jenis coklat dihasilkan iaitu ruby chocolate. Antara keempat-empat coklat tu, dark chocolate adalah yang paling baik. Ini kerana ia tinggi dengan nutrien, magnesium dan anti oksidan yang mampu memberi kesan positif kepada kesihatan kita. Berbanding milk atau white chocolate, dark chocolate mempunyai kadar koko yang sangat tinggi dan kurang kadar gula.
Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia
Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia

1. Kebaikan Kepada Otak

Dark chocolate dapat membantu meningkatkan fungsi otak di mana satu kajian telah di buat menunjukkan dark chocolate dapat meningkat pengaliran darah ke otak.

Koko juga boleh meningkatkan fungsi kognitif bagi orang yang mempunyai gangguan mental seperti anemia. Ia juga dapat membaiki kelancaran lisan.

2. Kebaikan Kepada Jantung

Dark chocolate mengandungi flavanols di mana fungsinya untuk melancarkan peredaran darah serta membantu menurunkan tekanan darah.

Dark chocolate juga dapat meningkatkan HDL (kolestrol baik)  dan menurunkan kadar LDL (kolestrol jahat) seterusnya dapat menurunkan risiko serangan jantung dan juga strok pada jangka masa panjang.

3. Kebaikan Pada Kulit

Dark chocolate merupakan salah satu bahan yang baik untuk kulit. Kandungan flavanols nya dapat melindungi kulit dari kerosakan akibat pancaran matahari, memperbaiki aliran darah ke kulit serta dapat meningkatkan keanjalan kulit.

4. Kebaikan Kepada Perut

Memakan dark chocolate boleh merawat masalah sembelit kerana chocolate bar adalah kaya dengan mgnesium yang membantu melegakan otot-otot di saluran pencernaan.

Memakan dark chocolate juga menjadikan kita rasa kenyang dan mengurangkan rasa lapar. Jadi ia sesuai dijadikan sebagai snack semasa diet.

5. Kebaikan Kepada Paru-paru

Coco butter telah digunakan secara meluas untuk merawat batuk bila diminum bersama dengan susu panas dan madu. Selain diminum, coco butter juga boleh disapu di bahagian dada dan belakang badan untuk mengurangkan batuk.

Theobromine yang ada didalam koko dikatakan dapat meningkatkan fungsi paru-paru dan membantu pesakit yang mempunyai asma.

6. Kebaikan Lain

  • Mengurangkan tekanan dan depresi
  • Meningkatkan sistem imun
  • Memperbaiki emosi
  • Mengimbangkan kadar gula dalam darah
  • Anti Kanser
Baca juga : Cara Mudah Untuk Mengatasi Kanser

Terdapat banyak lagi sebenarnya kajian yang menunjukkan kebaikan dark chocolate kepada tubuh manusia jika dimakan pada kuantiti yang betul. Bukan main makan macam makan nasi pula. Tu dari sihat boleh dapat sakit juga. So lepas ni boleh lah ada alasan kenapa kena makan coklat kan. Hehe.

33 comments:

  1. Suka milk chocolate dan white chocolate. Lepas ni kena try dark chocolate pulak sebab banyak kebaikannya....

    ReplyDelete
  2. Good info. Tapi masalahnya fatin suka coklat secara melebih lebih ni dah jadi tak baik dah. Hahaa

    ReplyDelete
  3. Coklat yang baik coklat yang tanpa ada kandungan gula yang tinggi macam coklat hitam, yang tu lah elok untuk kesihatan apapun tak leh makan berlebihan o.O

    ReplyDelete
  4. coklat memang sedap dan berkhasiat. cuma kena moderate

    ReplyDelete
  5. Memang terbukti coklat dapat baiki emosi kan.. Suka sangat....

    Jemput join GA pertama husniey😘

    https://kebaikankeindahan.blogspot.my/2017/12/year-end-giveaway-by-husnieyhusain.html

    ReplyDelete
  6. Coklat yang baik adalah yang kurang gula

    Bukan semua coklat baik

    ReplyDelete
  7. Waahh boleh makan coklat tanpa rasa bersalah dah lepas ni. Tapi xleh banyak jugak kan. Dark chocolate AR xberapa gemar sbb pahit skit kan. Patut la pun kuranv gula

    ReplyDelete
  8. kalau suka coklat, cari coklat yang peratus KOKO nya tinggi selalunya dark chocolate yang peratus koko nya tinggi.. so taklah manis sebab gula.. tapi manis sebab kandungan semulajadi koko tu

    ReplyDelete
  9. Too bad saya tak berapa suka coklat sangat. Kalau ada yang saya makan pun, macam coklat yang tak sihat je. Hehe

    ReplyDelete
  10. imma big fan of chocolate so yes i agreed with everything. done my reading before.

    ReplyDelete
  11. bagus perkongsian ni! pernah baca sebelum ni dan baru tahu rupanya kita terbiasa sangat dimomokkan dengan keburukan coklat. sebenarnya, yang menjadi tak sihat ialah apabila makan secara berlebihan. hihi

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak makan coklat..sedap yer, makan dan dapat bermacam khasiat coklat utk tubuh badan

    ReplyDelete
  13. Good sharing Ana, Kak Sue memang suka coklat.. 😊

    ReplyDelete
  14. Coklat mmg bagus pon. Salah satu ubat untuk stress. Putus cinta pon boleh jadikn ini sbg ubat 😆😆

    ReplyDelete
  15. Mr.Chocolate memang selalu bertahta di hati... *cewah!
    Thanks for the info <3

    ReplyDelete
  16. dark coklet! tapi saya prefer utk hentam sume jenis coklat.Haha

    ReplyDelete
  17. Coklat memang bagus sekali, ubat untuk ilankan stress memeng berkesan.. penambah tenaga juga, kalau tak dapat memang nages.

    Tapi kalau ada masalah sembelit doktor tak bagi makan pada jumlah yang banyak kerana ia akan mengeraskan najis dan sukar untuk membuang....ni pengalaman Bonde sendiri.

    Bila makan coklat kena banyak minum air kosong... untuk elak belakunya perkara diatas.

    ReplyDelete
  18. kita memang hantu coklat hahahahah...banyak khasiat mmg takkan stop la makan cekelat hehehehe

    ReplyDelete
  19. anak saya suka coklat sebab tu lebih prefer dia pilih coklat berbanding gula-gula. sebab coklat banyak khasiat kan. btol cakap puan.

    ReplyDelete
  20. Nice sharing for those yang suka makan coklat macam saya. Hehehe. Banyak rupanya kebaikan makan coklat

    ReplyDelete
  21. Chocolate can help to release stress especially dark chocolate. And good for skin too.

    ReplyDelete
  22. Saya suka milk coklat. Lagi bila stress.. tp kena control juga kan. Sebap manis. Bgs ana cerita beza coklat2 tu

    ReplyDelete
  23. Despite all the goodness of chocolate, I am not a chocolate person hehehe

    ReplyDelete
  24. memang tidak dinafikan coklat banyak khasiat. tapi itulah, setiap kali bagi anak makan coklat, dia punya aktif, fuhh..pancit nak mengejar yang si kecil tu hehe

    ReplyDelete
  25. Onie suka gila coklat! Even coklat tu manis. Tapi cara pengambilan kita tu kena betul. Lepas makan coklat seeloknya gosok gigi.

    ReplyDelete
  26. i love chocolate but sadly kalau makan nanti breakout so boleh makan sikit sikit je :(

    ReplyDelete
  27. yup yup neeza pun chocolate lover. siapa kata coklat tak bermanfaat? gemuk tu pun kalau makan banyak huhuhuhu

    ReplyDelete
  28. Terbaik la ana suhana. sy pon ada kwn nama suhana. nanti dia baca, boleh la dia ajak ahli keluarga dia makan coklat, biar semua org sihat. Aamiin.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤