Ayam Penyet AP - Minang vs Jawa - Diary of Ana Suhana

Aug 3, 2017

Ayam Penyet AP - Minang vs Jawa


Ayam Penyet AP -  Minang vs Jawa | Assalamualaikum. Sabtu lepas Ana ke One Utama nak cari aksesori kamera. Seawal pukul 10 Ana dah gerak ke sana. Last Ana ke OU ni 4 tahun lepas rasanya. Berpusing 2-3 kali juga lah nak cari parkir. Kelakar rasanya. Masa Ana sampai memang ramai nak masuk ke OU juga. Selamat senang dapat parkir. Nak di jadikan cerita, naik-naik je escalator jumpa kedai Ayam Penyet AP ni. Memandangkan masa lunch pun dah nak sampai, terus Ana ke Ayam Penyet AP ni untuk menjamu selera. Kebetulan tak ramai customer masa tu. Lagi lah cun.

Baca juga : Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul


Ayam Penyet AP
Ayam Penyet AP

Ayam Penyet AP -  Minang vs Jawa

Masa belek menu ada 2 jenis ayam penyet dekat sini. Satu versi Jawa lagi satu versi Minang. En suami dekat yakin cakap yang versi Jawa tak pedas. So Ana pun amik lah versi Jawa tu sebabnya baru-baru ni Ana kena gastrik buat pertama kalinya. So memang tengah avoid makan yang pedas-pedas. En suami amik versi Minang. Masa waiter tu datang amik order Ana tergerak hati nak tanya. Sekali terbalik info en suami tu terus Ana tukar menu. Kalau tak, ada kang yang merana sakit perut. Jemput jamu mata tengok menu yang Ana order hari tu.


1. Ayam Penyet AP (Versi Jawa) - RM13.50


Ayam Penyet AP
Ayam Penyet AP
Menu pilihan en suami, Ayam Penyet AP. Tak nak kalah nak makan yang pedas je. Bila nampak ayam penyet selamat mendarat atas meja terus tak boleh nak tahan nafsu makan tu. Mana taknya memang menyelerakan sungguh. Bila 3-4 kali makan dengan sambal tu, merah juga lah muka dia jadinya. Selamat dah standby 2 gelas ice lemon tea. Sekali sedup hilang separuh gelas air tu. Pedas katanya. Ana try rasa sikit, memang tak boleh nak teruskan. Tak nak perut menanggung sakit nanti.


2. Ikan Lele Balado (Versi Minang) - RM13.50

Ayam Penyet AP
Ayam Penyet AP
My all time favorite. Kalau ke Ayam Penyet AP ni Ana prefer makan ikan keli sebab Ana tak gemar sangat makan ayam. Ikan keli dekat sini sama macam dekat outlet lain. Bahagian luar especially bahagian ekor di goreng rangup manakala bahagian dalam isi dia masih lembut. Memang sedap. Makan pula dengan sambal dia tu, memang enak bangatttttttt. Hehe. 


3. Soto Ayam - RM9.50

Ayam Penyet AP
Ayam Penyet AP
Soto ayam ni actually bihun soto. Konon menu ni untuk Syafi sebab menu kitorang ada sambal. Sekali buat kali ke berapa si kecik belot tak nak makan menu ni. Padahal dia agree masa order. Terpaksalah onda dia habiskan soto ni. Selamat sedap nak oi. Sup soto ni Ana suka compare dengan sup menu penyet tu. Sup dia penuh dengan perasa. Cuma Ana muak tang isi ayam dalam soto tu. Memang tolak tepi awal-awal.

4. Telur, Tauhu dan Tempe Penyet - RM6.50

Ayam Penyet AP
Ayam Penyet AP
Side dish kononnya sebab dalam menu 1 dan 2 tadi ada beberapa ketul tauhu dan tempe je kan. Untuk hantu tempe macam Ana ni haruslah kena ada extra tempe tu. Baru lah serasi nak makan dengan ikan lele belado tu. Cicah pula dengan sambal tu. Memang tak minta lain dah.

5. Air - RM15.30


Ayam Penyet AP
Ayam Penyet AP
2 air ice lemon tu untuk en suami je. Untuk Ana air oren. Walaupun batuk terpaksa order yang ada ais sebab tak sanggup nak minum panas atau suam bila makan pedas. Balik tu start sakit tekak. Baru nak menyesal.


Itu je menu untuk kami 3 beranak. Alhamdulillah semua puas hati. Service pun bagus dekat sini. Staff pun mesra alam. Oh ya, dulu masa ayam penyet tengah viral di Malaysia, timbul isu ada restoran ayam penyet yang tak halal kan. Tapi korang jangan risau, Ayam Penyet AP dah ada sijil halal sejak tahun 2014. Infact, Ana dah double check dekat website Jakim pun. So bolehlah makan tanpa ragu-ragu. Tapi jangan lupa Bismillah dulu :)

Ayam Penyet Ap
Ayam Penyet AP






39 comments:

  1. memang sedaplah ayam penyet ni akak suka juga ayam penyet AP ni, tapi yang biasa pergi dekat wong solo seksyen 7 sebab suka cumi goreng tepung dan balado terung hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar juga ramai kata wang solo sedap tp yg dekat kg baru adik ana baru pergi last week. Dia kata sedap lagi ayam penyet AP ni kak. Maybe shah alam sedap lagi kan. Nak try lah satu hari nanti.

      Delete
  2. Akak suka gak makan ayam penyet sebab sambal yang paling pedas tu sedap...biasa pi yang kat Nusentral ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org n.9 tak sah kalau tak makan pedas kak. Haa kat NuSentral pun ada kan.

      Delete
  3. sedapnye tengok ayam penyet tu.. nak tau sedap ke tak ayam penyet ni bergantung pada ayam tu sendiri dan sambal belacan tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal dia paling utama dilah. Kalai sambal dia fail, totally fail semuanya. :)

      Delete
  4. mia faveret betul dengan lele tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah kita geng mia. Fav Ana ikan lele tu.

      Delete
  5. Ana, zie mmg suka ayam penyet ni, kadang2 tingin nak makan..pi cari ayam penyet kat maju junction..kat situ mmg favorite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat MJ pun ada ye. Boleh try juga nanti tu. :)

      Delete
  6. Makan panas-panas ayamnya tu...amboi...lagi satu Sis,,sambal main peranan...sambal sedap...yang lain ok..sebab tauhu,tempe dengan ayam tu sedap makan cicah sambal...peluh dahi..biasa PC dgn En Suami..minta sambal lebih..huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan PC. Sambal tu yg penting. Peluh dahi belakang cerita janji puas dpt makan. Hehe

      Delete
  7. Sedap tau Ayam Penyet sis... saya suka juga makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai penggemar ayam penyet rupanya. Sedap kan tuan. Lagi2 sambal dia.

      Delete
  8. Lapar tengok gambar makanan tai...betul la tu even sakit kadang still nak ais juga..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Susah nau nak control nafsu makan ni. Dah sakit tekak br menyesal. Tu pun kejap je. Hehe

      Delete
  9. Fav miza dan anak-anak. Paling best sebab sambal tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Fav satu keluarga. Sedapnya ayam penyet :)

      Delete
  10. kak anaaa apaaa nii.. hehe. trliurr lama dh x mkn. dh la fevret busyra ni.. tmpt fevret lak di shah alam. wong solo. sedap gila. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana tak cuba lagi wang solo. Nak kena cuba lah nanti. Jauh dah skrg ye busyra nk ke shah alam. :)

      Delete
  11. Kak ana, tengok gambar pun dah boleh terliur, alahai 😅 ngidam makan ayam penyet la pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala dah ngidam ye. Samalah kita. Mcm mana ni. Hehe :D

      Delete
  12. Tarikan ayam penyet terletak kepada sambal dan ayam yg digoreng garing, crispy bhgn luar x lekat pada tulang, sedap!

    Sis baru tau 2 perbezaan ayam penyet tu Ana.. Nice sharing.. Ana order ikan so kita panggil ikan penyet yer..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan lele nama dia sis. Ana pun baru tau. Kalau dekat kedai biasa satu versi je sambal dia. Tp tetap pedas dan sedap :)

      Delete
  13. Faveret hakak ni Ana...tp setiap kedai tak sama rasa sambalnya. Hakak suka Ayam Penyet kat IOI Putrajaya. Bukan kedai Ayam Penyet yg bawah sekali tp kedai dia kat tingkat 2 ke 3 lupa dah. Sambal mmg mantop ...walaupun pedas tp sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas tu memang blkg cerita kan kak janji sedap. Ramainya fav ayam penyet juga. Kalau nk buat gathering rakan blogger boleh ke restoran ayam penyet je rasanya. Hehe

      Delete
  14. huhuhu...dah la belum makan lagi ni...perut da keroncong tgk ayam penyet ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kena makan cepat2 lina kang masuk angin perut tue.

      Delete
  15. isy sedap2 sungguh makanan2 ni. dah terliur kelaparan ni ha. hahaha

    ReplyDelete
  16. Pagi2 ni baca entry makanan ana ni buat liez nak cr pulak Ayam AP tghr ni..liez pun suka mkn dkt ayam AP...liez suka versi minang... sebab ada darah minang kan..tapi bab sambal pedas mmg liez suka ...terbaikkk pedasnyaaaaa...

    ReplyDelete
  17. Lama dah tak pekene ayam penyet ni.. Dulu biasa jugak makan.. Sedap..

    ReplyDelete
  18. Sedapnya menu dia.. SHa tak pernah makan lagi kat sini..

    ReplyDelete
  19. Sedap kan.. kena Pula makan dgn sambal dia fuhh

    ReplyDelete
  20. sama lah kita suka makan lele penyet/ Dia punya soto ayam tu buat terliur lahhhh! :D

    ReplyDelete
  21. tersalah masuk blog petang2 ni terintai entri buat perut berbunyi dengan rancaknye.. hahahah~

    ReplyDelete
  22. lain nya soto ayam dkt sna, apapun ayam penyet tu mmg favorite sha..nyum2

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤