Resipi : Sambal Paru Mudah dan Sedap - Ana Suhana

Jun 21, 2017

Resipi : Sambal Paru Mudah dan Sedap


Resipi Sambal Paru Mudah dan Sedap l Assalamualaikum. Kali ni Ana nak share resipi sambal paru mudah dan sedap. Siapa yang suka makan paru confirm akan suka makan sambal paru. Nak nak raya lagi ni kan, boleh je makan dengan nasi impit lagi tu. Nak makan dengan sambal lodeh pun boleh tau. Paling koman makan dengan nasi panas pun lebih dari cukup dah. Senang kata semua lah boleh masuk dengan sambal paru ni.

Baca juga : Resipi Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

Resipi Sambal Paru Mudah dan Sedap
Resipi Sambal Paru Mudah dan Sedap

Resipi Sambal Paru Mudah dan Sedap

Resipi : 4-5 orang


BAHAN-BAHAN

1. Paru - 1 kg
2. Cili kering - 200 gram * ( di rebus)
3. Bawang besar - 1 biji *
4. Bawang putih - 2-3 ulas *

* di kisar


CARA-CARA

1. Rebus paru sehingga empuk. Kemudian potong kecil dan gaulkan dengan kunyit dan garam.

2. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing.

3. Tumis bahan-bahan yang di kisar sehingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan aji.

4. Masukkan paru dan gaul rata.

5. Sedia di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Kalau nak paru tu lagi garing, goreng lama sikit dan potong nipis-nipis. Cili pun kurangkan. Confirm makan macam makan keropok.


16 comments:

  1. Senang dan mudah resipi nie, tapi macam kak Ana cakaplah, pada yang suka makan paru, mmg corfirm akan suka sambal nie.. =) Saya kategori tak suka makan, dah cuba tapi tekak takleh terima, rasa pahit semacam.. hihi

    ReplyDelete
  2. SALAM 26 RAMADHAN

    DI TAG : https://belogsjm.blogspot.my/2017/06/segmen-bloglist-haslina-july-2017.html

    ReplyDelete
  3. woot2...sedapnya ana paru ni...lina suka gile mkn paru lg2 masak camni...
    alhamdulilah ana dah ok...ceria kembali seperti biasa ok...selamat hari raya ana..hihi

    ReplyDelete
  4. sedapnyer.. makan dgn nasik lemat pulak, fuhh

    ReplyDelete
  5. waktu tengahhari ni tengok paru mmg terliur pastu makan dengan nasi lemak...alahaiii

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, salah satu lauk kegemaran Kak Sue nie.. boleh cuba buat nanti..

    ReplyDelete
  7. hehe. nampak sedap tang part sambal tu, tapi paru tu tak gheti nak makan. dah terbiasa dari kecik ;D

    ReplyDelete
  8. paru ni hati buya kan ? ke ??

    ReplyDelete
  9. Sedap nie makan gini je.. Duk depan tv, kunyah sambal paru.. Pergh!!

    ReplyDelete
  10. uih...sedapnya...dh lama x makan paru sambal

    ReplyDelete
  11. Favourite juga ni. Lama betul dah tak makan. Nampak yang ana buat ni menggpda betul. Teringat dulu, masa keje smpi opis awal pagi gi cari spot best nasi lemak orang jual tepi jalan jer. Kadang2 amik juga paru tuh. Sedap!!!! hehehe..

    Selamat Hari Raya Ana~ Maaf zahir dan batin jika selama kite berblog ni ada komen atau entry yang tidak menyenangkan. Semoga kita berjumpa lagi di Ramadhan tahun hadapan dan seterusnya. Amin ya rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  12. Fav akak ni Ana...selalu buat..especially paru goreng berlada

    ReplyDelete
  13. Nadia suka paru!!!! Paling suka bila mama masak Paru kari or sambal mcm nie . Bila masak sendiri mesti tak jadi . Nie resepii Ana share boleh lah Nadia try sendiri nnt hihi.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤