Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018 - Ana Suhana

Dec 25, 2017

Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018



Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018 | Assalamualaikum. Siapa sangka Malaysia juga mempunyai muzium coklatnya tersendiri yang terletak di Kota Damansara,  Petaling Jaya. Bagi peminat-peminat coklat, korang pasti akan rasa teruja apabila dapat merasai sendiri pengalaman menyusuri muzium coklat yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ini. Pelbagai maklumat menarik tentang coklat ada di sini. Oleh kerana itu, Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018.
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018

Bayangkan tatkala pintu muzium ditolak, korang sudah boleh terhidu aroma coklat yang segar yang pastinya membuat korang terliur  dan terbayang kelazatan coklat. Walaupun muzium coklat ini tidak sehebat Chocolate Museum di Brixton,  Chocolate Museum Vienna Austria, Museum Hershey dan Chocolate Museum Collogne German, namun Chocolate Museum Kota Damansara ini perlu dibanggakan kerana ianya setanding dengan muzium coklat antarabangsa yang lain.  Dan lebih membanggakan lagi, muzium coklat ini direalisasikan hasil dari cetusan ilham anak tempatan iaitu Dato' Dahlan Mohd Rashid, Pengarah Urusan Dr Group Holdings Sdn. Bhd.
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara

Chocolate Museum ini berkonsepkan "3E" dimana sepanjang lawatan ke sini korang akan didedahkan dengan pengetahuan interaktif (Education Interactive), pengalaman membuat coklat (Experience Chocolate Making) dan keseronokan membeli belah (Enjoyable Shopping) sekaligus menjadikan muzium ini satu tarikan unik untuk dikunjungi. Selain itu korang juga berpeluang untuk merasai sendiri kelazatan coklat segar dari dapur yang dihasilkan oleh Chef Coklat.

Baca juga: Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia


Latar Belakang Muzium

Untuk pengetahuan semua, Chocolate Museum ini telah dibuka pada 16 Januari 2014 dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan telah menarik lebih dari setengah juta pelawat. Ia merupakan salah satu dari program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat Dr Group Holdings Sdn.  Bhd.  yang merupakan pengeluar dan pengedar terbesar coklat di Malaysia. Syarikat ini juga cuba mengetengahkan produk keluaran tempatan yang berkualiti serta mampu menyaingi produk antarabangsa.
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara

Galeria Coklat

Selain dari menempatkan replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada tahun 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa,  Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt, Chocolate Museum juga menyediakan Galeria Coklat bagi pencinta coklat semua.


Apa yang menariknya di galeria ini korang yang berpeluang untuk membeli belah hampir 130 jenama coklat antarabangsa dan tempatan daripada 30 buah negara pada harga serendah 30-40% dari harga pasaran. Antara jenama yang ada ialah Ferrero,  Hershey's, Lindt, Mars, Daim, Cadbury, Nestle,  Fidani, Farells, Millton dan Danson.

Diskaun Sempena Tahun Baru Cina

Ada lagi berita baik buat korang semua. Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan datang, Chocolate Museum Kota Damansara akan menawarkan diskaun sehingga 70% bagi coklat berjenama antarabangsa dan tempatan pada 9-11 Februari 2018. So save the date dan ajak semua kawan-kawan dan ahli keluarga ke sini ok.

Lawatan Berkumpulan
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum juga mengalu-alukan lawatan berkumpulan. Saban hari ada saja lawatan berkumpulan yang terdiri dari pelajar sekolah, pusat pengajian tinggi, komuniti, badan-badan kerajaan dan kedutaan negara luar ke sini. Antara keistimewaan lawatan berkumpulan ialah korang akan diiringi dan diberi penerangan secara terperinci tentang coklat dari segi sejarah, manfaat sehinggalah proses pembuatan coklat oleh Chef Coklat yang berpengalaman.
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara
Korang juga akan berpeluang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti menarik seperti membina rumah coklat (bagi dewasa)  dan coklat Stencil (bagi kanak-kanak). Bagi yang bercadang untuk membuat lawatan secara berkumpulan ke sini,  korang boleh membuat tempahan di link ini --> http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara

Waktu Operasi

Chocolate Museum Kota Damansara dibuka SETIAP HARI bermula pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang. Dan bayaran masuk adalah PERCUMA. So boleh lah plan bawa anak- anak dan adik-beradik ke sini untuk merasai keterujaan berada di dalam muzium coklat pertama di Malaysia ni.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari socmed Chocolate Museum seperti di bawah:

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :

No Tel :
03-7490 4260

Alamat :
No 2, Jalan Teknologi 3/5
Taman Sains Selangor 1
47810 Kota Damansara
Selangor


37 comments:

  1. bestnya, kalau masuk muzium ni mesti rasa dunia ni ana (saya) yang punya haha

    ReplyDelete
  2. Seronok juga dapat peluang ke sini kan Ana.. dapat tengok cara buat coklat n dapat rasa coklat mahal.. ehehe..

    ReplyDelete
  3. Bestnya dah makin menarik.. Boleh bawa anak-anak ini..

    ReplyDelete
  4. Wow! Masuk percuma. Kalau balik Malaysia nanti, saya nak ajak parents saya datang sini lah :D

    ReplyDelete
  5. wow, yang ni mmg menarik, lagi2 hantu coklat mcm mrs pip ...

    ReplyDelete
  6. imma big fan of chocolate and i need to be there

    ReplyDelete
  7. Waww bestnyaa. Dia buat macam macam dengan coklat tuee. Boleh belajar jugak eh. Interesting!

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau gi sini dengan anak. Pasti mereka teruja. Coklat sana sini sinun....

    ReplyDelete
  9. Bestnya !! Chocolate is happiness. Sbb tu kalau sedih2 mkn chocolate. Pengubat duka 😆

    Eh Kak Murni pon ada 🙋🏻‍♂️

    ReplyDelete
  10. wah bestnya ada tempat baru nak shoping coklate lepas ne

    ReplyDelete
  11. Tak tau Malaysia ada muzium coklat ni! Nak bawa family ye

    ReplyDelete
  12. sronok la dpt p muzium coklat ni..ada tgk juga kwn2 pegi sebelum ni tp akak pn tk smp2 lg

    ReplyDelete
  13. baru tau ada chocolate museum kat damansara..huhu. coklat upin ipin pun ada ye. best ni klu dpt pergi

    ReplyDelete
  14. memang menarik..dah pernah pergi dulu

    ReplyDelete
  15. wah.. belum ada rezeki lagi untuk sampai ke sini. nampak menarik lagi2 untuk adik2 yang suka makan coklat tu. hahaha

    ReplyDelete
  16. tak jauh dari rumah mak..insyaallah nak pergi juga nanti

    ReplyDelete
  17. bestnya.. dapat pergi tempat chocolate dihasilkan.. dapat belajar cara buat coklat lagi tu.. best2!

    ReplyDelete
  18. Wah bestnya dapat pergi museum chocolate ni. Saya dari dulu lagi nak pergi ke muzium-muzium and kilang coklat yang ada. Tapi tak terpergi-pergi lagi

    ReplyDelete
  19. bestnya , bukan je budak suka org dewasa pun teruja

    ReplyDelete
  20. Wah seronok ni kak...teruja pula nak pegi...kalau bawa anak-anak atau kanak-kanak mwsti mereka seronok...yang dewasa teruja...terutama bagi penggemar coklat...

    ReplyDelete
  21. eh dekat je ni dengan rumah, nanti bolehlah pergi jalan2 shopping sana :D

    ReplyDelete
  22. Wow, saya tak pernah tahu tentang kewujudan muzium coklat ni. This is interesting. I might bring my husband here, and let my family members know about this. They are chocolate lovers, while I'm not.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  23. Seronoknya Syafi makan cekelat. Harus mama pergi tahun depan ni. Kam ni dah le hantu coklat

    ReplyDelete
  24. bestnyaa muzium coklat. memang sesuai penggemar coklat macam momi ni hehee

    ReplyDelete
  25. SubhanAllah.. menariknya muzium coklat ni. Thanks share. Boleh bawak anak pergi bulan 1 ni 😊😊

    ReplyDelete
  26. waaaa.. bestnye...kena terjah ni klo singgh KL...

    ReplyDelete
  27. ada pernah dengar pasal muzium ni di IKIM dalam tahun lepas kot. teringin sangat nak pergi, sudahnya sampai ke choc museum di penang dulu. hehehe

    ReplyDelete
  28. Nnt Bonde nak pergilah Muzeum Chocolate ni... menarik juga, Dulu Bonde pernah pergi lawatan bersama PUSPANITA Daerah ke Kedai Chocolate dekat KL memang best juga tapi yang tu chocolate untuk di import agak tak mampu kalau nak beli harga chocolate mahal.

    ReplyDelete
  29. xpenah dgr lagi pasal chocolate museum ni, wahh baru tahu... best tul.. coklat mmg xpenah mngecewakan

    ReplyDelete
  30. Bestnya masuk percuma. Tapi skarang ni tengah diet... Susah nak fokus diet kalau pergi muzium coklat ni, semua nak dirasanya nanti

    ReplyDelete
  31. wow bestnya ke muzium ni. boleh juga tambah ilmu tentang coklat kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  32. Seronoknya...nak nak mcm mcm coklat ada...Mimi hantu coklat okey

    ReplyDelete
  33. Wow bestnya siap ada muzium coklat ni nak pergi ni !

    ReplyDelete
  34. seronooknya ada muzium coklat ! =D

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤