Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise


Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka

Melaka River Cruise Tempat menarik di Melaka | Percaya tak korang boleh berangan ala-ala bercuti di Venice walaupun hanya ke Melaka. Jangan main-main, Melaka ni walaupun hanya berkeluasan 0.5% (1.658 km²) dari seluruh Malaysia, korang boleh rasa seperi travel ke seluruh dunia tau. Terdapat banyak tempat menarik untuk di lawati tau.  Kalau korang nak rasa seperti di Belanda korang boleh ke Freeport A Famosa Outlet. Kalau korang rasa nak seperti bercuti di China korang boleh ke Jonker Street. Dan kalau korang nak rasa bercuti di Venice, korang boleh ke bandar Melaka naik Melaka River Cruise macam sis Ana nak cerita dalam entri ni.

Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka

Satu tips sis Ana nak share kalau korang bercadang nak naik Melaka River Cruise ni ialah kalau boleh sila datang masa weekdays. Seriously!! Ada dua kelebihan korang akan dapat.

Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
 
Satu nya tiket cruise lebih murah berbanding harga weekend. Beza RM5.30 seorang tau. Bayangkan kalau pergi satu keluarga besar, berapa banyak dah boleh jimat. Penjimatan tu boleh buat belanja makan malam tau. Harga tiket untuk dewasa ialah RM10.60 (weekdays) / RM15.90 (weekends). Manakala untuk kanak-kanak berumur 2-12 tahun RM5.30 (weekdays & weekend).

Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka

Satu lagi masa weekdays sangat lengang dan aman damai. Masa beratur untuk beli tiket dan menunggu untuk naik cruise kurang dari 15 minit. Tapi kalau masa weekend memang korang akan berpikir banyak kali nak naik atau tak Melaka River Cruise ni. Sebabnya nak beratur beli tiket confirm panjang. Dengan keadaan cuaca di Melaka yang sangat panas lagi. Dengan perangai manusia-manusia lagi. Tue belum beratur tunggu giliran untuk naik cruise lagi. TAPI...kalau korang tak boleh elak pergi masa weekend,  sis Ana cadang korang naik cruise dekat TAMAN REMPAH atau THE SHORE. Kebiasaannya dekat 2 tempat ni memang kurang orang berbanding dengan di Bandar Hilir.

Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka

Melaka River Cruise ni akan bawa korang bermula dari Jeti Muara sehingga ke Taman Rempah. Jarak antara 2 tempat ni lebih kurang 9km. Masa perjalanan pula memakan masa sekitar 30-40 minit. Sepanjang perjalanan korang akan di sajikan dengan pemandangan beberapa jambatan dan bangunan bersejarah dan juga bangunan yang di cat dengan mural yang sangat menarik.

Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka

Satu-satu cruise boleh memuatkan dalam 20-40 orang pada satu-satu masa bergantung pada saiz cruise. Minimum 8 orang di perlukan untuk cruise bergerak. Semasa korang bercruise nanti akan ada penerangan tentang sejarah-sejarah Melaka. Sangat menarik untuk di dengar selain dapat refresh sejarah yang telah kita belajar di sekolah dulu. Jadi jangan lupa naik cruise bila korang ke Melaka nanti tau. 

Oh ya lupa sis Ana nak bagitau, kalau korang naik di bandar sebelum masuk ke ruangan menunggu nanti akan ada staff yang minta korang bergambar. Nanti lepas korang habis bercruise, korang boleh nampak gambar korang telah di cetak di atas fancy paper dan juga atas fridge magnet. Satu set tu RM50 ada 2 keping gambar dan 1 FM. Satu gambar tu 3D katanya. Tiada paksaan tau untuk beli gambar ni.

Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Jalan-jalan di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka


Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

81 comments:

Lea Azleeya said...

wiwiiii.. seronok sangat naik cruise... nak jugak.. hehehe

Shesyira As said...

Seronoknya airah memang dh lama tak smpai melaka.kalau pegi mana2 confirm kumpul gmbar yg dyorg tlg tgkpkan tu hahhaa

Iris Myra said...

Cantik2 picnye... Nice sharing kak..

Amanda Suria said...

Tak pernah khatam.lawat Melaka..ada je tempat x pi lagi

Jun Zie said...

besar sgt beza hrga tu !! peuww.. btw smua picture lawa2 tau =D

Fiza Rahman said...

Best melaka. Last gi tahun lepas. River cruise tu best naik kalau malam. Meriah dengan lampu.

Ibu Dilah said...

seronoknya naik cruise.. bila2 balik melaka nak ajak anak2 naik la.. hihi

Ana... ana dah tukar domain ye.. www.anasuhana.com.. congrats dear...

Lina Shaza said...

wah...dah tukar domain ye...cantik2 gambanye

Fieza Sani said...

Naik gak haritu river cruise ni..best..betul, pi masa weekdays orang tak ramai..waktu menunggu pun kejap je...

NanyFadhly said...

Oh Ana! nampak sungguh enjoy menikmati pemandangan kiri kanan yer. Haritu masa MITA Fair ade gak promotion ni. Tapi takbeli sebab malas nak pk bila nak pegi. HAHAH! orang tu kabor, kalau nak cantik..masa maghrib senja time matahari nak tenggelam tuh haa...Heheh..berangan ajer la dulu yer.

C i k R e n e x said...

Jauh bezaaa tu hrganya..tp mmg g weekday tenang jee. Kalau tak nak parking punnnn puas pusing bape kli baru dpt

Miza Talib said...

memang enjoy naik cruise kan ana, tapi hati-hati boleh basah baju bila cruise selisih cruise ;)

Mohamad Shahrulnizam Mohd Tahir said...

Waah... Best Melaka... Tempat kenangan tu... Pusat Boling Air Keroh, MP, DP... Kenangan... River Cruise memang best.. Kalau malam lagi best...

Husniey Husain said...

Bestnyaa, jimat jugak tu naik cruise di hari biasa.. Nanti nak ke Melaka boleh refer balik entri2 Ana ni..

Cantik FM tu.. 😍

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

ala2 Venice tuu...
congrats Ana for the rebranding!

hainom OKje said...

Hakak pernah jugak naik cruise ni Ana. 2-3 tahun lepas rasanya. Yelah...dah alang alang dah jalan ke Melaka tu haruslah tak lepaskan peluang naik benda ni ye dak. Barulah berbaloi hihi...

Naik beca cantik tak?

PeRdU cINta said...

Bila ada diskaun tu dah jadi satu tarikan dan bonus kepada pengunjung kan...teringin juga nak naik cruise ni...

Shahida Dzulkafli said...

Sha pernah naik sekali je.. Memang best..

aswaleyla said...

waaa. ala2 venice gtu

Ana Suhana said...

Jom Lea kita pergi melaka lagi. Naik cruise, naik Taming Sari. Byk lg nak buat ni.

Ana Suhana said...

Kak ana tgk juga. Tak semua kak ana beli. Kalau rasa nk beli baru kak ana beli. Hehe

Ana Suhana said...

Terima kasih dear. Moga bermanfaat hendaknya.

Ana Suhana said...

Kan kak. Padahal kecik je negeri Melaka tu. Hehe.

Ana Suhana said...

Kan. Kalau pergi 10 orang dah boleh save Rm53 dah.

Terima kasih Ju :)

Ana Suhana said...

Malam lawa sebab nampak lampu warna warni. Siang pun best dptg tgk bangunan yang menarik.

Ana Suhana said...

Nanti balik kg boleh lah naik cruise. Amik dekat the shore atau taman rempah better rasanya.

Aah Dilah. Personal branding katanya. Hehe. Terima kasih ye :)

Ana Suhana said...

Terima kasih Lina :)

Ana Suhana said...

Kan kak. Baru lah boleh happy naik cruise. Kalau tak, tekanan dengan org ramai. Hehe

Ana Suhana said...

Memang enjoy sgt. Siap melambai org dekat tepi2 tu. Hehe.

Senja cantik tp tu lah tak sesuai pula. Byk setan berkeliaran. Hehe.

Takpe berangan tu kan free :)

Ana Suhana said...

Harga tu akan terasa kalau pergi ramai2 Reen.

Betul tu. Parking masalah utama masa weekend. Sakit jiwa di buatnya.

Ana Suhana said...

Betul tu. Dah lah ana duduk depan sekali. Sampai ke muka kena air tu. Huhu.

Ana Suhana said...

Mesti duduk lama dekat Melak ni ye. Tau byk tempat tu. Malam best juga. Sejuk dan boleh tgk lampu warna warni. Meriah org kata.

Ana Suhana said...

Jimat dan selesa kalau hari biasa Husniey. Tak pening kepala dengan ramai org.

Cantik tu yg terbeli. Hehe

Ana Suhana said...

Berangan sikit2 konon di venice kejap kak. Hehe.

Terima kasih kak. Jom join sekali.

Ana Suhana said...

Naik juga tp waktu malam. Gambar tak berapa nak lawa. Huhu.

Ana Suhana said...

Maybe salah satu cara nak kurangkan sesak masa weekend. Cuba lah nanti naik cruise ni kalau ke Melaka.

Ana Suhana said...

Ana baru 2x. Best sgt kan.

Ana Suhana said...

Kan. Berangan tu kan percuma. Hehe

Mrs Pip said...

ok...mula2 mau baca entry ni penuh khusyuk,
tapi ternampak header baru ...
terus tengok header tu lama2 ...
header is marvelous T_T

Etuza Etuza said...

Wah..teringin ke Melaka..tq ya follow blog saya..

Etuza Etuza said...

Cantiknya kat sana...

Ana Suhana said...

Haha. Kelakar lah Mrs Pip ni. Header masih dalam proses pemilihan ni. Hehe

Ana Suhana said...

InsyaAllah sampai rezeki awak ke sana nanti.

Sama-sama kita menyokong sesama blogger.

Ana Suhana said...

Melaka byk tempat menarik yg cantik2. Sebab tu tagline dia melawat Melaka umpama melawat Malaysia.

hasyimahshe said...

syima terpergi masa christmas hari tu, dia punya beratur nak naik cruise, boleh khatam quran lah kalau nak tunggu. dengan anak kecik nya, memang tak lah nak beratur....next time weekdays maybe!

Jueliza Jamani said...

kami perna naik malam. air dia bleh tahan kotor

Azlinda Azman said...

Lama tak naik

Anil Wanina said...

lama x pegi melaka.. best juga tmpt ana pegi tu kan... :)

Ana Suhana said...

Sedangkan weekend pun dah hazad apa lagi oublic holiday. Best time ialah weekdays. So next time boleh plan pergi weekdays pula ye sis. Selesa sgt.

Ana Suhana said...

Air dia memang kotor 😅

Ana Suhana said...

Nanti boleh plan naik lagi kak :)

Ana Suhana said...

Kak nil bz sgt. Asyik ke oversea je. Lagi best tu :)

Ana Fatihah said...

Tak pernah naik lagi cruise nii. Dgr cite kena beratur panjang sokmo. Hehe

Pssst, lawa header baru. Meriah sangatt tengok! :D

Ana Suhana said...

kalau weekend, public holiday dan school holiday memang panjang mcm keretapi Fatihah. Sebab tu kak Ana cadang pergi masa weekdays yg bukan cuti sek. insyaAllah selesa dan cepat.

hahaha. meriah sgt2 kan. segan lah pulak.

irazulkeffele said...

Bestnya. Ira kalau pergi melaka balik2 pergi dataran melaka tu hahaa ntah apa ada pun tak tahu lahhhh 🤣

Iris Myra said...

waaa kak cantiknyeee header

Maria Firdz said...

Wah..bestnya.. xde mahal mana tiketnya...

atiehilmi dot com said...

ana !!!! atie rindu melaka bila tengok gambar2 ana ni.. huu~ dlu 3 tahun dok melaka.. segala ceruk seme dah redah..

Ana Suhana said...

Haha. Lepas ni boleh lah buat byk benda. Naik cruise, naik taming sari, jalan2 dekat riverside. :)

Ana Suhana said...

Hehe. Terima kasih Iris :)

Ana Suhana said...

Betul tu sis. Tak mahal mana. Cuma kalau pergi dlm satu keluarga besar terasa juga lah. Hehe

Ana Suhana said...

Samalah. Tp ana 3 tahun tu tak pergi mana2 pun. Plg jauh pergi MP. Tu je. Ni yg betul2 explore. Hehe

Shikin Razali said...

Bilalah dapat naik cruise nie..?(sambil menongkat dagu)

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

hehehe...still contemplating huhu

Amboiii tukar header lagiii...meriah sungguh dgn bebunga tuu..

Muhammad Khairuddin Lim said...

wah..bestnya.

Flavnesz said...

Anis pernah naik cruise ni waktu malam.. Cantikkk..Tapi masa tu pergi ikut mak dengan geng wanita umno dia, so feeling dia lain la.. hahahhaha

Ana Suhana said...

InsyaAllah nanti satu hari pasti Shikin dpt naik juga. Tak jauh mana pun ni. :)

Ana Suhana said...

Tuan punya perjalanan lagi best :)

Ana Suhana said...

Nanti plan pergi melaka dengan geng 7 wonder girl Anis ye. Sure happening dear :)

Ana Suhana said...

Take ur time kak. U can do it. Hehe.

Tu lah pasal. Agak ladies sgt kali ni. :)

amira syukrina said...

River cruise kalau ride siang boleh nampak biawak berenang-renang dalam sungai melaka haha. Kalau ride malam, boleh nampak lampu-lampu yang lawa sangat!

Rabiahtul Adawiyah said...

2 kali dah pergi melaka..best jugak jalan-jalan kat sana

teratai said...

Bestnya..nak sangat naik cruiser..

Ana Suhana said...

Ye ke. Kak ana sibuk tgk bangunan dekat tepi tu tak perasan ada biawak ke tak. Hehe

Ana Suhana said...

Melaka tak pernah tak best dear :)

Ana Suhana said...

Nanti boleh lah ke Melaka teratai. Best.

Busyra Bt Takiyudin said...

busyra pernah naik ni, msa site visit masa study dlu.. hehe. naik time malam

Ana Suhana said...

Yeah sep sikit. Malam pun best juga nampak byk lampu warna warni dan lalu dekat pirate park tu boleh nampak kemeriahan dkt sana :)

Unni Anje said...

da hampir 2 tahun x jjak melaka.. bestnya... rindu

Ana Suhana said...

Nanti plan ke sini semula Unni. Turun JB naik ke Melaka. :)

Nour Adieb said...

nak naik cruise 😍

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤