Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai di Johor Bahru - Ana Suhana

Oct 31, 2017

Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai di Johor Bahru


Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai di Johor Bahru | Assalamualaikum. Hari pertama di JB, lepas je selesai proses check in dan dapat berehat kejap, Ana terus keluar untuk misi food hunting. Perut pun dah mula start keluarkan nada-nada keroncong. Sebelum nada tu jadi nada rock keras baik kita isi apa yang patut dulu. Masa nak cari tempat makan dalam pukul 3 petang macam tu agak blurr jugak lah. Maklumlah trip kali ni trip asal boleh je. Takde spesifik itinerary langsung. Tak macam trip yang lepas. Bila tanya dekat FB ramai suggest pergi ke Stulang Laut. So Ana pun ke Stulang Laut tu. Sampai-sampai je sana blurr sekali lagi. Kedai mana satu nak makan ni. Terus minta tolong Mr Google untuk search kan. Maka jumpalah Restoran Sayam ni. Popular juga restoran ni di carian Google tu.
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai Johor Bahru

Restoran Sayam ni terletak di jalan besar Stulang Laut. Jalan dekat sini sangat sibuk dan kenderaan bukan main laju lagi. Tempat parking kereta pun limited. Berpusing juga lah nak cari parking dekat sini. Ikut nasib korang macam mana.
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Memandangkan masa Ana sampai tu dah melepasi waktu lunch,  so pelanggan tak lah berapa ramai. So boleh lah dapat makanan cepat kan. Dapat je menu terus order tak nak tunggu lagi. Menu dekat sini ssnang sebab dia dah ada menu dalam set. Pilih je ikut berapa orang punya menu. Nak ala carte dan makanan bergoreng pun boleh. Dan Ana pilih menu berset dan tambah beberapa lauk sampingan.

Baca juga : Aiskrim Super Sedap di The Ice-cream Project

Sementara tunggu makanan sampai nanti ada pekerja letak otak-otak kempas atas meja. Kalau korang nak makan amik lah. Kalau tak nak pun takpe. Ana? Sekejapan licin bekas otak-otak tu. Sampai berebut dengan Syafi. Tetiba lak mamat kecik ni suka otak-otak pula. Selalu kalau beli, tak pun dia nak makan. Huh.
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Tak lama kemudian air pun sampai. Memang cun sangat sebab JB panas giler. Tekak memang haus sokmo. Tak lama lepas tu semua makanan pun sampai. Kecuali ikan siakap tiga rasa. Tu yang paling last sekali. Nasi dah separuh jalan baru sampai atas meja.

Set menu yang Ana pilih ni berharga RM64. Dalam set tu ada nasi putih + 5 lauk + air buah untuk 3 orang. Air buah korang boleh pilih apa-apa buah yang ada.

Menu 1 : Sayur Campur
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Meriah nampak sayur campur dekat sini. Sotong digunakan sebagai bahan tumisan. Ana suka sebab dorang tak guna isi ayam sebab agak memuakkan kot. Sayur pula ada sawi, lobak, kubis bunga, jagung dan cendawan. Banyak lah juga bahan tu kan. Sayur campur ni dia masak macam style kuew teow kungfu. So kuah dia pekat sedikit tapi masih tak memuakkan. Masa makan tu terasa lah juga kepedasan cili merah yang ada dalam tu.

Menu 2: Tomyam Seafood
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Tomyam dia pun sedap. Tak boleh berhenti nak hirup kuah dia. Rasa pedas tolak tepi. Janji sedap. (Lepas tu terus telan gavison kot sebab takut pedih perut). Kuah tomyam pekat dan terasa kemanisan seafood yang ada dalam tu. Seafood yang ada sotong, kupang dan udang which is bagi Ana ok dah tu.

Menu 3: Siakap Tiga Rasa
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Mula-mula siakap ni terhidang atas meja kitorang semua assume ikan ni confirm pedas. Tengok pun dah tau. Dah sudah macam mana nak bagi si kecik ni makan. Padahal masa order dah cakap tak nak pedas. En Suami yang pertama cuba dulu. Rupanya tak pedas mana pun. Nampak je macam berapi.  Untuk Syafi Ana amik isi ikan je sebab sambal tu tak meresap ke dalam. Kuah cili tu just disimbah di atas ikan tu je. Safe lah dekat situ. Bagi Ana not bad lah rasa siakap tiga rasa dekat sini tapi tak kena dengan selera En Suami pula.

Menu 4 & 5 : Telur Dadar dan Sotong Tepung
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Dua-dua menu ni standard je lah rasa dia. Takde yang special pun. Sama macam kedai tomyam yang lain. Sos sotong tepung tu guna sos thai yang masam manis pedas tu.

Menu 6: Ayam Pedas & Kailan Ikan Masin
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Menu ni menu tambahan. En Suami kalau takde ayam tak sah hidup dia. Nama je ayam pedas tapi tak pedas mana pun. Presentation nampak macam ayam paprik je tapi rasa dia tak sama. Sedap juga lah ayam pedas ni. Sekejapan licin pinggan dibuatnya. Kailan goreng tu pun sama. Sedap dan banyak juga portion dia. Memang terasa sungguh ikan masin dalam tu.

Alhamdulillah tak sampai 30 minit habis licin semua makanan tu. Nampak sangat kelaparan. Memang puas hati lah makan dekat Restoran Sayam ni. Makanan sedap, pekerja ramah, susun atur kedai teratur dan kemas. Selesa nak makan. No wonder lah Restoran Sayam ni famous di Stulang Laut.
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Ana dah ke sini, korang bila lagi?? Kalau bercadang nak ke sini, ni Ana bagi menu-menu yang ada dekat sini. Senang lah nak plan makan apa kan. Duduk je terus order. Jimat masa. 
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

24 comments:

  1. makan besar ni ana. sedapnya semua ni

    ReplyDelete
  2. Semua menu nampak sedap..
    Makanan Thailand memang kena dengan citarasa kita, orang Malaysia..
    Harga pun berbaloi-baloi..
    Thanks for sharing Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. *masakan Thai bukan makanan Thai, hehehe ;-)

      Delete
  3. sedapnyaaa...lapar plak tgk mknn sedap2 niii....mn nk cari kt penang niii...hehehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya,seronok lah jalan jalan cari makan (^_^).

    ReplyDelete
  5. cantiklah kedai dia. Nak ke johor sana memang jauh betul haha

    ReplyDelete
  6. Otak-otak memang fav kami. hee.
    lawa2 semua gambar ana. gambar ana semua nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  7. Alaaaaaa...apesal la akak tengok entry ni time ni....aduhaiii...berbunyik2 perut akak...

    ReplyDelete
  8. amboiiii...menu dia sedap2 lah...paling best ada set2 kan...senang...jimat sikit

    ReplyDelete
  9. Semua menu nampak menarik.. I is terliur sudah 😂
    hujan2 ni cepat lapar

    ReplyDelete
  10. Rasa murah pulak ye Ana bila lauk banyak tp harga dia cuma Rm64 henggit. Hakak makan 1 family tak dpt harga tu Ana. Geram ah hakak tengok sayur campur tu. Ratah pun sodap tu.

    Lama tak ke JB...

    ReplyDelete
  11. Order by set lebih mudah kan Kak Ana...lengkap...alhamdulillah habis semua tiada pembaziran itu paling utama...tengok tempatnya pun nenariklah kak sebab susunan kayu atau papan pada dinding tu...serong-serong...unik..

    ReplyDelete
  12. Wah memagn jalan jalan cari makan ya ana

    makan ala ala tahai sampai jb tu

    ReplyDelete
  13. Ni set feveret kami husband & wife ni. Nasib baik baru makan. Kalau tak mesti teliur dah. Harga pun boleh tahan.

    ReplyDelete
  14. harga pun berpatutan. lapar pulak pagi2 ni tengok.

    ReplyDelete
  15. Wah... lama tak dtg sini... header semakin cantik , post semua menarik2... sedap2 pulak tu

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaa da sotong goreng tepung. dap tu krup krap krup krap makan..

    ReplyDelete
  17. nampak sedap semuanya tu...entah bila akak nak ke sana pun tak tahulah ana

    ReplyDelete
  18. Syukurlah dah kenyang makan, kalau tak mahu terliur nengok makanan semua tu

    ReplyDelete
  19. sama je menu kita kalau makan di kedai tom yam. =) balik2 yg tu je.. hehe

    ReplyDelete
  20. Telur dadar tu paling menarik perhatian ju. Rasa dah lama xmakan telur dadar ! Telur dadae je kot ?? Ya Allah. Kejap lagi nak goreng ! Hahaha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤