Ujian Pap Smear Percuma Seluruh Malaysia sehingga 30 November 2017 - Ana Suhana

Oct 6, 2017

Ujian Pap Smear Percuma Seluruh Malaysia sehingga 30 November 2017


Ujian Pap Smear Secara Percuma Seluruh Malaysia Sehingga 30 November 2017 | Assalamualaikum. Bermula 1 September hingga 30 November 2017, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menganjurkan ujian Pap Smear secara PERCUMA di seluruh Malaysia. Ujian ini boleh di lakukan di semua Klinik Nur Sejahtera dan klinik Subfertiliti LPPKN. Senarai klinik boleh rujuk di SINI

Ujian Pap Smear Secara Percuma Seluruh Malaysia Sehingga 30 November 2017
Ujian Pap Smear Secara Percuma Seluruh Malaysia Sehingga 30 November 2017


Apa itu Pap Smear?

Pap Smear merupakan ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Kanser serviks merupakan antara kanser yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Ianya terjadi apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser. Pap Smear dapat mengesan peringkat asal sebelum kanser itu terjadi dan ini boleh membantu menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.

Siapa Yang Perlu Jalani Ujian Pap Smear?

Semua wanita yang pernah dan aktif melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 - 65 tahun.

Bila Boleh Jalani Ujian? 

Ujian Pap Smear ini boleh di lakukan bila-bila masa kecuali ketika haid dan nifas. Seeloknya pada hari ke16 - 20 dari tarikh pertama haid. Ujian ini digalakkan untuk dilakukan 3 tahun sekali. 

Sehari sebelum ujian, di larang untuk melakukan hubungan seks dan tidak boleh menggunakan sebarang ubat di dalam faraj. Ini adalah bertujuan untuk memastikan keadaan faraj benar-benar bersih dari bendasing. 

Prosedur Pap Smear

Ujian ini dilakukan dengan menggunakan spekulum di mana spekulum ini akan dimasukkan ke dalam faraj. Kemudian sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula dan kemudian sel tersebut akan di hantar ke makmal untuk diperiksa.

Keputusan akan diperolehi selepas seminggu (bergantung pada klinik) kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti. Jika keputusan tidak normal, pemeriksaan dan rawatan lanjut perlu di lakukan. 

Sakit ke Ujian Pap Smear ni? 

Sejujurnya ujian Pap Smear ini tidak sakit langsung. Ana baru je jalani ujian Pap Smear ni 2 hari yang lepas. Memang tak sakit sikit pun. Dan ujian tersebut sangat cepat. Masa Ana buat tu tak sampai 2 minit pun. 

Jadi pada yang belum menjalani ujian Pap Smear boleh lah ambil peluang ini untuk melakukan ujian tersebut. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.

24 comments:

  1. ada bc psl info ni..oh disarankan 3thn skali ye sbb ada pernah terbaca kalo bole tiap2 thn..akak last buat lastyear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah pernah buat dan result ok, di saran 3 tahun sekali kak :)

      Delete
  2. Orang perempuan memang perlu buat ujian ni... at least setahun sekali kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah pernah buat dan result ok, 3 tahun sekali kena buat ujian ni. Ni yg based on doc bgtau hari tu.

      Delete
  3. dah pernah buat sekali dulu,pastu tak buat lagi lepas bersalin 3 tahun lepas....ermmm kena buat jugak la ni nampakya...

    ReplyDelete
  4. Sha dah buat untuk tahun nie..Result pun okay..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Nanti dah kawen jgn lupa tau reen :)

      Delete
  6. Baru tahu ada ujian macam ni. Heheh.

    ReplyDelete
  7. tak kahwin lagi so tak boleh buat lagi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah kahwin jgn lupa buat tau :)

      Delete
  8. Assalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis

    Wah kenapa agaknya ada free serba serbi sekarang ni

    pilihanraya dah dekat

    ReplyDelete
  9. Belum pernah buat lagi.. Lepas ni kena g buat la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lah cik ash sementara percuma ni kan. Kejap je pun prosedur dia. Tak sampai 5 minit.

      Delete
  10. Liez tak pernah berkesempatan utk buat pap smear..igt nak buat nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lah liez. Sementara masih percuma ni kan. Sekejap je pun prosedur dia.

      Delete
  11. atie tak pernah buat tapi nak sangat try.. hee~ nanti curi2 masa.. boleh pergi..

    ReplyDelete
  12. Mmg bagus pun buat PS ni terutamanya umur yg macam hakak ni. Tp tulah....akak ni pengecut sikit orangnyalah Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, tak sakit lgsg. Sakit lagi kena gigit kerengga. Huhu.

      Delete
  13. wahh.. dapat free.. sementara masih percuma!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤