Tempat Menarik di Cameron Highlands : Hotel Review - The Retreat Aranda Nova - Ana Suhana

Aug 15, 2017

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Hotel Review - The Retreat Aranda Nova


Tempat Menarik di Cameron Highlands : Hotel Review - The Retreat Aranda Nova |Assalamualaikum. Trip ke Cameron Highlands kali ni merupakan trip kali ke-3 Ana dan suami. Tapi trip ke-2 bersama mak ayah. First time Ana ke sini masa 2011 tak silap. Masa tu stay di Natasya Resort. Trip kali ke-2 Ana bertiga dengan suami dan Syafi dan kami stay di Aranda Nova tapi bilik deluxe. Kali ni memandangkan kami ada 7 orang dewasa so kami amik bilik jenis apartment di The Retreate Aranda Nova. Beza Aranda Nova dan The Retreate ialah The Retreat berkonsepkan apartment manakala Aranda Nova berkonsepkan bilik hotel. Receptionist pun di bangunan masing-masing. The Retreate ni terletak di Brinchang dan berhadapan jalan masuk ke Ladang Teh Boh Sg Palas tu.

Baca juga : Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Hotel Review - The Retreat Aranda Nova

Hotel Review - The Retreat Aranda Nova

Dekat The Retreate ni agak sunyi sebab tak ramai check in bilik berkeluarga. Tapi bagus sebab tenang je rasa. Takde bunyi bising langsung.  Nak check in pun cepat. En Suami request bilik tingkat tinggi-tinggi so dapatlah tingkat 7. Tingkat  8 paling tinggi tapi menempatkan penthouse. Bilik yang Ana stay ni ada 3 bilik dan 2 bilik air.

Hotel Review - The Retreat Aranda Nova

Masuk-masuk bilik terus nampak pantry. Besar juga pantry dekat sini. Ada kemudahan peti ais dan microwave. Pinggan mangkuk pun di sediakan juga. Meja makan bulat pun ada. Kalau rasa nak tapau makanan siap-siap pun boleh. Dekat bawah hotel Aranda Nova tu ada banyak kedai makan sekarang ni. Ada Teh Tarik Place, Old Town White Coffee, kedai mamak, kedai makanan korea semua ada.

Hotel Review - The Retreat Aranda Nova
Hotel Review - The Retreat Aranda Nova

Jalan depan sikit terus ruang menonton. Ada sofa 2+1 untuk lepak sambil mengopi. Siaran tv limited dan agak tak berapa nak clear. Tapi ok lah dari langsung tak nampak apa kan. Hehe. Kalau nak rasa sejuk boleh je buka pintu dekat balkoni tu.

Hotel Review - The Retreat Aranda Nova
Hotel Review - The Retreat Aranda Nova

Bilik utama sangat luas dan ada bilik air sekali dalam tu. Kalau ada family besar boleh je duduk dekat bilik utama ni provided korang bawa toto sendiri. Boleh muat dalam 10 orang kot.

Hotel Review - The Retreat Aranda Nova
Hotel Review - The Retreat Aranda Nova

Bilik ke-2 dan ke-3 kongsi bilik air yang sama. Bilik ke-2 masih ada juga space dekat tepi katil. Selesa lah untuk solat dekat ruangan tu. Cuma bilik ke-3 memang sempit. Takde ruang untuk solat so kena lah solat dekat luar atau bilik yang lain. Cuma bilik ke-3 bersebelahan dengan bilik air.

Hotel Review - The Retreat Aranda Nova
Hotel Review - The Retreat Aranda Nova

Hotel Review - The Retreat Aranda Nova
Hotel Review - The Retreat Aranda Nova

Dua-dua bilik air sama besar dan sangat luas. Shower area di pisahkan dengan glass partition but still bilik air akan basah sebab air dari shower area boleh sampai ke pintu. Kena hati-hati sebab agak licin. Toiletries dan towel semua di sediakan.

Hotel Review - The Retreat Aranda Nova
Hotel Review - The Retreat Aranda Nova

Keseluruhan Ana puas hati stay di The Retreate ni. Keadaan bilik kemas dan bersih. Bilik air pun bersih. Yang paling Ana suka bed sheet dan quilt dia berbau wangi. Bertambah selesa rasanya. Tak terasa sejuk bila dah duduk quilt tu. Korang kalau plan nak ke Cameron Highlands ni dengan family yang agak besar, Ana recommend korang stay dekat sini. Harga masa Ana stay dekat sini ialah RM860 untuk 3 hari 2 malam after deduct discount voucher Digi. Kalau tong tong baru berapa kan. Hehe. Lepas tu masing-masing boleh pulang ke rumah dengan penuh senyuman sebab dah bercuti dengan selesa dan puas hati. 

24 comments:

  1. berbaloi kalau bayar mahal sebab selesa untuk kita stay situ kan

    ReplyDelete
  2. Next akak nak sambut birthday Dania nak bawak dia pi CH..rasanya nak bermalam kat snaa jugak la

    ReplyDelete
  3. Selesa..kita dan keluarga gembira..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. eh murah lah tu dengan service bagus & deco cantik. Luas pulak tu memang puas hati.

    ReplyDelete
  5. Menarik ni.. berbaloi untuk luangkan masa dengan keluarga ;)

    ReplyDelete
  6. 😍😍
    Mek tk pernah stay lagi kat sini. Tk nmpk gmbaran area mane.

    Hmm, nnt nk sambut birthday Amani kat sini la 👀

    ReplyDelete
  7. betul, kalau ramai memang lagi better share apartment. hotel kang dia kira berapa kepala.

    ReplyDelete
  8. luas juga..bila share2 tk terasa la

    ReplyDelete
  9. besar nye ana.. ni hotel baru yg dekat ngan kea farm tu ke?

    ReplyDelete
  10. Lps baca entry pasal Lavender Garden tu, trs bg tau husband nak pergi Cameron.Semalam terus cari hotel. hahaha. Aranda Nova salah satu yg menjadi pilihan. Tp the retreat ni pun menarik. Kalo keluarga besar, leh try sini..

    ReplyDelete
  11. Lina suka duduk kt nova ni ana...sng,turun bwh je mcm2 kedai ada.. seronok....

    ReplyDelete
  12. Hr tu duk cari gak hotel yg ada 3rooms tapi penuh... end up 2 mlm stay dekat apartment parents in law dekat tanah rata.. nnt boleh la klau nak tukar selera stay dkt hotel nova pulak

    ReplyDelete
  13. kalau pigi dgn family memang sesuai sgt kan... berbaloi dgn harga

    ReplyDelete
  14. Berbaloi kalau pergi ramai-ramai.. memang puas hatilah..

    ReplyDelete
  15. Besar jugak apartment ni, cantikkk. Senang nak masak makan reramai.. Nampak selesa. Dengan family memang selesa duk gini bila bercuti

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak menginap di CH
    Menarik review hotel tu.

    ReplyDelete
  17. Besar Dan bersih apartment ni ye

    ReplyDelete
  18. Cantik, bersih dan nampak sangat selesa. Boleh plan ni bwk family nanti...

    ReplyDelete
  19. Best tpt ni. Harga pn mampu milik juga..boleh muat ramai org kan

    ReplyDelete
  20. bestnya !! mula la gatai tengok segala apps tempah bilik hotel ni.. hee~ pengaruh tau ana ni !!

    ReplyDelete
  21. wah lawanya bilik hotel ni. nampak selesa sangat.

    ReplyDelete
  22. Macam rumah siap ada pantry bersih dan luas dan living room

    ReplyDelete
  23. Memang cantik bilik dekat The retreat ni. Bila dapat stay dekat hotel yang super selesa macam ni barulah betul dinamakan bercuti kan :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤